CEP 22
Kena tipu hidup hidup
Salah satu tugas kami di jpb dulu ada lah menyelaraskan permohonan meluluskan dan pemasangan iklan di tepi jalan , dan di tempat menunggu bas. ( bus stop) Kat mana mana saja di kawasan ibukota ni terdapt banyak papan iklan di pasang di lokasi lokasi strategi yang boleh menarik perhatian orang ramai dan bus stop yang kelihatan menarik dan meriah dengan iklan. ( kadang2 tenggelam fungsi sebenarnya) Hehe. Iklan ni satu business lumayan di kawasan bandar Kadang kadang berlaku perebutan lokasi antara syarikat pengiklan . Selain paparan iklan stand alone, syarikat juga mendapat konsesi untuk memasang paparan tunjuk arah ( directional signage) di lokasi lokasi tertentu ( secara percuma ) sebagai balasan syarikat di benarkan memasang iklan di belakang papan tunjuk arah tersebut. Kalau kita perhatikan ada banyak dual function macam ni di pasang di sekitar Kuala Lumpur. Depan paparan tunjuk arah dan di belakang nya paparan iklan, yang boleh di lihat dengan jelas dari arah bertentangan. Mereka juga bertanggungjawab menukar bas stop sedia ada ( secara percuma ) dengan design yang lebih moden dan syarikat mendapat hak utk menjual ruang iklan di bus stop tersebut.
Ada la sebuah syarikat ni, bila dapat konsesi dia JV dengan syarikat lain untuk tujuan pemasangan struktur iklan ni, maklum lah kerja kerja ni memerlukan modal yang besar, aggresif dari segi pemasaran utk menarik minat syarikat2 yang menjual produk mempamirkan iklan di situ, dan membuat grafik iklan yang menarik. Ada sebuah syarikat antara bangsa ( kalau tak salah dari German) telah bergabung dengan syarikat tempatan ini, utk memasang membina struktur iklan , struktur paparan tunjuk arah dan bus stop baru di sekitar KL.
Di pendekkan cerita, ada satu kes tu syarikat ni memasang sebuah paparan iklan di satu jalan utama dan kami mendapati mereka tak mematuhi (100%) syarat syarat yang telah di tetapkan. Setiap struktur yang di dirikan syarat utama jabatan kmi mesti lah dia tidak menggangu aliran lalu lintas. Ada lah sikit papan iklan ni terkeluar ke arah jalan, walaupun tidak merbahayakan tapi masih salah dari segi peraturan. Mereka telah di arah utk menurunkan struktur tersebut.
Oleh kerana ia melibatkan syarikat antara bangsa, semua keputusan besar perlu mendapat restu bos no satu. Bila arahan meminta struktur itu di turunkan tidak di indahkan , kami membuat keputusan utk merobohkan struktur iklan tersebut secara paksa. Sebelum tu kami dah brief bos no satu dan mendapat persetujuan beliau. Malam tu engineer abah pun turun utk operasi meroboh, bersama kontraktor siap dengan kren dan sebagai nya. Biasa nya operasi di kawasan jalan ni diuat di tengah malam seleps keadaan trafik kurang di atas jalan. Kira kira jam 12.00 malam engineer abah call, kata nya ada seorang wakil ( dari pejabat parti politik ) meminta operasi ditangguhkan atau dibatalkan. Katanya aras arahan pihak atasan. Abah kata biar abah bercakap dengan dia. Sebelum tu dia dah call bos abah utk mendapatkan arahan seterusnya tapi tak dapat bercakap.
Mamat tu pun perkenalkan dirinya sebagai seorang ketua (cawangan/bahagian ) mewakili pejabat menteri wilayah, dan katanya lagi telah pun mendapat persetujuan DB supaya operasi di tangguhkan. Pada mula nya abah macam terpengaruh juga dengan cara dia bercakap tu .. seolah olah betul DB telah merubah keputusan nya. Katanya kalau awak tak percaya awak boleh call DB sekarang. Tapi dalam masa yang sama abah yakin, jika DB yang bersetuju sudah tentu dia dah maklum abah atau bos abah utk membatalkan operasi. Tak kan abah nakganggu bos di tengah malam buta ni. Mesti ada yang tak kena dengan call ni. Abah pun tak sempat nak call bos utk mendapat pandangan dia, abah dengan konfiden bagitau engineer abah, teruskan operasi. Tapi dalam hati berdebar2 juga jika dia betul abah pasti bermasaalah. Tapi abah berpegang dengan keputusan DB , selagi tak ada arahan lain, arahan dia sebelum ni kekal.
Dalam masa yang sama bos abah yang mendapat panggilan bertalu talu dari engineer yang sama membuat panggilan balas. Bila melibatkan hal politik ni bos sangat berhati hati, akhirnya abah di maklumkan bos bersetuju operasi ditangguhkan. Memang abah kecewa masa tu. bos dah buat keputusan abah akur je. Bila di selidik lepas tu , rupa2 nya orang yang bercakap pada malam tu bukan lah dari pejabat Menteri saperti di dakwa, dia menyamar bagi pihak syarikat asing tadi. abah pernah jumpa dia sebelum ni mewakili syarikat lain, cuma engineer abah tak kenal dia, masa dia kenalkan diri dia tak guna nama sebenar.. cuma malam tu abah langsung tak cam itu suara dia... Tak pasal pasal kami berjaya di perdaya.. Dalam dunia perniagaan ni ada mereka sanggup melakukan apa saja supaya apa saja yang hendak mereka lakukan mereka dapat dan tidak terhalang, peraturan tu no 2.
Abah tak pasti apa keputusan terkini selepas itu bos dapatkan dari DB, seolah olah operasi tersebut tergantung bagitu saja.
Bersambung....
Ada banyak kes dengan syarikat ni tapi ada satu lagi kes abah nak share nanti.
No comments:
Post a Comment