Sunday, December 27, 2020

CEP 25

 CEP 25


Struktur iklan gergasi tumbang.


Pada satu ketika dulu kecoh satu Malaysia setiap hari di bincangkan di akhbar akhbar tempatan apabila sebuah struktur iklan tumbang di Segambut. Masa tu rasa nya belum ada facebook, Kejadian sebuah struktur iklan gergasi satu tiang (unipole) tumbang di jalan Segambut menghempap sebuah bas sekolah. Hanya kebetulan pada masa itu tiada murid di dalam bas tersebut. 


Banyak lah kajian di buat oleh perbagai NGO dan jurutera2 perunding struktur di luar dan para akademik di Universiti mencari pelbagai  kemungkinan punca yang menyebabkan struktur itu tumbang. Beberapa jurutera telah membuat analisa pengunduran ( reverse analysis) dan membuktikan struktur yang di bina tidak cukup kuat utk menampung beban angin. (under design). 


Kerja kerja membina struktur di lakukan pihak pemain industri iklan , mereka yang bertanggungjawab untuk memastikan struktur yang di bina selamat dan tidak merbahayakan orang ramai dan kukoh utk berhadapan dengan sebarang keadaan . Mereka yang melantik kontraktor untuk reka dan bina ( design n build) .


Semua struktur yang di bina di pusat bandar perlu mendapat kelulusan PBT. Selepas kejadian ini sebuah jawatankuasa di tubuhkan terdiri dari pelbagai jabatan utk membuat penilaian dan meluluskan setiap permohonan. ( sebelum ni di handle satu jabatan sahaja) abah di jemput sebagai wakil jabatan teknikal , utk membuat penilaian teknikal sebelum mencadangkan sebarang syor. Abah juga di minta menyediakan satu garis panduan teknikal utk di patuhi semua jurutera perunding semasa kerja rekabentuk dan pembinaan. ( masih di guna pakai  lagi ke?) .


Akibat kejadian tersebut cabinet membuat keputusan struktur unipole tidak di benarkan lagi di dirikan. Tak sampai setahun selepas kejadian tersebut tetiba naik sebuah struktur iklan gergasi ( haram) di atas bukit di dalam kawasan bangunan kerajaan. Apabila di siasat di lapurkan pembinaan struktur mendapat kelulusan VVIP. sedangkan larangan cabinet masih belum di tarik balik. Kejadian ini sangat kritikal dan perlu di tangai dengan teliti kerana melibatkan ramai pihak yang berpengaruh. Tapi akhir nya struktur itu telah di robohkan secara sukareka oleh pihak terbabit kerana gagal membuktikan pembinaan tersebut mendapat kebenaran kabinet . isu ini oun dulu kecoh di lapurkan di akhbar akhbar.


Bersambung....

CEP 24

CEP 24

Jejantas pejalan kaki. 

Selain urusan iklan tepi jalan, iklan di bus stop dan iklan di papan tunjuk arah, ada lagi satu paparan iklan yg termasuk dalam skop kerja abah. Iaitu iklan di jejantas pejalan kaki. Malah membina jejantas itu juga sebahagian dari skop kerja abah. Ada syarikat yang sedia membina jejantas secara percuma untuk kegunaan orang ramai, asalkan mereka di beri hak utk mempamirkan iklan gergasi di jejantas tersebut. Cuma kadang kadang tu berlaku konfik antara lokasi stategi utk jejantas ( untuk kegunaan orang ramai) dan lokasi strategi untuk iklan selalu nya tak berapa matching. Lokasi yang di pilih syarikat kadang2 bercanggah dengan lokasi yang kami mahu ia nya di bina. So perlu ada penyelesaian menang menang.  Walaupun kos pembinaan jejantas ini agak mahal, tapi keuntungan dari fee sewaan ruang untuk iklan lagi lumayan. Pasal tu pemain industri tidak ragu ragu untuk melabur ratusan ribu ringgit untuk membina jejantas di lokasi lokasi tertentu . 

DBKL sendiri pun ada membina jejantas ni atas perbelanjaan sendiri utk kegunaan orang ramai terutama budak budak sekolah. Dan ada satu projek jejantas yang kami bina merentas lebuhraya, di area Sg Besi.. Kawasan tu sangat memerlukan sebuah jejantas untuk memudahkan orang ramai , bergerak dari kawasan perumahan di seberang lebuhraya ke kawasan pasar , stesyen LRT di sebelah sini lebuhraya. Sebelum jejantas di bina banyak kejadian kemalangan berlaku, apabila orang ramai mengambil risiko melintas lebuhraya di tempat yang tidak di benarkan. Abah sendiri menyaksikan penduduk berhampiran melintas bersama kanak kanak. 

Bila jejantas yang di bina sendiri oleh DBKL , caj sewaan di kena kan kepada mana mana syarikat yang memohon utk menggunakan ruang tertentu di jejantas tersebut utk memasang papan iklan. Iklan menjadi sebahagian dari lanskap bandar, dan warna warni Kuala Lumpur. Kalau kita lihat di mana mana ada iklan, di jejantas, di jambatan , di dinding2 bangunan malah di kawasan lapang yg strategi juga di dirikan struktur iklan. Ia nya berlaku di mana mana saja bandar di dunia ini. 

Ada juga jejantas pejalan kaki yang di sumbangkan syarikat konsesi lebuh raya sebagai syarat tambahan apabila mereka membina leburaya merentas bandar, kisah jejantas ni pun satu hal, Ada jejantas yang di guna kan sepenuhnya oleh pengguna ( kerana tak ada pilihan kot) tetapi banyak juga jejantas yang menjadi gajah putih. Bila tak bina jejantas orang ramai bising, bahaya la , DBKL tak prehatin dengan nasib rakyat la , bla bla bla tapi bila di bina , mereka masih melintas (membahayakan diri ) di atas jalan yang sibuk. Yang paling sedih jejantas yang di bina berhampiran sekolah.. tak ramai budak2 sekolah yang berminat menggunakan nya. Mereka lebih berminat untuk mengambil risiko melintas di atas jalan di bawah jejantas. 

Jejantas ni tinggi la , kaki tak kuat nak panjat tangga la, penat la , bahaya la dan macam macam alasan yang di berikan supaya tidak menggunakan jejantas. Tapi sebelum jejantas di bina mereka juga yang komplain kenapa tak di bina jejantas utk kemudahan orang ramai melintas, hehe pelik kan? Ok la ada beberapa buah jejantas yang di bina bersama kemudahan lif dan eskalater, apa jadi ? Tak sampai beberapa bulan kemudahan ini di rosakkan. Ramai penyamun tarbus yang mengambil kesempatan, mencuri apa saja yang boleh di curi dan merosakkan apa saja yang boleh di rosakkan.. Mentaliti sebahagia rakyat Malaysia ni memang anti sosial, anti segala2 nya , suka merosakan harta awam. Dengar kabar nya ada dua ( atau 3) jejantas yang bakal di robohkan kerana ia tidak memberi sumbangan apa apa kepada pengguana. ( tak ada siapa yg nak guna) .. 

Abah sendiri pernah merobohkan sebuah jejantas usang satu ketika dulu, sebuah jejantas besi yang agak usang agaknya di bina di zaman jepun dulu kot hehe , berkarat teruk dan telah berusia lebih 30 tahun, kos utk selenggara agak tinggi. ( jangka hayat dah sampai) Memula bos cadangkan cari je mana mana syarikat besi buruk minta dia turunkan dan bawa keluar jejantas tersebut FOC kepada DBKL. Memula tu ada satu syarikat berminat, tapi bila dia congak congak , dia kata nilai besi buruk yang ada dengan kos yang dia kena tanggung, ( utk meroboh) tak menguntungkan, dia minta DBKL top up hehe.. so akhirnya kami robohkan mengguanakan kepakaran dalaman di DBKL. Kerja kerja meroboh di mulakan tengah malam , apabila trafik berkurangan, tutup jalan sediaakn lencongan utk kenderaan yang sesat ke situ sebelum memulakan operasi.  Itu pertama kali abah  bekerjasama dengan pihak jabatan berkaitan, tak sangka mereka juga ada kemahiran tinggi untuk melakukan kerja merobohkan jejantas besi secara terancang. 

Bersambung...

