CEP 20
Berpindah dan naik pangkat.
Satelah sekian lama bekerja membuat kerja kerja rekabentuk, mengawasi projek sendiri ( sesekali je kena awasi projek engineer lain) abah di naikkan pangkat ( setakok ) dan berpindah ke jabatan baru. Amalan biasa setiap pegawai yang di naikkan pangkat akan berpindah ke jabatan lain di mana jawatan itu ada kekosongan dan perlu di isi. Abah berpindah ke Jabatan Bangunan, skop kerja di jabatan ni jauh berbeza sama sekali, tak ada lagi kerja rekabentuk, tiada lagi menyediakan lukisan struktur , tak ada lagi mengawasi projek sendiri dan tidak lagi perlu bekerja sendiri. Di jabatan baru ni Abah di bantu oleh dua pembantu teknik (TA) dan beberapa juruteknik. Prosidur kerja juga jauh berbeza. Tapi masih berkaita dengan bangunan.
Sebelum nak pindah perasaan bercampur baur, boleh ke abah buat kerja yang terlalu asing, pengetahuan abah tentang skop kerja baru ni zero. pegawai yg perlu berpindah ( menggantikan tempat abah ) ke jabatan abah lagi la kelamkabut, maklumlah nak masuk jabatan yang banyak buat kerja pengiraan , dia berpindah bukan di sebabkan naik pangkat tapi mungkin dah berkhidmat lama di jabatang tersebut. Saperti abah pernah sebut, jabatan abah ni pilihan terakhir jurutera ( kecuali mereka yang betul betul berminat) kerja yang membosankan ( kata se tengah jurutera) . Dan abah pulak perlu belajar benda yang baru, belajar “building by law” dan selok belok pengurusan di jabatan baru ini. Nasib baik abah di bantu satu team yang berpengalaman, mereka sebenarnya yang banyak mengajar abah. Nak ilmu ni jangan malu , sesiapa saja boleh menjadi guru asalkan dia ada ilmu yang kita belum ada biar pun mereka tu staf bawahan abah. Dalam pada tu banyak juga perbincangan demi perbincangan di buat di kalangan pegawai untuk memantapkan lagi kemahiran masing masing. Bila bekerja menggunakan by law ni kadang kala tu pemahaman dan penafsiran nya berbeza.
Nama jawatan abah juga bertukar, dari jurutera struktur ke jurutera bangunan. Apabila pihak pemaju bercadang memajukan sesuatu kawasan, umpama nya membina bangunan mereka perlu mendapat dua kelulusan dari pihak berkuasa tempatan, keperluan yang serupa terpakai di seluruh Malaysia. Satu kelulusan perancangan dan satu lagi kelulusan pelan bangunan. Tugas jabatan abah memberi kelulusan pelan bangunan , membuat pemeriksaan pematuhan mengikut pelan yang di lulus kan dan mengeluarkan sijil layak menduduki bangunan, CF.. tapi kemudian di panggil CCC , certificate of completion dan compliance. Pemeriksaan secara terpeinci di lakukan oleh juruperunding teknikal yang mengawasi projek ( akitek jurutera dll) dan kelulusan juga termasuk dari agensi luar saperti bomba, TNB , Syabas, IWK dll.
Pembangunan di KualaLumpur sangat pesat, kalau PBT di tempat ( bandar bandar lain ) memproses 10 permohonan sebulan , DBKL memproses 10 kali ganda permohonan sebulan dan ada ketika nya lebih banyak lagi. ( perbandingan ini abah buat berdasarkan lawatan kami ke PBT di tempat lain. Itu belum lagi permohonan kelulusan kerja ubah suai.. lagi la banyak. Kalau di jabatan dulu abah membina bangunan, di sini abah memeriksa bangunan yang di bina pihak lain dan di awasi oleh pihak lain. Pengalaman dulu sangat membantu memudahkan kerja kerja abah. Abah juga sempat mencadangkan beberapa perubahan bagi memudahkan dan melancarkan kerja staf abah semasa membuat kerja pengiraan luas bangunan yg di bangunkan. Fee di kena kan mengikut keluarsan lantai. Bila bangunan besar dan complicated kerja kerja pemeriksaan dan kiraan menjadi rumit dan lama. Kaedah yang di cadangkan supaya akitek projek yang mengemukakan pengiraan secara terpeinci dan pihak kami membuat pemeriksaan rawak, jika di kesan berlaku kesilapan atau penipuan ( keseluruhan ) permohonan di tolak, dan di kembalikan . Dengan kaedah ini masa memproses pelan dapat di pendekkan.
Satu lagi pendekatan yang abah cadangakan ialah membuat lawatan ke pejabat pejabat akitek dan pemaju dan dan memberi taklimat awal kepada pemaju dan akitek keperluan keperluan by law yang perlu mereka patuhi sebelum mengemuakan pelan bangunan untuk kelulusan. Biasa nya lawatan ini di sertai juga pegawai dan kakitangan sokongan dari team lain, kami share pengetahuan. Di pejabat pemaju atau akitek biasa nya ada model bangunan yg staf abah lebih mudah mendapat gambaran awal bangunan yg bakal di bina dan membuat kerja memproses plan lebih lancar, dan di pihak pemaju dan akitek mereka mendapat maklumat awal keperluan by law jadi tak ada lah pelan asyik kena rejek kerana tak mematuhi syarat dalam by law. Perubahanan ini sangat di sukai pemaju, kedua dua pihak telus dan win win kepada kedua pihak. Bos kata cara kerja abah mendapat pujian dan penghargaan pihak pemaju. Alhamdulilah. Kaedah ni masih di pakai ke? Hehe..
Bersambung...
No comments:
Post a Comment