CEP 19
Penamatan kontrak
Salah satu klausa yang terdapat dalam sebarang kontrak kerja adalah penamatan kontrak. Apabila di dapati kontraktor tidak lagi berupaya meneruskan kerja kerja pembinaan, atau peratusan kemajuan kerja bergerak terlalu perlahan berbanding jadual, atau ada juga keadaan kerja terbengkalai sejak sekian lama tanpa ada tanda tanda untuk di pulihkan. Maka tindakan perlu di ambil sehingga kontrak di tamatkan. Satu kerja yg tak ada pegawai yang suka lakukan, malah pihak pengurusan juga hanya bersetuju menamatkan sesuatu kontrak apabila segala usaha lain ( utk menyelamatkan ) gagal.
Pengalaman abah sendiri semasa menguruskan kontrak , ada beberapa kali juga tindakan penamatan kontrak ini terpaksa di ambil. Ada juga kontraktor yang beranggapan mereka ni kebal, tidak mungkin kontrak mereka akan di tamatkan, walau pun performance kerja mereka ke laut. Dan apabila mendapat notis penamatan baru mengelabah nak jumpa orang itu, merayu orang ini supaya notis tersebut di tarik balik dan kontrak mereka tidak di tamatkan. Terlajak perahu boleh undur, dah keluar notis penamatan terima je lah. Nasi dah jadi bubur. Memang satu fakta pun belum pernah ( ada ke.??) kontraktor yang membuat kerja akontrak dengan DBKL atau dengan kerajaan secara umum, berjaya menyiapkan kerja awal dari jadual atau mengikut jadual. Yang biasa berlaku siap dengan lanjutan masa yang di luluskan. Dan sebahagian kecilknya kontrak terpaksa di tamatkan.
Memang bukan satu proses yang mudah sebelum sesuatu kontrak boleh di tamatkan. Pada peringkat awal, peringatan demi peringatan di keluarkan memaklumkan kontraktor atau amaran kepada kontraktor tentang prestasi kerja di tapak berbanding jadual. Beberapa siri mesyuarat dan perbincangan juga di lakukan dengan semua pihak yang terlibat untuk membantu menyelaraskan dan melancarkan kerja kontraktor. Tidak semua kelewatan berpunca dari kontraktor, ada juga keadaan kontrator tidak mendapat satu satu keputusan pada waktu yang di perlukan. Ada kalanya terdapat isu isu teknikal yang perlu di selaraskan supaya kontraktor boleh meneruskan kerja.
Ada satu kes dulu abah terpaksa mengambil tindakan menamatkan kontrak satelah segala usaha lain gagal untuk menyelamatkan kontrak. Pihak pengurusan juga tidak suka kontrak di tamatkan, perbagai mesyuarat dalam perbagai jawatankuasa juga akhir nya gagal utk menyelamatkan kontrak. Semasa abah menyerahkan salinan notis penamatan kontrak di tapak, ( salinan asal di hantar ke pejabat kontraktor ) abah masih ingat reaksi ( terkejut) jurutera tapak seolah olah tak percaya kontrak mereka telah di tamatkan. Mereka di arah meninggalkan tapak dan meninggalkan apa saja bahan, peralatan, mesin dan sebagai nya , malah kami juga seal tapak dengan menukar mangga gate utama masuk ke tapak. Apa saja urusan selepas itu kontraktor perlu membuat permohonan utk memasuki tapak atas apa apa tujuan.
Ada juga satu kes dulu kami mengambil inisiatif sendiri utk cuba menyelamatkan kontrak tersebut. Kami melantik supplier sebagai kontraktor penyelamat, dengan persetujuan kontraktor asal untuk melantik supplier sebagai sub kontrak dengan bayaran terus ( kepada supplier) . Tak pernah terjadi supplier menjadi kontraktor dan berjaya menyiapkan baki kerja . Senario yang kami bentangkan, jika kontrak di tamatkan semua pihak akan rugi termasuk supplier ( dia pembekal utama kepada kontraktor) , jika dia bersetuju jadi kontraktor, semua baki bayaran kontrakor asal kami serah kepada mereka dengan bayaran terus( bukan melalui kontraktor asal) , kontraktor asal terpaksa bersetuju, jika di tamatkan peluang utk mendapat kerja di masa akan datang lebur.
Selalu abah perhatikan , kontraktor bumiputra yang mendapat kontrak kerajaan tidak pernah berjaya menyiapkan kerja mengikut jadual, ramai kontraktor yg lemah ( tak mau belajar) dari segi pengurusan kontrak, ada juga kontraktor meng alibaba kan kontrak mereka kepada pihak ketiga, kadang bukan ketiga tapi mungkin kelima atau ke enam. Masing masing makan persen . Ada juga kontraktor meletakkan harga yang terlalu rendah sehingga akhirnya tak mampu menyiapkan kerja, persaingan untuk mendapatkan kerja agak sengit. Adajuga kontraktor mendapat terlalu banyak kerja di perbagai agensi serentak, dan gagal menguruskan kewangan sehingga satu satu projek dia terbengkalai.
Mereka yang berkecimpung dalam industri pembinaan mesti lebih arif dalam hal hal pengurusan kontrak ni. Yang berjaya pun ramai, tapi yang gagal lagi ramai.
No comments:
Post a Comment