CEP 23

CEP 23

Di panggil mengadap KSN

Hubungan kami dengan syarikat konsesi ( dari episod 22 ) tidak bagitu baik sejak dari mula lagi. Bos syarikat ni yg selalu berurusan ke pejabat kami ialah seorang wanita muda ( tak la berapa muda ) dengan penampilan yg penuh bergaya , cantik dan agak sexy dan bijak. maklum la minah Salleh , dengan kelebihan yang dia ada ( mungkin la ) dia berjaya mempengaruhi beberapa VIP utk back up business dia di KL. Ini membuatkan kami selalu stress melayan segala kehendak minah ni.  Mereka ni mendapat back up yg kuat dari bos di kementerian , ini yg membuatkan hidup kami lebih sengsara. hehe.

Lokasi lokasi strategi di sekitar KL telah pun di miliki oleh sebuah syarikat lain. Dia sibuk nak kan lokasi lokasi tertentu di serah kepada dia. Agak nya lokasi yg dia ada kurang mendapat sambutan dari syarikat yg mencari ruang utk iklankan produk kot. Kebetulan masa tu syarikat pertama agak perlahan dalam membina bus stop baru di kawasan tersebut. ( kira nak rampas hak orang la ni) Isu isu ni juga la abah di marah oleh seorang Datuk ni.. ( pernah di cerita dalam CEP lepas2 ..tapi apo nak di kato dia bos, abah diam je la tapi abah tak ikut pun apa dia suruh.. ( bos abah kata tak boleh) 

Kemuncak dari segala kemelut ni , syarikat mengambil tindakan mahkamah dengan DBKL , saman jabatan abah. Pada peringkat ini  rasa nya kami yg terlebih dahulu  mengambil tindakan mengeluarkan notis utk menamatkan kontrak. DBKL pun lantik panel Peguam utk handle kes saman ni. dan kami pun mengumpul segala maklumat dan bukti utk mempertahan kan diri dan kewajaran tindakan kami... bos abah nak all out.. Sebelum sampai tarikh pendengaran di mahkamah kami di panggil KSN.

Syarikat menggunakan segala saluran untuk mempertahankan tindakan mereka. Maklumblah dah banyak melabur pulangan mungkin tak seberapa, mereka mengadu dengan KSN utk membantu menyelesaikan isu mereka . Dia pernah sebut dengan abah satu masa dulu, you give me pressure ( bukan pleasure hehe) i will you an egual pressure.

Tan Sri KSN sangat professional dalam cara dia menyelesaikan masaalah, bila dia masuk bilik mesyuarat dia minta maaf sebab lewat 3 minit.. ( 3 minit je pun) dia kata dia ada 30 minit utk bincang dan di akhir sesi dia nak isu selesai. ( ada keputusan ) , 10 minit pertama dia bagi tazkirah kepada semua yg hadir, dia bercerita senario perbalahan suami isteri.. ( konon nya kami dan syarikat konsesi ni macam suami isteri la hehe) lepas tu sedikit demi sedikit dia masuk kepada isu sebenar... Tan sri bercakap lembut, sebutir sebutir jelas dan padat.. di akhir sesi dia berjaya mendapat keputusan yg dia harapkan. 

Syarikat menarik balik saman terhadap DBKL dan kami menarik balik notis penamatan kontrak . so back to status quo.. terus kan lah  bergaduh di tapak sehingga konsesi tamat ( ikut kontrak hehe) .. Minah tu ada lagi ke ?? 

Apa jadi dengan syarikat ni sekarang? masih ujud ka? atau bertambah bermaharajalela ka? itu abah tak pasti... 

bersambung....

CEP 22

CEP 22 

Kena tipu hidup hidup

Salah satu tugas kami di jpb dulu ada lah menyelaraskan permohonan meluluskan dan pemasangan iklan di tepi jalan , dan di tempat menunggu bas. ( bus stop) Kat mana mana saja di kawasan ibukota ni terdapt banyak papan iklan di pasang di lokasi lokasi strategi yang boleh menarik perhatian orang ramai dan bus stop yang kelihatan menarik dan meriah dengan iklan. ( kadang2 tenggelam fungsi sebenarnya) Hehe. Iklan ni satu business lumayan di kawasan bandar  Kadang kadang berlaku perebutan lokasi antara syarikat pengiklan . Selain paparan iklan stand alone, syarikat juga mendapat konsesi untuk memasang paparan tunjuk arah ( directional signage) di lokasi lokasi tertentu ( secara percuma ) sebagai balasan syarikat di benarkan memasang iklan di belakang papan tunjuk arah tersebut. Kalau kita perhatikan ada banyak dual function macam ni di pasang di sekitar Kuala Lumpur. Depan paparan tunjuk arah dan di belakang nya paparan iklan, yang boleh di lihat dengan jelas dari arah bertentangan. Mereka juga bertanggungjawab menukar bas stop sedia ada ( secara percuma ) dengan design yang lebih moden dan syarikat mendapat hak utk menjual ruang iklan di bus stop tersebut. 

Ada la sebuah syarikat ni, bila dapat konsesi dia JV dengan syarikat lain untuk tujuan pemasangan struktur iklan ni, maklum lah kerja kerja ni memerlukan modal yang besar, aggresif dari segi pemasaran utk menarik minat syarikat2 yang menjual produk mempamirkan iklan di situ, dan membuat grafik iklan yang menarik. Ada sebuah  syarikat antara bangsa ( kalau tak salah dari German) telah bergabung dengan syarikat tempatan ini, utk memasang membina struktur iklan , struktur paparan tunjuk arah dan bus stop baru di sekitar KL. 

Di pendekkan cerita, ada satu kes tu syarikat ni memasang sebuah paparan iklan di satu jalan utama dan kami mendapati mereka tak mematuhi (100%) syarat syarat yang telah di tetapkan. Setiap struktur yang di dirikan syarat utama jabatan kmi mesti lah dia tidak menggangu aliran lalu lintas. Ada lah sikit papan iklan ni terkeluar ke arah jalan, walaupun tidak merbahayakan tapi masih salah dari segi peraturan. Mereka telah di arah utk menurunkan struktur tersebut. 

Oleh kerana ia melibatkan syarikat antara bangsa, semua keputusan besar perlu mendapat restu bos no satu. Bila arahan meminta struktur itu di turunkan tidak di indahkan , kami membuat keputusan utk merobohkan struktur iklan tersebut secara paksa. Sebelum tu kami dah brief bos no satu dan mendapat persetujuan beliau. Malam tu engineer abah pun turun utk operasi meroboh, bersama kontraktor  siap dengan kren dan sebagai nya. Biasa nya operasi di kawasan jalan ni diuat di tengah malam seleps keadaan trafik kurang di atas jalan. Kira kira jam 12.00 malam engineer abah call, kata nya ada seorang wakil ( dari pejabat parti politik ) meminta operasi ditangguhkan atau dibatalkan. Katanya aras arahan pihak atasan. Abah kata biar abah bercakap dengan dia. Sebelum tu dia dah call bos abah utk mendapatkan arahan seterusnya tapi tak dapat bercakap. 

Mamat tu pun perkenalkan dirinya sebagai seorang ketua (cawangan/bahagian ) mewakili pejabat menteri wilayah, dan katanya lagi telah pun mendapat persetujuan DB supaya operasi di tangguhkan. Pada mula nya abah macam terpengaruh juga dengan cara dia bercakap tu .. seolah olah betul DB telah merubah keputusan nya. Katanya kalau awak tak percaya awak boleh call DB sekarang. Tapi dalam masa yang sama abah yakin, jika DB yang bersetuju sudah tentu dia dah maklum abah atau bos abah utk membatalkan operasi. Tak kan abah nakganggu bos di tengah malam buta ni. Mesti ada yang tak kena dengan call ni. Abah pun tak sempat nak call bos utk mendapat pandangan dia, abah dengan konfiden bagitau engineer abah, teruskan operasi. Tapi dalam hati berdebar2 juga jika dia betul abah pasti bermasaalah. Tapi abah berpegang dengan keputusan DB , selagi tak ada arahan lain, arahan dia sebelum ni kekal. 

Dalam masa yang sama bos abah yang mendapat panggilan bertalu talu dari engineer yang sama membuat panggilan balas. Bila melibatkan hal politik ni bos sangat berhati hati, akhirnya abah di maklumkan bos bersetuju operasi ditangguhkan. Memang abah kecewa masa tu. bos dah buat keputusan abah akur je. Bila di selidik lepas tu , rupa2 nya orang yang bercakap pada malam tu bukan lah dari pejabat Menteri saperti di dakwa, dia menyamar bagi pihak syarikat asing tadi. abah pernah jumpa  dia sebelum ni mewakili syarikat lain, cuma engineer abah tak kenal  dia, masa dia kenalkan diri dia tak guna nama sebenar.. cuma malam tu abah langsung tak cam itu suara dia... Tak pasal pasal kami berjaya di perdaya.. Dalam dunia perniagaan ni ada mereka sanggup melakukan apa saja supaya apa saja yang hendak mereka lakukan mereka dapat dan tidak terhalang, peraturan tu no 2. 

Abah tak pasti apa keputusan terkini selepas itu bos dapatkan dari DB, seolah olah operasi tersebut tergantung bagitu saja. 

Bersambung....
Ada banyak kes dengan syarikat ni tapi ada satu lagi kes abah nak share nanti.

CEP 21

CEP 21

Pindah lagi dan naik pangkat lagi. 

Belum sempat nak mahir dengan kerja kerja di Jabatan Bangunan abah mendapat kenaikkan pangkat dan berpindah lagi. Bila dah ada pengalaman berpindah sekali , untuk pindak buat kali kedua tidak menjadi masaalah. Kalau dulu , untuk berpindah buat pertama kali, perasaan bercampur baur, tapi arahan berpindah untuk kali kedua ni abah teruja sangat nak ke sana. Pertama sebab akan menjawat jawatan timbalan pengarah kot, ke dua ini buat pertama kali nya abah bakal ada PA ( mungkin kena buat satu episod pasal PA2  abah kot setuju tak? ) dan ada driver hehe. 

Kali ini abah berpindah ke Jabatan pengangkutan Bandar, JPB jabatan ini bertanggong jawab, untuk menyediakan kemudahan infrastruktur bagi menyokong pengangkutan awam, saperti menyediakan tempat menunggu bas ( bas stop) , laluan berbumbung ke stesyen LRT , monorail atau kommuter, menyediakan dan mengawal pengurusan sistem lampu isyarat , menyediakan tempat letak kereta dan motosikal dan membuat kutipan tempat letak kereta ( tapi sekarang kabar nya kutipan telah berpindah ke jabatan lain) menyelaras dan mengawal kelajuan trafik di kawasan perumahan, dan laluan berisiko, membina perabut jalan, menyelaras sistem bas bandar ( percuma utk komuter) utk laluan tertentu, dan banyak lagi lah.. Semua bidang tugas ni pun baru buat abah. Banyak yang abah belajar di jabatan ni dan banyak juga pengalaman yang nak abah kongsi kan semasa di sini. Pengalaman bersemuka dengan gangster pun ada hehe.. 

Jika di jabatan dulu kita yang memerhati kerja kontraktor , kita yang menegur jika kontraktor melakukan apa apa kesilapan, tapi di JPB, kita yang menjadi perhatian. Bila timbul sesuatu isu , aduan orang ramai yang datang ke jabatan abah memang banyak, dan kalau di kumpulkan boleh di buat sebuah novel hehe.. orang awam mahu kan perkhidmatan terbaik sepanjang masa, orang awam bijak pandai semua. Segala benda dia orang nak komplain, mereka ni raja di ibu kota, jalan jem dia komlian, tak dapat parking dia komplain, kena saman dia komplain, kereta kena tarik dia komplain hehe.. kita pegawai awam ni semua kuli yang mesti dengar cakap mereka. Memang mencabar bertugas di jabatan ni.. Tapi abah seronok, tambahan kami mempunyai bos yang sangat baik, sangat berpengetahuan dan berpengalaman dan pengurusan sistem pengangkutan bandar . Bos yang tak reti nak marah hehe walau pun dia selalu mendapat tempias marah bos bos besar. Kadang kadang orang ramai tak mengadu direct dengan kami, mereka cari DB terus. Maklum lah customer is always right. Kami menganggap semua pengguna jalan raya ada pelanggan kami hehe , termasuk lah anda yg membaca ni hehe ( kalau stay atau bekerja di pusat bandar la hehe) 

Kebetulaan semasa kami masuk ke jabatan ini, pengarah sedia ada sudah hampir nak bersara, rasa nya sebulan dua lepas kami masuk dia bersara. Dan timbalan pengarah sedia ada juga dua dua di pindahkan ke jabatan lain, ( sebab kami masuk) . Apabila pengarah bersara hujung tahun tu , kami masih tak ada pengarah, sedangkan kami berdua ( timbalan pengarah) masing masing belum ada pengalaman di jabatan ini. So siapa yang layak nak pangku jawatan pengarah ni hehe.. ( ini perbincangan kami berdua la) . Rupa2 nya dalam masa yang sama salah seorang yang telah menjadi timbalan di jabatan ini dulu, yang sepatutnya berpindah ke jabatan abah dulu, membuat representasi dengan pihak pengurusan atasan supaya dia di pilih untuk kekal di jabatan ini, dan menerajui jabatan ini. Bintang dia cerah, akhirnya beliau di lantik memangku dan seterus nya menjadi pengarah. So dengan dia lah kami banyak belajar selok belok pengurusan pengangutan bandar ni. Terima kasih doktor. 

Bersambung....

Friday, December 18, 2020

CEP 20

 CEP 20 


Berpindah dan naik pangkat. 


Satelah sekian lama bekerja membuat kerja kerja rekabentuk, mengawasi projek sendiri ( sesekali je kena awasi projek engineer lain) abah di naikkan pangkat ( setakok ) dan berpindah ke jabatan baru. Amalan biasa setiap pegawai yang di naikkan pangkat akan berpindah ke jabatan lain di mana jawatan itu ada kekosongan dan perlu di isi. Abah berpindah ke Jabatan Bangunan, skop kerja di jabatan ni jauh berbeza sama sekali, tak ada lagi kerja rekabentuk, tiada lagi menyediakan lukisan struktur , tak ada lagi mengawasi projek sendiri dan tidak lagi perlu bekerja sendiri. Di jabatan baru ni Abah di bantu oleh dua pembantu teknik (TA) dan beberapa juruteknik. Prosidur kerja juga jauh berbeza. Tapi masih berkaita dengan bangunan. 


Sebelum nak pindah perasaan bercampur baur, boleh ke abah buat kerja yang terlalu asing, pengetahuan abah tentang skop kerja baru ni zero. pegawai yg perlu berpindah ( menggantikan tempat abah ) ke jabatan abah lagi la kelamkabut, maklumlah nak masuk jabatan yang banyak buat kerja pengiraan , dia berpindah bukan di sebabkan naik pangkat tapi mungkin dah berkhidmat lama di jabatang tersebut. Saperti abah pernah sebut, jabatan abah ni pilihan terakhir jurutera ( kecuali mereka yang betul betul berminat) kerja yang membosankan ( kata se tengah jurutera) . Dan abah pulak perlu belajar benda yang baru, belajar “building by law” dan selok belok pengurusan di jabatan baru ini. Nasib baik abah di bantu satu team yang berpengalaman, mereka sebenarnya yang banyak mengajar abah. Nak ilmu ni jangan malu , sesiapa saja boleh menjadi guru asalkan dia ada ilmu yang kita belum ada biar pun mereka tu staf bawahan abah. Dalam pada tu banyak juga perbincangan demi perbincangan di buat di kalangan pegawai untuk memantapkan lagi kemahiran masing masing. Bila bekerja menggunakan by law ni kadang kala tu pemahaman dan penafsiran nya berbeza. 


Nama jawatan abah juga bertukar, dari jurutera struktur ke jurutera bangunan. Apabila pihak pemaju bercadang memajukan sesuatu kawasan, umpama nya membina bangunan mereka perlu mendapat dua kelulusan dari pihak berkuasa tempatan, keperluan yang serupa terpakai di seluruh Malaysia. Satu kelulusan perancangan dan satu lagi kelulusan pelan bangunan. Tugas jabatan abah memberi kelulusan pelan bangunan , membuat pemeriksaan pematuhan mengikut pelan yang di lulus kan dan mengeluarkan sijil layak menduduki bangunan, CF.. tapi kemudian di panggil CCC , certificate of completion dan compliance. Pemeriksaan secara terpeinci di lakukan oleh juruperunding teknikal yang mengawasi projek ( akitek jurutera dll) dan kelulusan juga termasuk dari agensi luar saperti bomba, TNB , Syabas, IWK dll. 


Pembangunan di KualaLumpur sangat pesat, kalau PBT di tempat ( bandar bandar lain ) memproses 10 permohonan sebulan , DBKL memproses 10 kali ganda permohonan sebulan dan ada ketika nya lebih banyak lagi. ( perbandingan ini abah buat berdasarkan lawatan kami ke PBT di tempat lain. Itu belum lagi permohonan kelulusan kerja ubah suai.. lagi la banyak. Kalau di jabatan dulu abah membina bangunan, di sini abah memeriksa bangunan yang di bina pihak lain dan di awasi oleh pihak lain. Pengalaman dulu sangat membantu memudahkan kerja kerja abah. Abah juga sempat mencadangkan beberapa perubahan bagi memudahkan dan melancarkan kerja staf abah semasa membuat kerja pengiraan luas bangunan yg di bangunkan. Fee di kena kan mengikut keluarsan lantai. Bila bangunan besar dan complicated kerja kerja pemeriksaan dan kiraan menjadi rumit dan lama. Kaedah yang di cadangkan supaya akitek projek yang mengemukakan pengiraan secara terpeinci dan pihak kami membuat pemeriksaan rawak, jika di kesan berlaku kesilapan atau penipuan ( keseluruhan ) permohonan di tolak, dan di kembalikan . Dengan kaedah ini masa memproses pelan dapat di pendekkan. 


Satu lagi pendekatan yang abah cadangakan ialah membuat lawatan ke pejabat pejabat akitek dan pemaju dan dan memberi taklimat awal kepada pemaju dan akitek keperluan keperluan by law yang perlu mereka patuhi sebelum mengemuakan pelan bangunan untuk kelulusan. Biasa nya lawatan ini di sertai juga pegawai dan kakitangan sokongan dari team lain, kami share pengetahuan. Di pejabat pemaju atau akitek biasa nya ada model bangunan yg staf abah lebih mudah mendapat gambaran awal bangunan yg bakal di bina dan membuat kerja memproses plan lebih lancar, dan di pihak pemaju dan akitek mereka mendapat maklumat awal keperluan  by law jadi tak ada lah pelan asyik kena rejek kerana tak mematuhi syarat dalam by law. Perubahanan ini sangat di sukai pemaju, kedua dua pihak telus dan win win kepada kedua pihak. Bos kata cara kerja abah mendapat pujian dan penghargaan pihak pemaju. Alhamdulilah. Kaedah ni masih di pakai ke? Hehe.. 


Bersambung...

CEP 19

 CEP 19


Penamatan kontrak


Salah satu klausa yang terdapat dalam sebarang kontrak kerja adalah penamatan kontrak. Apabila di dapati kontraktor tidak lagi berupaya meneruskan kerja kerja pembinaan, atau peratusan kemajuan kerja bergerak terlalu perlahan berbanding jadual, atau ada juga keadaan kerja terbengkalai sejak sekian lama tanpa ada tanda tanda untuk di pulihkan. Maka tindakan perlu di ambil sehingga kontrak di tamatkan. Satu kerja yg tak ada pegawai yang suka lakukan, malah pihak pengurusan juga hanya bersetuju menamatkan sesuatu kontrak apabila segala usaha lain ( utk menyelamatkan ) gagal. 


Pengalaman abah sendiri semasa menguruskan kontrak , ada beberapa kali juga tindakan penamatan kontrak ini terpaksa di ambil. Ada juga kontraktor yang beranggapan mereka ni kebal, tidak mungkin kontrak mereka akan di tamatkan, walau pun performance kerja mereka ke laut. Dan apabila mendapat notis penamatan baru mengelabah nak jumpa orang itu, merayu orang ini supaya notis tersebut di tarik balik dan kontrak mereka tidak di tamatkan. Terlajak perahu boleh undur, dah keluar notis penamatan terima je lah. Nasi dah jadi bubur. Memang satu fakta pun belum pernah ( ada ke.??) kontraktor yang membuat kerja akontrak dengan DBKL atau dengan kerajaan secara umum, berjaya menyiapkan kerja awal dari jadual atau mengikut jadual. Yang biasa berlaku siap dengan lanjutan masa yang di luluskan. Dan sebahagian kecilknya kontrak terpaksa di tamatkan. 


Memang bukan satu proses yang mudah sebelum sesuatu kontrak boleh di tamatkan. Pada peringkat awal, peringatan demi peringatan di keluarkan memaklumkan kontraktor atau amaran kepada kontraktor tentang prestasi kerja di tapak berbanding jadual. Beberapa siri mesyuarat dan perbincangan juga di lakukan dengan semua pihak yang terlibat untuk membantu menyelaraskan dan melancarkan kerja kontraktor. Tidak semua kelewatan berpunca dari kontraktor, ada juga keadaan kontrator tidak mendapat satu satu keputusan pada waktu yang di perlukan. Ada kalanya terdapat isu isu teknikal yang perlu di selaraskan supaya kontraktor boleh meneruskan kerja. 


Ada satu kes dulu abah terpaksa mengambil tindakan menamatkan kontrak satelah segala usaha lain gagal untuk menyelamatkan kontrak. Pihak pengurusan juga tidak suka kontrak di tamatkan, perbagai mesyuarat dalam perbagai jawatankuasa juga akhir nya gagal utk menyelamatkan kontrak. Semasa abah menyerahkan salinan notis penamatan kontrak di tapak, ( salinan asal di hantar ke pejabat kontraktor ) abah masih ingat reaksi ( terkejut) jurutera tapak seolah olah tak percaya kontrak mereka telah di tamatkan. Mereka di arah meninggalkan tapak dan meninggalkan apa saja bahan, peralatan, mesin dan sebagai nya , malah kami juga seal tapak dengan menukar mangga gate utama masuk ke tapak. Apa saja urusan selepas itu kontraktor perlu membuat permohonan utk memasuki tapak atas apa apa tujuan. 


Ada juga satu kes dulu kami mengambil inisiatif sendiri utk cuba menyelamatkan kontrak tersebut. Kami melantik supplier sebagai kontraktor penyelamat, dengan persetujuan kontraktor asal untuk melantik supplier sebagai sub kontrak dengan bayaran terus ( kepada supplier) . Tak pernah terjadi supplier menjadi kontraktor dan berjaya menyiapkan baki kerja . Senario yang kami bentangkan, jika kontrak di tamatkan semua pihak akan rugi termasuk supplier ( dia pembekal utama kepada kontraktor) , jika dia bersetuju jadi kontraktor, semua baki bayaran kontrakor asal kami serah kepada mereka dengan bayaran terus( bukan melalui kontraktor asal) , kontraktor asal terpaksa bersetuju, jika di tamatkan peluang utk mendapat kerja di masa akan datang lebur. 


Selalu abah perhatikan , kontraktor bumiputra yang mendapat kontrak kerajaan tidak pernah berjaya menyiapkan kerja mengikut jadual, ramai kontraktor yg lemah ( tak mau belajar) dari segi pengurusan kontrak, ada juga kontraktor meng alibaba kan kontrak mereka kepada pihak ketiga, kadang bukan ketiga tapi mungkin kelima atau ke enam. Masing masing makan persen . Ada juga kontraktor meletakkan harga yang terlalu rendah sehingga akhirnya tak mampu menyiapkan kerja, persaingan untuk mendapatkan kerja agak sengit. Adajuga kontraktor mendapat terlalu banyak kerja di perbagai agensi serentak, dan gagal menguruskan kewangan sehingga satu satu projek dia terbengkalai. 


Mereka yang berkecimpung dalam industri pembinaan mesti lebih arif dalam hal hal pengurusan kontrak ni. Yang berjaya pun ramai, tapi yang gagal lagi ramai.

Saturday, December 12, 2020

CEP 18

 CEP 18 


Pengaruh luar part 11


Kes 5


Ada satu ketika tu jabatan menerima arahan dari pihak kementerian utk menyantuni rombongan VVVIP ( siapa VVVIP biar lah rahsia) yang berhasrat dan ingin berbincang dan mengemukakan satu usha kerjasama dengan pihak DBKL.. oleh kerana cadangan yg ingin di usulkan bersifat teknikal dan berkaitan dengan jabatan abah, maka jabatan abah yg di pertanggungjawabkan untuk menyantuni rombongan ini. 


Pertemuan di aturkan di bilik mesyuarat menteri ibu pejabat. ( tapi tak ada wakil kementerian ikut serta) Secara kebetulan bos abah tak dapat mengetuai perjumpaan tersebut , maka abah dan seorang lagi timbalan di beri tanggung jawab utk menyantuni rombongan ini. Bila berita ni sampai ke pengatahuan kami, tentu la kami terkejut. Gila ke apa nak berdepan dengan sesaorang yang penuh protokol. Mula la kami mengelabah, bukan tau sangat hal hal protokol ni, nak kena sopan santun lagi, nak kena guna ganti nama yg betul, ayat pun nak kena susun dengan baik. Kalau setuju nak sebut macam mana , kalau tak setuju lagi la susah nak sebut apa hehe.. berpeluh juga memikirkan nya.. Kenapa lah wakil kementerian yang memang peka hal hal protokol ni tak hadir sama , mudah kerja kami. 


