Sunday, April 16, 2017

Trip to Turki Istanbul Dubai KUALA LUMPUR






Assalamualaikum..


1.0 Percutian kami sampai ke penghujung nya.. 9 hari kami bersama akhir nya kami dalam perjalanan pulang ke KL. Aydin menghantar kami ke airport dan tugas dia dan Husain berakhir di situ.. setelah bersalaman mereka beredar  dan kami menguruskan sendiri perjalanan pulang.. Sebelum tu Ikhwan tertolak dulu ke Airport, dia balik ikut jalan lain hehe.. dan manakala Jabbar, Aya dan anak anak abang, Qis, Sara dan Danish stay sehari lagi sebelum pulang ke Qatar. Lepas ni boleh la abah dan mak holiday di padang pasir ya Jabbar , Aya? hehe.

2.0 Penerbangan pulang tidak terus ke Kuala Lumpur , tapi kami transit sekali lagi di Dubai. Dari Istanbul ke Dubai mengambil masa lebih kurang 4 jam.. dan dari Dubai ke KL kami menempuh perjalanan selama 7 jam lagi. Merasa lah menjejakkan kaki ke bumi Dubai. Kalau ada yg bertanya pernah ke Dubai ke ? dengan bangga kami boleh jawab , dah !! malah dah dua kali ke Dubai hehe.. 

3.0 Semasa dalam cruise lagi kami banyak dengar cerita pasal Dubai keindahan Dubai, ramah tamah orang Dubai dari Kak La, dia selalu berulang alik ke Dubai atas urusan business.. sehingga terasa macam nak bagi tau Ang kita stay 2 malam kat Dubai baru balik !! hehe teruja nak teroka sekitar Dubai, tapi apa kan daya kami hanya akan transit sekejap je dalam perjalanan pulang. Masa pergi dulu pun dah singgah masa tu kami berlegar di dalam kawasan airport saja. Keadaan cuaca di Dubai dah sama macam kat Malaysia, malah kata nya lagi panas. Dari airport kami di bawa ke hotel penginapan di kotaraya Dubai. Teringin juga nak melihat bangunan yg tertinggi di dunia, nak berselfie dengan bangunan tertinggi di dunia tu.. iaitu bangunan Burj Khalifa yg setinggi 828m dan mempunyai 163 tingkat , siap di bina pada tahun 2010. Tingginya hampir dua kali ganda ketinggian menara berkembar KL. (452m)  

4.0 Mula2 pujuk2 driver yg akan membawa kami ke hotel, dia minta pulak bayaran tambahan sebanyak 60USD.. ishh !! mata duitan juga orang arab ni hehe.. ( betul ke banyak ni di minta??)  mm tak apa lah lain kali je lah (bila lah lain kali nya tu kan hehe) tapi bangunan itu tetap dapat di lihat semasa dalam perjalanan ke Hotel, walaupun hanya dari jauh hehe.. jadi lah jangan kempunan.. hehe. Kami sampai pun malam, kalau siang terkilan juga tak dapat tengok.. yg penting nak berselfie.. hehe.. Malam tu dapat juga la makan nasi beryani arab di negara arab, kami tak ada dirham, sekali lagi kami menumpang rezeki orang lain, terima kasih dengan Kak La kerana belanja kami. 

5.0 Esoknya pagi2 lagi kami dah ke Airport semula untuk meneruskan perjalanan pulang ke KUALA LUMPUR. Tak banyak gambar kenangan di Dubai. mood pengembaraan dan menurut kot masing masing dah tak sabar nak pulang setelah bermusafir selama 9 hari. Kami pun dah tak sabar nak pulang..hehe

6.0 Dengan kesempatan ini kami, abah dan mak ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada Farhan (abah je panggil Farhan)  dan seluruh ahli keluarga kerana telah menerima kami menyertai rombongan ini. Walaupun pada asal nya kami tidak mengenali sesiapa pun peserta lain dalam rombongan ini, tetapi setelah menempuh perjalanan bersama selama 9 hari berjalan bersama, makan bersama, bergurau senda bersama, terasa kami dah macam sebahagian dari ahli keluarga Trengganu je. cuma cakap Trengganu je tak pandai2 hehe.. Satu pengembaraan yang menjadi ingatkan kami selama2 nya..

7.0 Kepada Mok Fatimah yg baik hati, kepada Pn Nur aqilah, kepada Kak La, kami mengucapkan berbanyak terima kasih dengan kemesraan dan budi bahasa yg tinggi membuatkan kami tidak kekok bersama.. kepada Abang Lan dan Kak Jah dan famili, Alia, Sopi, Eri terima kasih juga atas layanan baik yg kami terima.. dan menjadi penyelamat di saat2 genting hehe Kepada Kak Mah, Kak Mia, mama dan alang terima kasih juga kami ucapkan.. seronok bila semua orang panggil kami abah dan mama hehe.. juga kepada Su, En Ahamad dan Cekda.. terima kasih kerana melayan baik kami berdua.. dan tak ketinggalan kepada Jeb, Aya dan anak2 iaitu abang, Qis, Sara dan Danish yg sentiasa menjadi perhatian dan menceriakan semua ahli rombongan.. dan ofcos kepada Farhan (Ang) yg telah berusaha sedaya upaya utk memastikan semua selesa dan enjoy sepanjang perjalanan dari hari pertama sehingga sampai semula ke KL.. entah berapa kali Ang bertanya, abah ok? mak ok? semata2 utk memastikan kami selesa berada di kalangan keluarga yg sentiasa ceria dan happy ini.. 

8.0 oops tertinggal Ikhwan, nama yg muncul secara tiba2 sebagai ahli rombongan terakhir join . sehingga datang dan balik dengan penerbangan berasingan.. terima kasih Ikhwan. Kalau suruh abah dengan mak terbang berasingan mau panik tu hehe. akhir kalam...

Kalau ada sumur di ladang
boleh saya menumpang mandi
kalau ada umur yg panjang 
boleh kita berjalan sama lagi

Pulau pandan jauh ke tengah 
gunung daik bercabang tiga
Hancur badan di kandung tanah
budi baik anda semua di kenang jua

Pisang emas di bawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh di bayar
budi baik Ang dan keluarga tersemat di hati.

sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
bila lama tidak berdepan
hati mula terasa rindu.. we miss you all

buah keranji dalam perahu
sejuk sungguh air perigi
hati mula merasa rindu
entah bila berjumpa lagi..

merdu suara buloh perindu
lagu di main pagi dan petang
semakin hari semakin rindu
trengganu tunggu kami datang..... bila la tu ya..

semoga ada rezeki bertemu lagi..



menunggu kenderaan ke hotel


dalam tren di airport Dubai



menunggu.. hehe




Burj Khalifa ,bangunan tertinggi di dunia.. ini tak ada kaitan dengan lawatan.. tapi bangnan yg dah hampir yet so far hehe..



SEKIAN

No comments: