Sunday, April 23, 2017

Melancong ke KOTA KINABALU hari akhir ...

Assalamualaikum...


1.0 Hari terakhir kami di KK relak dan sanpai.. memula ingat nak ke Pulau2 dana atinari yg di sediakan sepatutnya ke sana. tapi memandangkan langit gelap je kami batalkan hasrat tu takut terperangkap di pulau dalam hujan lebat dan takut berisiko kepada kami.. maklumlah tak ada pengalaman macam mana keadaan di sana. Sebagai altenatif kami ke tempat lain..



2.0 Mula mula kami ke Muzium sejarah Kadazan "mon sopaid cultural village" yang terletak di Kg Kuai Kandazon Penambang. tak berapa jauh dari KK. iaitu di kampong asal pahlawan Kadazan ini. Memula ingatkan kampung budaya ni macam kampong budaya di Kucing Sarawak, kawasan yg luas, banyak aktiviti dan meriah dengan orang ramai, ada jual cenderahati, ada restoren dan sebagainya.. tapi bila sampai ala.. kecik je.. senyap je.. masa kami sampai tu pengunjungnya kami bertiga je lah.. 

3.0 Monsopaid ialah seorang pahlawan yg mempunyai ilmu kebal yang telah banyak berjasa utk menghapuskan musuh dan lanun yang menceroboh kampong mereka. Setiap musuh yg dui tewaskan di penggal kepala.. cerita selanjutnya boleh la di google sendiri hehe..

 

4.0 utk membuat lawatan ke kampong Budaya ini ada bayaran di kenakan dan ada petugas yang akan memberi penjelasan terhadap kepahlawanan monsopaid dan kehidupan bangsa Kadazan di zaman dahulu. Cuma yang berapa best sepanjang sesi penerangan di buat ada dua ekor anjing yg besar sentiasa mengekori kami sehingga menjadikan keadaan tidak selesa. dan tidak professional. Anjing2 itu menakutkan . sepatut pihak berkaitan mengambil langkah2 tertentu utk memberi keselesaan kepada pengunjung. 





5.0 Di kawasan ini ada sebuah jampatan gantung yg panjang menyeberangi sungai.. kemana arah tujuan di seberang sana tidak pulak di beritau.. Apa kaitan jambatan ini dengan kebudayaan bangsa Kadazan juga tidak di maklumkan.. Maka mungkin ianya sebagai satu daya tarikan bagi pelawat yg berkuncung di sini.. kalau nak mengalami bagaimana perasaan bila melalui jambatan gantung yg bergoyang goyang bila kita berjalan boleh la berjalan sehingga ke hujung sana dan balik.. Tapi bukan abah la.. Tengok keadaan tempat ni seperti tidak terurus ada sedikit keraguan tentang keselamatan.. bila last kerja kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan di lakukan ke atas jambatan meragukan.... hehehe.. engineer pencen masih nak cerita pasal safety.. hehe Kami tak mau mengambil risiko.. mungkin selamat tapi bila perasaan meragukan timbul baik tak usah ..








6.0 Kemudian teringin nak melawat atau melihat sebuah bangunan yg agak unik dari segi rekabentuk nya. Bangunan ni sebenar nya dah lama tapi sebelum ni hanya tengok gambar je. kepada orang lain it just a building tapi sejak dulu saya teringin sangat nak tengok.. Akhir nya jumpa la juga hehe.. Saya sorang je yg minat nak tengok nya kakak dengan mem tak heran pun hehe..sebagai seorang jurutera  struktur satu masa dulu rekabentuk yg pelik2 ni sentiasa mendapat perhatian. Saya sendiri tak berpeluang utk merekabentuk struktur saperti ini. Kita hargai kerja engineer lain. 












Bangunan unik Masjid negeri ini juga sudah lama saya ingin menjejak kaki. Alhamdulilah kali ini berkesempatan dan solat di masjid ini. 


kemudian singgah lunch..



7.0 Sejak terjebak dengan HRC ni kemana saja pergi mesti nak beli T shirt HR.. hehe. bila lalu si satu Jalan tu tiba2 ternampak lambang HR terus semat di hati nanti nak singgah sini.. selesai mem shopping di pasar Pilipina kami mencari semula HRC. part kereta tepi jalan kakak tunggu saya dan mem masuk ke kompleks. Bila sampai depan Cafe tengok tak ada pun jual baju yg ada kedai minum.. hehe.. petugas tu bagitau kedai baju terletak di tingakt bawah, masuk ikut tangga dalam Cafe.. Mana mana HR pun Tshirt yg di jual sama saje yg membezakan ada nama tempatan, Kalau beli di KK ada tulis KK, sebelum ni beli di istanbul ada tulis Istanbul itu pun sebenarnya yg di cari hehe.. Harga di sini tak dapat la lagi harga istimewa saperti di Turki. Harga barangan nya di mana2 tempat di dunia ni kata nya standard je.. Saya selai mem pun nak selai,.. harap2 mem jangan la terjebak sama hehe













































8.0 sebelum balik singgah di pantai Tanjung Aru utk melihat sunset.. bila kami sampai rupa nya dah ramai yg datang masing masing standby dengan kamera menunggu sunset. bermacam aksi yg kami lihat.. so sambil menunggu sambil mengambil gambar. Hasil nya banyak la gambar yg dapat di rakam.. ala ada yg kata pemandangan biasa kat PD pun ada hehe memang la ada tapi ini sunset di Tanjung Aru hehe.. lanskap yg terbentang luas tidak akan sama. setiap hari akan berbeza.. itu lah kuasa Allah.. 







9.0 esok nya sebelum balik kami sempat singgah di menara tinjau ni.. terletak diatas satu bukit tak jauh dari KK.. cuma nak tanya apa yg nak di tinjau hehe?? jangan marah orang KK.. maybe la zaman dulu menara tinjau ni di bina utk melihat lanskap arah laut , melihat pulau2 yg berhampiran dan melihat boat belayar di laut.. tapi sekarang pembangunan telah menghilangkan fungsi menara ini. Ia tidak lagi dapat berfungsi sebagaimana asal pembinaan nya. so lakukan lah sesuatu, sama ada tutup je menara ni atau pindahkan ia di satu lokasi yg lebih tinggi dan sesuai.. lihat lah apa yg dapat kami tinjau.. bangunan bangunan bangunan... 

10. Exco pelancongan fikirkan lah sesuatu.. malu bila pelancong mat salleh datang nak tangkap gambar tapi tertanya2 sesama sendiri.. 

SEKIAN..


3 comments:

abang besar said...

panjang lebau..

zino said...

haha... tq abag besau sudi singgah..

abang besar said...

sama-sama bah, sama tak menjenguk blog. berabuk