Pada hari yang di janjikan kami pun ke HQ dengan penuh debaran, abah tak ingat kami yg tunggu mereka sampai atau mereka yg tunggu kami sampai hehe. Di bilik mesyuarat ada 4 atau lima orang gentleman , berpakaian segak berkot bertalileher menggunakan hp jenama apa tah macam tak pernah abah tengok, masih muda berusia dalam lingungan 30 an atau awal 40 an.. pada masa tu abah masih tak tau yang mana satu VVVIP tu , ( tak kenal ) , ada ke tidak VVVIP tu di situ. Satelah kami memulakan sesi suai kenal, salah sorang ( jurucakap) ahli rombongan memberitau , VVVIP yang nak berjumpa kami tu tak dapat hadir ( dengan maaf) sebab ada urusan urgent di tempat lain, fuh lega.. dan mereka datang sebagai wakil untuk membentangkan hasrat dan tujuan datang. 


Mula mula kami dengar je cadangan yg di kemukakan , Tugas abah ialah memberikan penjelasan dan tatacara untuk memasuki tender DBKL , bercakap pun kena sopan santun, takut lapuran sampai ke VVVIP tersebut, tambahan lagi di peringkat abah ni mana boleh memberikan sebarang harapan, cuma kami maklum dan faham cadangan yg di kemukakan dan mereka kena ikut peraturan sedia ada . Sama ada mereka puas hati atau sebalik nya abah pun tak tau, tapi mereka memang bersungguh dengan cadangan tersebut. Lain la ada arahan bertulis dari bos no. 1. 


Tugas abah selepas itu menyediakan lapuran hasil pertemuan, menyediakan maklum balas teknikal (tanpa apa apa  cadangan atau pengesyoran. ) Cadangan mereka akhir nya di tolak pihak pengurusan atasan atas beberapa alasan . Kalau lah VVVIP ni hadir , bagaimana agaknya suasana perbincangan, atau mungkin lah gentleman yg datang tu sengaja megaitkan nama beliau utk mendapat ,mileage untuk menguatkan proposal meraka.  Tak ada siapa yang tau.. 


Bersambung.... 

ada lagi beberapa kes...

CEP 17

 CEP 17 


Pengaruh luar... (sesuai ke tajuk ni? ) 


Abah tak tau di jabatan kerajaan yang lain, tetapi sepanjang tempuh abah bekerja banyak sungguh “cobaan” pihak luar untuk cuba mempengaruhi atau cuba mencari peluang melalui  jalan pintas untuk mendapatkan kerja . Mungkin ada yang berjaya tetapi biasa nya gagal. Mereka tau ada peraturan dan saluran tertentu yg perlu di patuhi untuk mendapat kan kerja atau khidmat dari badan badan kerajaan. Tetapi mereka masih berikhtiar untuk mendapatkan nya melalui jalan pintas. Sepanjang tempuh abah berkhidmat abah juga selalu berhadapan dengan isu isu ini. Di sini abah akan kongsikan beberapa kisah, ( yang masih abah ingat la.. ) 


Kes satu 


Ada satu ketika dulu abah sedang menyediakan lapuran prestasi setiap petender untuk di hantar ke jabatan berkaitan sebelum di bawa masuk mesyuarat jawatankuasa untuk pemilihan kontraktor yang berjaya. Abah di kunjungi oleh seorang gentleman kata nya mewakili salah satu syarikat yang mengambil bahagian dalam tawaran tersebut. Dia cuba mempengaruhi supaya abah memasukkan nama syarikat nya di dalam senarai pendek yang jabatan rekomen. Katanya dia dah berjumpa dengan bos no satu abah, dan katanya bos abah menyokong syarikat dia untuk mendapat kontrak yang sedang di tawarkan. Dalam hati abah kata, kalau bos no satu dah setuju buat apa dia datang jumpa abah lagi. Tunggu je la surat tawaran. Abah tanya dia ada tak bos abah tulis nota kat mana mana atau tulis memo menyokong syarikat dia, kalau ada senang kerja saya . Nanti saya masukan dalam lapuran. Dia tak puas hati bila abah sebut macam tu. Akhirnya bila keputusan keluar syarikat lain yg berjaya, selaras dengan cadangan jabatan. Memang tak ada pun dan dia tak puas hati.


Kes 2


Ada ketika nya syarikat datang dengan satu cadangan menggunakan satu alat atau satu sistem atau gajet yang di katakan sesuai untuk di guna pakai di tempat kami . Sebenarnya mereka telah kemukakan cadangan tersebut di pihak kementerian, tapi pihak kementerian panjangkan cadangan tu ke jabatan teknikal. Mesej ( yang tak bertulis bos abah yg sebut ) yang kami terima supaya di kaji dan sediakan lapuran untuk terhadap cadangan tersebut. Kerana cadangan tersebut melibatkan beberapa jabatan lain, kami pun atur satu taklimat supaya setiap jabatan, jelas dengan cadangan yg di kemukakan dan memberi pandangan jabatan masing masing. Akhirnya kami sependapat alat yg di cadangkan kan tak sesuai di gunakan dan melibatkan kos yang sangat mahal. Abah sediakan lapuran dan hantar ke kementerian, tapi dapat lagi mesej ( tak bertulis) jabatan perlu menghantar terus keputusan ke syarikat yang berkaitan. Lama Selepas tu baru abah dapat maklum, rupanya ( pengerusi) syarikat ni sangat berpengaruh, dan kementerian menggunakan strategi jabatan teknikal yg tolak, bukan mereka untuk menjaga air muka somebody tersebut.. Nasib baik dia tak datang cari kami hehe. 


Kes 3


Setiap kali kami mengawasi projek baru , pada mesyuarat pertama tu biasanya kami akan memberi taklimat selengkap nya kepada kontraktor termasuk peringatan dan amaran jika mereka gagal melaksanakan projek sebaik nya. Abah dan akitek projek ( sama satu kepala) menggunakan pendekatan yang agak keras supaya kontraktor melaksanakan projek kami dengan bersungguh sungguh. Ada satu kontraktor ni, rasa saperti kami ugut atau menakut nakut kan mereka dengan taklimat yg keras semasa mesyuarat pertama tu. Depan kami dia akur je tak banyak cakap. Tapi bila balik opis abah terima satu call dari seorang senator,  bila bercakap dengan orang yang bijak bercakap abah lebih banyak mendengar,  mula mula dia puji abah melambong lambong hehe.. lepas tu masuk bab membantu kontraktor bumiputra, kemudian kisah pertemuan dia ( kerap berjumpa katanya) dengan bos no satu abah untuk membincangkan isu isu warga kotaraya, last baru dia sebut hal kontraktor mengadu kat dia. Hehe.. Baru lah abah berpeluang bercakap dan memberikan penjelasan. Mesej nya amat jelas dia di belakang kontraktor terbabit dan selalu mengikuti perkembangan nya.. better watch out !! Kontraktor ni memang boleh deliver pun dan beberapa kali juga mendapat projek DBKL .. Dan kami juga tak terpengaruh dengan back up yang dia ada, kami laksanakan tugas secara professional, kalau perlu tegur kami tetap tegur . Kalau perlu keluar surat amaran, tetap kami keluarkan. Kalua guna bahan yg sub standard tetap kali rejek. 


Kes 4


Kadangkala ada juga pengaruh yang bukan datang nya dari luar tapi dari dalam, abah teringat satu kes sehingga abah hampir di pindahkan ke jabatan lain kerana satu bos ni tak berpuas hati dengan cara kerja abah yg tidak mengikut arahan beliau ( 100%) .. Beliau ni bos besar di kementerian, masa tu abah baru je berpindah ke jabatan baru, dan selalu lah bermesyuarat dengan bos ni, belum lagi mahir dengan bidang tugas baru abah ketika itu. Tapi prinsip kerja abah sangat jelas, apa apa arahan perlu datang dari bos no 1 abah, terutama  yang melibatkan dasar dan benda benda baru. Pendek kan cerita bos yang ni mengarahkan abah membuat kerja yg melibatkan perubahan dasar sedia ada. Abah pun bagi la penjelasan langkah langkah yg perlu abah lakukan sebelum boleh melaksanakan apa yg dia minta. Dia bangun melenting marah dengan abah, menghentak fail atas meja mesyuarat.. “ boleh tak awak buat apa yang saya suruh tak payah nak rujuk dengan bos awak tu ? “ makna nya dia nak bagitau, arahan dia mengatasi semua arahan bos bos abah. Abah cakap banyak kang mau di hempuk nya abah dengan fail fail tu hehe.. Tapi secara lembut abah terangkan juga 

Dari segi prosidur nya abah tak boleh memandai2 langgar peraturan sedia ada. 


