CEP 16
Tegas atau menyusahkan part 11
Ada beberapa lagi peristiwa yang ingin abah kongsikan semasa mengawasi projek pembinaan dulu. engineer biasa jadi budak jahat semasa kerja pembinaan, ( dia orang yg cakap la) semua tak boleh, semua kena sekat, segala benda dia nak test, hantar makmal dan sebagai nya.. dan tak boleh bertolak ansur. Agak nya bila nampak engineer datang tapak macam nampak polis kat rodblok.. mesti nak kena tegur ni hehe..
Pada satu masa dulu kami banyak membuat projek rumah kayu , konon nya untuk pemenpatan sementara. Sehingga sekarang masih banyak rumah kayu ni , kami panggil rumah panjang di huni oleh warga kota. Malah kami juga ada membina rumah kayu 2 tingkat. Salah satu projek di mana abah terlibat ada lah rumah panjang di Cheras. Projek ni terletak di atas tanah bekas lombong. Sebelum kerja binaan di mulakan , tapak projek perlu di timbus atau di tambak untuk mendapat asas yang kukuh sebelum binaan. Bila binaan kayu , maka banyak lah kayu , dan kayu ni saperti mana abah pernah sebut sangat susah untuk di kawal, susah nak dapat bekalan yg baik. Ada satu ketika tu semasa lawatan abah ke tapak, abah lihat seorang pekerja memikul kayu utk di buat rasuk berukuran 2x8 yang agak panjang seorang diri. Wow !!! Dalam hati abah berkata, ini mesti keturunan badang !! Satelah di siasat rupanya kayu yg di pukul bukan kayu yang sesuai untuk kegunaan struktur, sejenis kayu ringan yg lebih sesuai utk perabut. Mentang mentang la rumah yg nak di bina bersifat sementara qualiti bahan yg di guna bersifat sementara. Ada satu ketika datang dua lori penuh dengan bahan kayu, bila abah tengok kayu2 tersebut langsung tak sesuai untuk di gunakan . Kedua dua lori tu abah reject dan tak benarkan kontraktor unloading. Bermacam macam alasan yg di berikan tapi tetap tidak di luluskan. Sehingga sekarang masih banyak lagi rumah panjang di sekitar Kuala Lumpur ni, dan masih berpenghuni sehingga sekarang. Sementara kadang kadang tu bertahan lebih 30 tahun hehe.
Sabelum kontraktor menggunakan mana mana bahan binaan, pembekal di mana bahan tersebut di buat perlu mendapat kelulusan. Kebiasaan nya kontraktor akan atur lawatan tapak ke kilang utk kami membuat penilaian. Sama ada kilang ini mempunyai pengalaman berkaitan, bagaimana kemampuan produksi kilang, bagaimana qualiti bahan di jaga , dan sebagai nya, pihak kilang akan memberi kami taklimat dari bahan asas kerja rekabentuk, pembuatan , kawalan mutu sehingga lah di bekalkan ke tapak bina. Biasa lah taklimat semua nya berjalan lancar dan teratur. Abah telah melawat perbagai kilang, kadang kadang tu nun jauh di luar Lembah Klang, ada kilang sehingga ke Menglembu, Perak, ada juga sampai ke Termerloh Pahang, dan ada yg sampai ke Segamat Johor. Bila bahan binaan sampai di tapak, qualiti nya sekali lagi di periksa sama ada sama ke saperti mana di ceritakan semasa taklimat dulu. Terdapat satu kes ni qualiti kerangka bumbung kayu yg di bekalkan ke tapak jauh berbeza dengan janji syarikat semasa taklimat. Sedangkan kami akan menggunakan berpuloh2 kerangka di tapak projek. Dah la tinggi nun di tingkat 18 !!! . Abah pun minta kontraktor jemput manager kilang , untuk dia melihat sendiri qualiti bahan yg di bekalkan. Nak sampai ke tingkat 18 pun dah satu cabaran ( utk dia la abah dah biasa) Bila dia lihat sendiri , dia pun terkejut macam mana keadaan tu boleh berlaku, lalu mengarahkan semua kerangka yg telah di pasang di buka dan di ganti .. berapa banyak kos yg dia kena tanggung. Mesti ada pihak yg tidak membuat kerja dengan teliti.
Rasa serik dah nak guna bahan kayu ni. Terutama untuk kegunaan struktur. Kayu Malaysia sebenarnya bermutu tinggi , tetapi industri yang menyebabkan qualiti kayu untuk bekalan tempatan berbeza dengan kayu utk tujuan export. Kalau kita nak bekalan kayu yg baik kita kena minta export qualiti. Dan memang ada projek abah dulu separa konkrit dan separa kayu. Tapi qualiti kayu yg kami dapat memuaskan hati. Tak banyak masaalah.
Bertabah lah dengan rakan rakan abah yang masih berkecimpong dalam industri pembinaan ni. Bersabar dan bertegas dengan segala kerenah yang di timbulkan , sekarang ni lagi mencabar sebab banyak gangguan .. hehe.
No comments:
Post a Comment