1.0 Alhamdulilah akhirnya impian menjadi kenyataan.. abah langsung tak menjangka kami akan sampai ke resort ski ni.. ianya tak ada pun dalam program lawatan asal.. so memang surprise bila di beritau boleh ke resort ini jika semua setuju dengan bayaran yg di kenakan. Saperti kata abang lang, kalau ada yg tak ada duit pun abang lang tetap akan bayar kan utk sama sama naik ke resort.. tak kan dia nak tinggalkan kat bawah pulak.. terima kasih abang lang ..
2.0 Seumur hidup ini firstime abah dengan mem melihat memijak memegang duduk dan menghidu udara di kawasan bersalji.Cuma baring je tak di buat.. geng yg lain ada yg golek gelantang atas salji tu hehe.. siap buat snowman lagi.. happy je tengok..
3.0 Sebelum ni tengok kat TV je lah.. berangan je satu hari nanti akan sampai ke tempat sebegini. tetiba dah sampai. Nama pun salji tentulah alam sekitar sejuk.. tapi dah bersedia dengan baju berlapis lapis macam kueh lapis hehe.. Memang tak tahan dengan cuaca sejuk ni.. bila ada kawan kata kena pegang salji dengan bare hand.. gagah kan juga lah buka glove dan pegang salji tu.. alah macam pegang air batu je hehe..
amboi baru sampai dah pandai
main ski hehe
siap duduk atas salji tu.. tak sejuk ke
empat sahabat berpisah tiada.. hehe
kalau siapa yg dah baisa main ais skating kat sunway tu tentu dah boleh meluncur.. kalau kakak ikut tentu dia surfing kalau abah yg buat tentu terguling atas salji tu.. nak kena belajar mengimbang badan.
seronok nya tiga bersaudara ni buat snowman..
wow siap pakai spek tu
abang lang n famili
boleh gerak ke tu hehe
satu dua tiga lompattttt ehh adik kenapa tak lompat... "dah boleh lompat ke?"
gambar ni half way sebelum sampai atas..
pitstop cari tandas dulu kat sini. hehe
bergambar sebelum ke puncak.
sejuk sejuk pekena kopi panas
tetiba dapat geng mat TURKI
semua pun happy..
ini masih dalam bas semasa bas mendaki
naik ke resort.. wah putih di sana sini
laluan turun ke kawasan ski
cantik kan salji tu
ewah ewah..
test juga la duduk atas salji tu..
pemandangan di kawasan resort ni sangat cantik dan menawan hati.. pandang kat mana pun nampak laskap yg sangat menarik.. bertuah dapat berpeluang menyaksikan nya..
action je lah.. risau juga kalau bergerak moto ni ( ehh moto ke?) haru di buat nya
sebenar nya masa ni paneh.. tapi sejuk hehe
selfie selagi boleh hehe
bukti pegang salji dengan bare hand
selfie lagi
fren forevoer
Turun dari resort ni kami meneruskan perjalanan menuju Istanbul tapi ada beberapa tempat lagi menjadi singgahan.. nanti abah cerita.. posting yang ni khas utk ke tempat salji..
BERSAMBUNG
BERAPA BANYAK SAMBUNG DAH ??
No comments:
Post a Comment