Tuesday, March 16, 2010

Alhamdullilah selamat

Kanak-kanak enam tahun yang hilang ditemui selamat

16/03/2010 8:08pm

KUALA LUMPUR 16 Mac – Budak lelaki berumur enam tahun yang dilaporkan hilang Sabtu lepas di taman permainan Perumahan Awam di Pangsapuri Sri Kota, Cheras, dekat sini selamat kembali ke pangkuan keluarganya hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, Muhammad Adam Haikal dipertemukan dengan kedua-dua ibu bapanya oleh jiran mereka yang menjaga kanak-kanak itu selepas menemuinya di sebuah masjid berhampiran pada hari kejadian. "Pada hari kejadian, mangsa keluar bermain dan ingin pulang ke rumahnya namun sesat. Mangsa kemudian ditemui seorang lelaki dan perempuan yang kemudian cuba membantu, tetapi mangsa lupa jalan ke rumahnya,” kata Chin Wah kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, pasangan itu kemudian meninggalkan Haikal di sebuah masjid sebelum ditemui seorang lelaki yang juga jiran kepada ibu bapanya.Haikal kemudian dihantar ke rumahnya, namun ibu bapa kanak-kanak itu tidak ada di rumah menyebabkan jiran tersebut memutuskan untuk membawa Haikal pulang ke rumahnya yang berada di tingkat lain di pangsapuri berkenaan, katanya.

Ibu kanak-kanak itu, Normayanti Abdul Manan, 30, membuat laporan polis berkenaan kehilangan Haikal semalam. – Bernama

kecoh beberapa hari ni bila berita yg kehilangan seorang budak di katakan menjadi mangsa colek.. kat flat tu la zino hantar hazwan, budak tu dari block yg berlainan.. tapi cerita kehilangan buat kami kecut perut.. alhamdullilah dia dah di jumpai bukan mangsa colek tapi tersesat .. baru sekejap tadi berbual dengan "abah" pasal budak ni.. kepada semua ibu bapa ambil berat kemana anak anda berada dan dengan siapa mereka berkawan..

6 comments:

cm said...

zaman sekarang.. anak-anak keluar dari kawasan rumah dah tak selamat! Kita masa kecil-kecil dulu round seluruh kampung!

aNIe said...

Alhamdulillah budak tu selamat...zaman sekarang ni...kat kawasan kejiranan kita pun rasanya tak selamat dah...

Yunus Badawi said...

Kadang2 ibubapa ni leka anak kecil dibiarkan keluar rumah tanpa pengawasan. Budak 6 tahun dibuat mcm budak dah 12 tahun.

Berhati2 dan ambil beratlah keselamatan anak2 kita.

Zareda Norman said...

kena lebih berhati hati.. kesian anak anaks ekarang kena pengawasan lebih tak bebas lepas macam dulu

Mak Su said...

tq peringatan ini

Whitetulip Tales said...

Alhamdulillah..dah jumpa jugak akhirnya. Huhu..smoga umat manusia di dunia ini tahu menghargai anugerah Allah yang tidak ternilai itu..