Bila balik ke pejabat, abah pergi berjumpa bos no dua ( bos kepada bos abah) untuk dapatkan pandangan , kalau dia setuju baru abah sediakan minit bebas utk keputusan bos no satu . Itu peraturan. Sebaik abis  abah cakap , bos no dua pun sebut dengan nada ( tinggi juga hehe) “ awak ikut la cakap dia ( merujuk kepada bos kementerian tu) apa apa berlaku awak tanggung sendiri , saya tak back up awak!!” Gedebuk kena sebiji, hehe “pasal tu saya datang jumpa bos maklumkan dulu, saya hanya akan lakukan kalau bos setuju. “( dah tau dah bos tak kan setuju.. hehe) . So setiap kali mesyuarat dengan beliau selalu jadi panas dan di ungkit ungkit sebab abah ni ( di katakan) tak ikut arahan .. nasib baik tak di pindahkan hehe.. 


Kisah seterusnya .... 

Bersambung

CEP 16

 CEP 16 


Tegas atau menyusahkan part 11


Ada beberapa lagi peristiwa yang ingin abah kongsikan semasa mengawasi projek pembinaan dulu. engineer biasa jadi budak jahat semasa kerja pembinaan, ( dia orang yg cakap la) semua tak boleh, semua kena sekat, segala benda dia nak test, hantar makmal dan sebagai nya.. dan tak boleh bertolak ansur. Agak nya bila nampak engineer datang tapak macam nampak polis kat rodblok.. mesti nak kena tegur ni hehe.. 


Pada satu masa dulu kami banyak membuat projek rumah kayu , konon nya untuk pemenpatan sementara. Sehingga sekarang masih banyak rumah kayu ni , kami panggil rumah panjang di huni oleh warga kota. Malah kami juga ada membina rumah kayu 2 tingkat. Salah satu projek di mana abah terlibat ada lah rumah panjang di Cheras. Projek ni terletak di atas tanah bekas lombong. Sebelum kerja binaan di mulakan , tapak projek perlu di timbus atau di tambak untuk mendapat asas yang kukuh sebelum binaan. Bila binaan kayu , maka banyak lah kayu , dan kayu ni saperti mana abah pernah sebut sangat susah untuk di kawal, susah nak dapat bekalan yg baik. Ada satu ketika tu semasa lawatan abah ke tapak, abah lihat seorang pekerja memikul kayu utk di buat rasuk berukuran 2x8 yang agak panjang seorang diri. Wow !!! Dalam hati abah berkata, ini mesti keturunan badang !! Satelah di siasat rupanya kayu yg di pukul bukan kayu yang sesuai untuk kegunaan struktur, sejenis kayu ringan yg lebih sesuai utk perabut. Mentang mentang la rumah yg nak di bina bersifat sementara qualiti bahan yg di guna bersifat sementara. Ada satu ketika datang dua lori penuh dengan bahan kayu, bila abah tengok kayu2 tersebut langsung tak sesuai untuk di gunakan . Kedua dua lori tu abah reject dan tak benarkan kontraktor unloading. Bermacam macam alasan yg di berikan tapi tetap tidak di luluskan. Sehingga sekarang masih banyak lagi rumah panjang di sekitar Kuala Lumpur ni, dan masih berpenghuni sehingga sekarang. Sementara kadang kadang tu bertahan lebih 30 tahun hehe. 


Sabelum kontraktor menggunakan mana mana  bahan binaan, pembekal di mana bahan tersebut di buat  perlu mendapat kelulusan. Kebiasaan nya kontraktor akan atur lawatan tapak ke kilang utk kami membuat penilaian. Sama ada kilang ini mempunyai pengalaman berkaitan, bagaimana kemampuan produksi kilang, bagaimana qualiti bahan di jaga , dan sebagai nya, pihak kilang akan memberi kami taklimat dari bahan asas kerja rekabentuk, pembuatan , kawalan mutu sehingga lah di bekalkan ke tapak bina. Biasa lah taklimat semua nya berjalan lancar dan teratur.  Abah telah melawat perbagai kilang, kadang kadang tu nun jauh di luar Lembah Klang, ada kilang sehingga ke Menglembu, Perak, ada juga sampai ke Termerloh Pahang, dan ada yg sampai ke Segamat Johor. Bila bahan binaan sampai di tapak, qualiti nya sekali lagi di periksa sama ada sama ke saperti mana di ceritakan semasa taklimat dulu. Terdapat satu kes ni qualiti kerangka bumbung kayu yg di bekalkan ke tapak jauh berbeza dengan janji syarikat semasa taklimat. Sedangkan kami akan menggunakan berpuloh2 kerangka di tapak projek. Dah la tinggi nun di tingkat 18 !!! . Abah pun minta kontraktor jemput manager kilang , untuk dia melihat sendiri qualiti bahan yg di bekalkan. Nak sampai ke tingkat 18 pun dah satu cabaran ( utk dia la abah dah biasa) Bila dia lihat sendiri , dia pun terkejut macam mana keadaan tu boleh berlaku, lalu mengarahkan semua kerangka yg telah di pasang di buka dan di ganti .. berapa banyak kos yg dia kena tanggung. Mesti ada pihak yg tidak membuat kerja dengan teliti. 


Rasa serik dah nak guna bahan kayu ni. Terutama untuk kegunaan struktur. Kayu Malaysia sebenarnya bermutu tinggi , tetapi industri yang menyebabkan qualiti kayu untuk bekalan tempatan berbeza dengan kayu utk tujuan export. Kalau kita nak bekalan kayu yg baik kita kena minta export qualiti. Dan memang ada projek abah dulu separa konkrit dan separa kayu. Tapi qualiti kayu yg kami dapat memuaskan hati. Tak banyak masaalah. 


Bertabah lah dengan rakan rakan abah yang masih berkecimpong dalam industri pembinaan ni. Bersabar dan bertegas dengan segala kerenah yang di timbulkan , sekarang ni lagi mencabar sebab banyak gangguan .. hehe.

Sunday, December 6, 2020

CEP 15

 CEP 15


Tegas atau menyusahkan . 


Semasa bertahun tahun abah handle kerja kerja pengawasan ( kerja struktur) di tapak, bermacam macam kerenah abah jumpa. Struktur merupakan bahagian terpenting dalam sesebuah bangunan. Jika struktur gagal keseluruhan bangunan tidak selamat untuk di huni. Dan tugas se orang jurutera perlu memastikan kontraktor mengikut perincian dalam lukisan kontrak, dan menggunakan bahan saperti yg di nyatakan dalam lukisan atau dokumen kontrak. Sebarang penyelewengan akan memberi kesan yang buruk. Tapi sebahagian kontraktor ni ( bukan semua) try to cut corner , kalau bukan main kontraktor kerja sub kontraktor yang cuba sedaya upaya untuk memaksimumkan keuntungan dan menjimatkan kos. Abah selalu bertembung dengan keadaan atau isu isu teknikal yg cuba di sembunyikan ( cover up) dan tidak perlu buat semua atau kerjabaik pulih. 


Ada satu projek tu urgent, tarikh siap telah di tetapkan, kontraktor memang berkeupayaan untuk menyiapkan kerja mengikut jadual yang telah di tetapkan. Tapi walaupun urgent macam mana pun kepatuhan dan keperluan teknikal abah tak akan berkompromi. Ada satu kes tu tiang yg telah siap di konkrit mempunyai banyak honeycomb, ( berlubang lubang) bermaana kerja konkrit yang di buat tidak sempurna, belum sempat abah menilai keadaan tiang tersebut dan mencadangkan kerja kerja baik pulih yang perlu di lakukan dahulu, kontraktor ( pihak sub kontraktor) telah tampal simen plaster , menutup lubang tersebut seolah2 tiada sebarang kerosakan. Maka berlaku perbahasan hangat ( heat argument) antara abah dengan kontraktor, tapi abah tetap berkeras tiada kompromi dari segi kekuatas struktur. Agaknya terlampau marah sangat , tiang tersebut yang sepatutnya boleh di baik pulih terus di pecahkan semua. Ok lah lagi mudah kerja abah.. hehe.. 


