Saturday, December 5, 2020

CEP 13

CEP 13 


Setelah sekian lama kami berimpit2 di pejabat yang sesak akhir nya kami berpindah ke pejabat baru. Pejabat kami ni terletak di dalam shopping komples Putra Place , THE MALL. Semasa kami pindah bangunan ni belum siap sepenuh nya lagi ( boleh pulak pindah hehe) Siapa pulak yang nak masuk kan.. Kalau tak silap la kami masuk le tingkat 19,20,21 Kerja kerja finishing masih berjalan , tiling di kawasan luar ( area lobby dan depan lif) masih in progress. Pendek kata segala nya masih belum siap. Macam tak sesabar sangat nak masuk opis baru hehe.. ( mungkin management ada alasan yang kami tak di beritau) Bila di arah pindah kami akur je la. Bila duduk di tempat baru segala2 nya baru , perabut baru kerusi  meja baru peralatan komputer pun banyak yg baru. Di sini lah baru semua pegawai dapat bilik sendiri. Bilik abah dan kebanyakkan bilik pegawai mengadap ke PWTC.. Di bahagikan mengikut seniority.. Ada bilik lukisan khas.. komputer yang di guna utk melukis di tempatkan di sini.. masa ni masing masing dah mahir menggunakan perisian AUTOCAT.  Meja lukisan yang gedabak besar tu dah jadi sejarah. 


Bila tempat ni masih belum siap sepenuhnya, kedai kedai pun masih belum beroperasi , nak cari tempat makan satu masaalah besar. Kadang2 abah turun makan di kantin pekerja di basement , kadang kadang berjalan kaki pergi cari makan ke terminal hentian Putra . LRT belum ada lagi. Nak jalan kaki arah Chow Kit pun jauh , sesekali redah juga. Entah berapa lama lepas tu baru la shopping komplek beroperasi sepenuhnya, kedai makan di tingkat 4.. ada panggung wayang, Ada tempat untuk bersuka ria, macam funfare hehe.. pendek kata meriah sungguh sekitar pejabat baru kami ni. Bila ada sale faham2 je lah ramai la staff yang keluar pegi “ site” hehe.. bos bos pun ada yang hilang oops .. selain dari kami beberapa agensi kerajaan yg lain juga berpindah ke sini temasuklah ROC , CELCOM di atas tingkat abah je. Maka ramai lah orang awam yang datang dengan pelbagai urusan ke bangunan ini. Kedai kedai di shopping kompleks semakin maju dan selalu buat SALE. Pada awal awal tu mamang la ramai yg menyusup turun ke bawah.. lama lama bila masa SALE pun kami dah tak ambil kisah. Jiwa kental. 


Masa kami di THE MALL , penggunaan komputer semakin meluas, malah internet pun dah di pasang di komputer masing masing. Mula mula dulu hanya satu komputer je yg ada internet dan sesiapa nak guna kena isi buku daftar.. Bila ledakan teknologi semakin meluas, keperluan internet juga semakin mendesak, masing masing dah ada email , dah pandai cari information di web site. Abah ni masih slow pasal internet dan teknologi komputer ni. Tapi tak mau ketinggalan. Banyak yg perlu belajar. Abah belajar AUTOCAT mulanya sendiri melalui seorang teknisen. Abah panggil dia berdiri di belakang abah, sebut apa command yang abah perlu klik untuk memulakan mula melukis. Ingat lagi “ arahan” abah kat dia 


“Awak  sebut je apa yg saya perlu klik , jangan sentuh apa apa hehe.. keras betul arahan nya.. “


Dia pun mengajar bos dia ni dengan tekun dan sabar , dari ZERO sehingga abah boleh bergerak sendiri, malah akhir nya abah boleh menegur teknisen yg sedang membuat lukisan jika mereka melakukan kesilapan atau abah dah boleh mengajar mereka short cut utk menyiapkan kerja dengan lebih pantas. Bak kata orang jika ada kemahuan di situ ada kejayaan. Kata kata seorang pensyarah yg mengajar kami komputer masa tu masih abah ingat, 


“You only draw once !!! “ lepas boleh copy boleh paste boleh buat macam macam... 


Salah satu lagi program yang abah belajar cara short cut ialah LOTUS 123 Masa tu EXCELL belum lahir. Kawan abah beli buku lotus yang tebal tu , sikit sikit dia belajar command Excell sehingga dia boleh faham . Abah ? Sepatutnya baca buku yg sama utk belajar tapi abah ambil short cut minta dia je yg ajar abah. Kawan abah ni tak kedekut ilmu, tak lama lepas tu kami dah sama sama boleh guna lotus . Malah bila Excell di perkenalkan abah masih berkomunikasi menggunakan command Lotus hehe. Kemudian ada juga kami pergi kursus formal pasal Autocat , Excell , Power Point dan sebagai nya.. 


Di sini juga abah mula kenal dunia luar, baru berjinak jinak dengan internet, mula meneroka  www... Dunia chatting masa tu abah tak terlibat langsung. Memang abah ada dengar tapi tak minat nak terjebak sama. Pada satu hari tu seorang kenalan sebut pasal JALINAN KELUARGA .. ia itu satu web page yang di kendalikan oleh MIMOS di mana kita boleh beri teraksi di antara satu sama lain. Zaman tu belum ada blog , belum ujud facebook atau Twitter. Abah pun mula menyampuk kat dalam JK tu. ada bermacam topik yg dia orang bual kan. Tapi siapa yg menulis , berapa umpr penulis bagaimana rupa penulis , apa jantina penulis tak ada siapa yg tau kecuali di beritau. Nama sebenar memang tak tau la , rasa nya tak ada yg guna nama sendiri pun.. Dan di sini lah abah dapat ramai kawan Siber, dan sebahagian dari mereka masih berkawan rapat sampai sekarang dan mereka semua tu ada dalam lis fren facebook abah dan sentiasa aktif. Siapa nak ngaku dulu ? Hehe.. usia persahabatan kami sudah menjangkau 21 tahun !! Perjumpaan pertama berlaku ( di bawah payung rambu rambu ) sebelum adik lahir lagi hehe.. 


Teringat sesuatu.

Dulu semasa peresmian atau pembukaan THE MALL ini PErdana Menteri pada masa itu ada meletakkan satu nota dalam kapsul masa yang di tanam dalam satu tempat di lobby the Mall, kapsul ini sepatutnya di buka oleh kerajaan masa depan.. Dalam tu mungkin tertulis keadaan Malaysia pada masa itu dan jangkaan apa yg sepatutnya berlaku kepada Malaysia 30 tahun kemudian. ( maju kah mundur kah? ) Tempuh 30 tahun tamat tahun ini Tahun “ tercapai” nya wawasan 2020.. dan sepatutnya kapsul tu dah boleh di buka dan rahsia yg tercatat dalam tu di umumkan. 


Soalan mana pegi kapsul masa tu .? Dah di tong sampahkan ke atau masih belum cukup matang utk di buka? 




BERSAMBUNG.. 


Setelah sekian lama di JPPK sampai masa abah berubah angin...  pindah ke jabatan baru.

No comments: