CEP 14
Partime job.
Semasa bertugas sebagai jurutera struktur dulu, abah berpeluang untuk membuat kerja kerja design untuk job luar. Malah ramai di kalangan kawan kawan engineer abah buat kerja yang sama. Adakala nya kami share kerja kerja yg kami dapat. Share rezeki. Bila bekerja dengan perunding luar ni segala nya nak cepat , dan kalau buat sorang tak cukup masa maklum la kerja partime. Pada peringkat awal dapat kerja kerja ubah suai rumah atau pejabat. Tugas abah menyediakan pengiraan struktur dan lukisan. Setiap kerja yang di beri perlu di siapkan dalam tempuh seminggu atau pun lebih cepat. Abah sediakan pengiraan rekabentuk struktur dan lantik beberapa pelukis pelan utk sediakan lukisan struktur. Abah pilih yang rajin dan cekap je hehe.. rezeki untuk di kongsi bersama. Masa tu abah dah boleh buat lukisan sendiri. Ada juga job yang abah handle dari A to Z..
Biasanya kerja kerja di buat sebelah malam, zaman muda muda dulu boleh la berjaga sampai pukul 3.00 ke 4.00 menyiapkan kerja. Salah seorang yang selalu bagi abah job ialah seorang kawan Abah yang memiliki syarikat perunding struktur. Biasanya design banglo. Pada satu masa tu abah dapat job besar dari dia, beberapa blok bangunan 9 tingkat, abah minta kebenaran untuk gunakan kemudahan pejabat dia untuk buat kerja, Setiap malam kami bekerja di pejabat dia , guna kan kemudahan komputer di situ dan membuat kerja masing masing. Dia percaya dengan kerja kerja abah dan berpuas hati dengan hasil kerja abah. Yang penting tempuh masa yg di berikan dapat di penuhi. Ada banyak banglo di sekitar Kuala Lumpur , Petaling Jaya dan Subang abah sediakan dokumen utk kerja struktur. Ada sebuah banglo yang abah ingat di area Subang jaya , laluan nak ke Subang airport di miliki pasangan orang “have have” hehe. Semasa pembinaan sedang berjalan , si isteri tidak berpuas hati dengan hasil kerja kontraktor, dia kata apa yg dia nak tak sama dengan apa yg di bina, sedangkan sebelum tu bila di beri penjelasan dengan lukisan lukisan yg di sediakan dia seruju. Rupa2 nya tuan rumah ni ada masaalah untuk visualize lukisan 2D ke rupabentuk 3D bila bila kerja di siapkan. Apa yg dia lihat di lukisan dia tak boleh nak bayangkan bila siap jadi macam mana, akhirnya kena pecah dan buat sapertimana yg dia angan2kan. Tapi kos pecah dan bina semula dia bayar kontraktor senyum je la hehe.. Abah ingat sangat job ni sebab tuan rumah sangat puas hati ( bila isterinya akhirnya sangat puas hati) bila rumah dah siap, ( dengan susah payah) . Dia bagi bonus kat abah, dia tambah fee abah lebih 20 % dari fee yang di janjikan awal. Pasal duit dia tak berkira..
Kalau job utk kerja ubah suai ni banyak la. Sama ada dapat dari kontraktor atau syarikat yg buat kerja renovation . Kerja dia tak banyak biasa nya seminggu boleh settle design dan lukisan. Tapi yang sedih nya kena tipu pun ada hehe. Entah macam mana abah kenal dia ni tak tau la. Sebelum tu bila job dari dia laju je dia bayar , dia banyak buat kerja kerja ubah suai rumah, dan pembinaan kecil. Setiap kali ada kerja ubah suai dia cari abah. Pada satu masa tu bila kerja abah siap dia tak bayar , alasan nya tuan rumah belum bayar dia, lama abah tunggu namum harapan tinggal harapan. Hehe.. lama lama abah hilang kepercayaan dengan dia dan tak buat lagi dah kerja partime dengan dia. Bila abah keluar dari bahagian struktur, lama kelamaan skill buat design tu hilang sedikit demi sedikit.. sekarang ni kalau nak buat abah kena belajar semula masuk kelas hehe.
Sebenar nya tak masaalah pun utk kita membuat kerja partime job, sejak dari dulu lagi sampai ke sekarang ni ramai yang buat kerja partime ni untuk menambah pendapatan dan menampong keperluan keluarga dengan syarat kerja itu di buat di luar waktu kerja pejabat, tidak menjejaskan kerja hakiki dan tidak bersangkut paut dengan tugas dia sebagai penjawat awam. Kes bagini ada berlaku sehingga menjejaskan prestasi kerja sebenar , sering meninggalkan tempat bertugas tanpa alasan munasabah. Di episod akan datang abah akan ceritakan beberapa kes , boleh di jadikan sebagai sempadan kepada kita semua yg bercadang atau sedang melakukan kerja partime ( di waktu pejabat) . Ada juga staff abah dulu tertangkap kerana hilang masa bertugas. Missing in action
BERSAMBUNG.
No comments:
Post a Comment