Ada satu peristiwa lagi di projek lain, kontraktor tidak membuat persediaan sebagaimana yang di perlukan dalam lukisan tender. Kawasan yang mahu di konkrit luas, kebiasaan nya untuk struktur yang besar lantas aras tanah juga abah design sebagai suspended slab, utk mengelakkan berlaku keretakan lantai di masa masa akan datang. Perkara ini tidak di beri perhatian serious oleh pihak kontraktor semasa kerja kerja persedian formwork dan memasang besi. Ini kelebihan bila projek yg kita design kita yg awasi sendiri masa pembinaan. Sekali pandang abah dah dapat kenal pasti di mana kesilapan yg telah berlaku atau sengaja di lakukan. Tebal lantai tidak di sediakan sebagaimana tercatit dalam lukisan. Satelah di periksa secara detail memang sah kesilapan telah berlaku. Sedangkan masa tu semua kawasan telah di pasang besi, lori lori konkrit dan pekerja juga telah bersedia untuk memulakan kerja konkrit hnya menunggu greenlight dari abah. Habis semua kena marah termasuk staff abah sendiri. Kenapa sampai semua orang terlepas pandang. Mungkin juga ramai yang marah dengan abah kerana membatal kan kerja hari tu dan minta semua di rombak semula. Semua ini melibatkan kos dan masa. Tentu buruk akibatnya jika abah juga terlepas pandang , atau menaruh kepercayaan penuh dengan staff tapak membuat pemeriksaan tanpa counter check. 


Satu bahan binaan yang selalu timbul masaalah ialah kayu, kat sini abah bercerita dengan bahan kayu untuk kegunaan struktur, kerangka bumbung (dulu ) banyak mengguankan kayu, Dalam kejuruteraan kayu ni kita kumpulkan mengikut group, group A, B , dan C . Kalau group A saperti cengal ke, group B tu saperti kempas, group C abah dah lupa hehe. Kalau Kayu group A memmang mahal dan tak perlu di awet. Anai anai memang tak boleh gigit, patah gigi di buat nya, dalam kejuruteraan biasa nya guna kayu dari group B, kayu group C sesuai untuk buat perabut. Dan setipa grade kayu ni di pecah lagi kepada beberapa grade. Yang qualify untuk mengrade kan kayu ni bukan sebarang orang, ia di panggil timber grader, engineer bergantung kepada certificate yg timber grader keluarkan. Sendiri pun tak kenal kayu hehe. Banyak lah kes kes yang melibatkan kayu ni. Sijil grading palsu la, kayu tidak di awet dengan betul la , saiz tidak menepati dan macam macam lagi. Akhir nya engineer terpaksa buat perubahan bahan, kalau kita tengok di mana mana projek perumahan sekarang sedikit sangat yg masih gunakan kayu utk kerangka, semua dah beralih menggunakan bahan alluminium. 


Kadang kadang ada juga masaalah yang di lakukan oleh staf tapak abah sendiri. Zaman tu setiap kali ada kerja konkrit , perlu ada standing supervision, bermakna c.o.w perlu hadir di tapak sepanjang tempuh kerja di jalankan. Kontraktor ni bila ada staff DBKL segan sikit kot nak buat hal. Ada satu kes tu bila abah sampai ke tapak c.o.w “missing in action.. “ entah kemana dia pergi tak dapat di kesan. Masa tu mana ada kemudahan hp macam sekarang. Mula mula bersangka baik juga mungkin sekejap lagi sampai. Tapi hampir seharian abah tunggu dia tak sampai sampai juga. Dan kes hilang dia ni dari tugas bukan sekali berlaku. Abah letak memo di tapak pun tak di jawab nya . Akhirnya abah terpaksa ambil tindakan, tulis surat tunjuk sebab kepada dia dan salinkan ke pihak pengurusan. Semasa dia di panggil pihak pengurusan jabatan, abah tak di maklum ( tak di jemput masuk) abah di maklumkan kemudian, jabatan beri dia pilih, sama nak bekerja dengan DBKL, tinggalkan kerja partime di luar, atau meneruskan kerja partime dia tu sepenuh masa dan letak jawatan. Akhirnya dia pilih untuk meletak jawatan. Agaknya tentu kerja partime yang dia buat pada masa itu lebih lumayan, pasal tu dia tak kisah pun jika tertangkap hilang dari tempat kerja. Ada dua orang staff abah yg menerima surat tunjuk sebab yg sama dan kedua2 nya buat keputusan untuk berenti. Lama dah lost contact dengan mereka berdua ni. 


Ada satu joke yang bos abah sebut, engineer kalau mau di kenali jangan buat kerja elok elok, biar kan creck sana sini, nanti big bos mesti cari siapa engineer ? Kalau semua elok je , cantik kemas.. big bos akan cari siapa akitek? Hehe.. ( jangan marah kawan akitek abah hehe)

Saturday, December 5, 2020

CEP 14

 CEP 14 


Partime job.


Semasa bertugas sebagai jurutera struktur dulu, abah berpeluang untuk membuat kerja kerja design untuk job luar. Malah ramai di kalangan kawan kawan engineer abah buat kerja yang sama. Adakala nya kami share kerja kerja yg kami dapat. Share rezeki. Bila bekerja dengan perunding luar ni segala nya nak cepat , dan kalau buat sorang tak cukup masa maklum la kerja partime. Pada peringkat awal dapat kerja kerja ubah suai rumah atau pejabat. Tugas abah menyediakan pengiraan struktur dan lukisan. Setiap kerja yang di beri perlu di siapkan dalam tempuh seminggu atau pun lebih cepat. Abah sediakan pengiraan rekabentuk struktur dan lantik beberapa pelukis pelan utk sediakan lukisan struktur. Abah pilih yang rajin dan cekap je hehe.. rezeki untuk di kongsi bersama. Masa tu abah dah boleh buat lukisan sendiri. Ada juga job yang abah handle dari A to Z.. 


Biasanya kerja kerja di buat sebelah malam, zaman muda muda dulu boleh la berjaga sampai pukul 3.00 ke 4.00 menyiapkan kerja. Salah seorang yang selalu bagi abah job ialah seorang kawan Abah yang memiliki syarikat perunding struktur. Biasanya design banglo. Pada satu masa tu abah dapat job besar dari dia, beberapa blok bangunan 9 tingkat, abah minta kebenaran untuk gunakan kemudahan pejabat dia untuk buat kerja, Setiap malam kami bekerja di pejabat dia , guna kan kemudahan komputer di situ dan membuat kerja masing masing. Dia percaya dengan kerja kerja abah dan berpuas hati dengan hasil kerja abah. Yang penting tempuh masa yg di berikan dapat di penuhi. Ada banyak banglo di sekitar Kuala Lumpur , Petaling Jaya dan Subang abah sediakan dokumen utk kerja struktur. Ada sebuah banglo yang abah ingat di area Subang jaya , laluan nak ke Subang airport di miliki pasangan orang “have have” hehe. Semasa pembinaan sedang berjalan , si isteri tidak berpuas hati dengan hasil kerja kontraktor, dia kata apa yg dia nak tak sama dengan apa yg di bina, sedangkan sebelum tu bila di beri penjelasan dengan lukisan lukisan yg di sediakan dia seruju. Rupa2 nya tuan rumah ni ada masaalah untuk visualize lukisan 2D ke rupabentuk 3D bila bila kerja di siapkan. Apa yg dia lihat di lukisan dia tak boleh nak bayangkan bila siap jadi macam mana, akhirnya kena pecah dan buat sapertimana yg dia angan2kan. Tapi kos pecah dan bina semula dia bayar kontraktor senyum je la hehe.. Abah ingat sangat job ni sebab tuan rumah sangat puas hati ( bila isterinya akhirnya sangat puas hati) bila rumah dah siap, ( dengan susah payah) . Dia bagi bonus kat abah, dia tambah fee abah lebih 20 % dari fee yang di janjikan awal. Pasal duit dia tak berkira.. 


Kalau job utk kerja ubah suai ni banyak la. Sama ada dapat dari kontraktor atau syarikat yg buat kerja renovation . Kerja dia tak banyak biasa nya seminggu boleh settle design dan lukisan. Tapi yang sedih nya kena tipu pun ada hehe. Entah macam mana abah kenal dia ni tak tau la. Sebelum tu bila job dari dia laju je dia bayar , dia banyak buat kerja kerja ubah suai rumah, dan pembinaan kecil. Setiap kali ada kerja ubah suai dia cari abah. Pada satu masa tu bila kerja abah siap dia tak bayar , alasan nya tuan rumah belum bayar dia, lama abah tunggu namum harapan tinggal harapan. Hehe.. lama lama abah hilang kepercayaan dengan dia dan tak buat lagi dah kerja partime dengan dia. Bila abah keluar dari bahagian struktur, lama kelamaan skill buat design tu hilang sedikit demi sedikit.. sekarang ni kalau nak buat abah kena belajar semula masuk kelas hehe. 


Sebenar nya  tak masaalah pun utk kita membuat kerja partime job, sejak dari dulu lagi sampai ke sekarang ni ramai yang buat kerja partime ni untuk menambah pendapatan dan menampong keperluan keluarga dengan syarat kerja itu di buat di luar waktu kerja pejabat, tidak menjejaskan kerja hakiki dan tidak bersangkut paut dengan tugas dia sebagai penjawat awam. Kes bagini ada berlaku sehingga menjejaskan prestasi kerja sebenar , sering meninggalkan tempat bertugas tanpa alasan munasabah. Di episod akan datang abah akan ceritakan beberapa kes , boleh di jadikan sebagai sempadan kepada kita semua yg bercadang atau sedang melakukan kerja partime ( di waktu pejabat) . Ada juga staff abah dulu tertangkap kerana hilang masa bertugas. Missing in action 


BERSAMBUNG.

CEP 13

CEP 13 


Setelah sekian lama kami berimpit2 di pejabat yang sesak akhir nya kami berpindah ke pejabat baru. Pejabat kami ni terletak di dalam shopping komples Putra Place , THE MALL. Semasa kami pindah bangunan ni belum siap sepenuh nya lagi ( boleh pulak pindah hehe) Siapa pulak yang nak masuk kan.. Kalau tak silap la kami masuk le tingkat 19,20,21 Kerja kerja finishing masih berjalan , tiling di kawasan luar ( area lobby dan depan lif) masih in progress. Pendek kata segala nya masih belum siap. Macam tak sesabar sangat nak masuk opis baru hehe.. ( mungkin management ada alasan yang kami tak di beritau) Bila di arah pindah kami akur je la. Bila duduk di tempat baru segala2 nya baru , perabut baru kerusi  meja baru peralatan komputer pun banyak yg baru. Di sini lah baru semua pegawai dapat bilik sendiri. Bilik abah dan kebanyakkan bilik pegawai mengadap ke PWTC.. Di bahagikan mengikut seniority.. Ada bilik lukisan khas.. komputer yang di guna utk melukis di tempatkan di sini.. masa ni masing masing dah mahir menggunakan perisian AUTOCAT.  Meja lukisan yang gedabak besar tu dah jadi sejarah. 


Bila tempat ni masih belum siap sepenuhnya, kedai kedai pun masih belum beroperasi , nak cari tempat makan satu masaalah besar. Kadang2 abah turun makan di kantin pekerja di basement , kadang kadang berjalan kaki pergi cari makan ke terminal hentian Putra . LRT belum ada lagi. Nak jalan kaki arah Chow Kit pun jauh , sesekali redah juga. Entah berapa lama lepas tu baru la shopping komplek beroperasi sepenuhnya, kedai makan di tingkat 4.. ada panggung wayang, Ada tempat untuk bersuka ria, macam funfare hehe.. pendek kata meriah sungguh sekitar pejabat baru kami ni. Bila ada sale faham2 je lah ramai la staff yang keluar pegi “ site” hehe.. bos bos pun ada yang hilang oops .. selain dari kami beberapa agensi kerajaan yg lain juga berpindah ke sini temasuklah ROC , CELCOM di atas tingkat abah je. Maka ramai lah orang awam yang datang dengan pelbagai urusan ke bangunan ini. Kedai kedai di shopping kompleks semakin maju dan selalu buat SALE. Pada awal awal tu mamang la ramai yg menyusup turun ke bawah.. lama lama bila masa SALE pun kami dah tak ambil kisah. Jiwa kental. 


Masa kami di THE MALL , penggunaan komputer semakin meluas, malah internet pun dah di pasang di komputer masing masing. Mula mula dulu hanya satu komputer je yg ada internet dan sesiapa nak guna kena isi buku daftar.. Bila ledakan teknologi semakin meluas, keperluan internet juga semakin mendesak, masing masing dah ada email , dah pandai cari information di web site. Abah ni masih slow pasal internet dan teknologi komputer ni. Tapi tak mau ketinggalan. Banyak yg perlu belajar. Abah belajar AUTOCAT mulanya sendiri melalui seorang teknisen. Abah panggil dia berdiri di belakang abah, sebut apa command yang abah perlu klik untuk memulakan mula melukis. Ingat lagi “ arahan” abah kat dia 


“Awak  sebut je apa yg saya perlu klik , jangan sentuh apa apa hehe.. keras betul arahan nya.. “


Dia pun mengajar bos dia ni dengan tekun dan sabar , dari ZERO sehingga abah boleh bergerak sendiri, malah akhir nya abah boleh menegur teknisen yg sedang membuat lukisan jika mereka melakukan kesilapan atau abah dah boleh mengajar mereka short cut utk menyiapkan kerja dengan lebih pantas. Bak kata orang jika ada kemahuan di situ ada kejayaan. Kata kata seorang pensyarah yg mengajar kami komputer masa tu masih abah ingat, 


“You only draw once !!! “ lepas boleh copy boleh paste boleh buat macam macam... 


Salah satu lagi program yang abah belajar cara short cut ialah LOTUS 123 Masa tu EXCELL belum lahir. Kawan abah beli buku lotus yang tebal tu , sikit sikit dia belajar command Excell sehingga dia boleh faham . Abah ? Sepatutnya baca buku yg sama utk belajar tapi abah ambil short cut minta dia je yg ajar abah. Kawan abah ni tak kedekut ilmu, tak lama lepas tu kami dah sama sama boleh guna lotus . Malah bila Excell di perkenalkan abah masih berkomunikasi menggunakan command Lotus hehe. Kemudian ada juga kami pergi kursus formal pasal Autocat , Excell , Power Point dan sebagai nya.. 


Di sini juga abah mula kenal dunia luar, baru berjinak jinak dengan internet, mula meneroka  www... Dunia chatting masa tu abah tak terlibat langsung. Memang abah ada dengar tapi tak minat nak terjebak sama. Pada satu hari tu seorang kenalan sebut pasal JALINAN KELUARGA .. ia itu satu web page yang di kendalikan oleh MIMOS di mana kita boleh beri teraksi di antara satu sama lain. Zaman tu belum ada blog , belum ujud facebook atau Twitter. Abah pun mula menyampuk kat dalam JK tu. ada bermacam topik yg dia orang bual kan. Tapi siapa yg menulis , berapa umpr penulis bagaimana rupa penulis , apa jantina penulis tak ada siapa yg tau kecuali di beritau. Nama sebenar memang tak tau la , rasa nya tak ada yg guna nama sendiri pun.. Dan di sini lah abah dapat ramai kawan Siber, dan sebahagian dari mereka masih berkawan rapat sampai sekarang dan mereka semua tu ada dalam lis fren facebook abah dan sentiasa aktif. Siapa nak ngaku dulu ? Hehe.. usia persahabatan kami sudah menjangkau 21 tahun !! Perjumpaan pertama berlaku ( di bawah payung rambu rambu ) sebelum adik lahir lagi hehe.. 


Teringat sesuatu.

Dulu semasa peresmian atau pembukaan THE MALL ini PErdana Menteri pada masa itu ada meletakkan satu nota dalam kapsul masa yang di tanam dalam satu tempat di lobby the Mall, kapsul ini sepatutnya di buka oleh kerajaan masa depan.. Dalam tu mungkin tertulis keadaan Malaysia pada masa itu dan jangkaan apa yg sepatutnya berlaku kepada Malaysia 30 tahun kemudian. ( maju kah mundur kah? ) Tempuh 30 tahun tamat tahun ini Tahun “ tercapai” nya wawasan 2020.. dan sepatutnya kapsul tu dah boleh di buka dan rahsia yg tercatat dalam tu di umumkan. 


Soalan mana pegi kapsul masa tu .? Dah di tong sampahkan ke atau masih belum cukup matang utk di buka? 




BERSAMBUNG.. 


Setelah sekian lama di JPPK sampai masa abah berubah angin...  pindah ke jabatan baru.