Saturday, March 20, 2010

cuti yg sibuk..

Pepagi dah keluar kerana minggu ni mem kerja hari Sabtu.. lepas tu dia ada lunch satu opis di menara kuala lumpur.. bestnya makan nun di awan.. hehe.. fizah pun ikut sama keluar awal konon nya nak belajar kereta.. kebetulan kereta along ada , bertambah bersemangat nak belajar.. dia dah ambil test pun sebelum ni tapi sebab belajar tak cukup masak.. gagal di jalan raya.. parking dengan bukit dah ok..

lepas hantar mem terus ke Ceras tempat dia ambil ujian memandu tu.. nak ikut jalan di mana JPJ melakukan ujian drive on the road.. dapat la pusing dua round.. bawa kereta tu nampak ok lah tapi kekurangan praktikal.. asyik mati je injin bila nak bergerak.. tapi ok lah tu bila dah biasa nanti tak jadi masaalah tu.. kira kira jam 10.00 kami bergegas pulak ke PWTC , dah janji dengan fizah.. dia nak cari buku cerita... walaupun masih awal tapi pwtc telah di penuhi peminat buku.. di mana mana boot penuh dengan manusia.. meriah sungguh.. oleh kerana mission hanya utk mencari buku yg fizah nak, kami terpaksa bertanya beberapa petugas supaya cepat ke distinasi yg di tuju..bila dah dapat tak tunggu lama .. tak sempat pun nak jeling di boot yg lain.. bergegas utk ke TS kerana dia masuk kerja jam 11.00 memang dah lewat pun.. hari hari akhir dia kerja ni dia saja nak datang lambat.. agaknya mood kerja dah semakin merudum hehe..

Dalam perjalanan nak hantar fizah tu along pun mesej.. dia naik flight jam 12.00 dari langkawi.. dan zino dah janji akan tunggu dia di KLIA.. sebaik menurunkan fizah di TS zino terus ke KLIA sendirian.. memula memang nak ajak adik sekali tapi bila talipon mama dia sebelum tu.... tak berjawab pulak.. entah kemana lah mereka masa tu.. bersaorangan lah jawab nya.. bila sampai KLIA sempat cari pot utk merehatkan badan sekejap.. terlelap di kerusi.. hampir jam 2.00 baru along keluar dari terminal.. terus balik ke BTR.. sepajang jalan Arifah menunjuk perasaan.. agaknya penat dalam perjalanan tak hilang lagi.. tak singgah mana mana pun terus je balik..setelah berehat sebentar baru keluar ambil adik di rumah mama...adik sedang tidur nyenyak.. kena lah kejutkan..

malam jam 8.30 keluar lagi utk jemput fizah balik dari TS dan terus dinner beramai ramai.. teringin nak makan di gerai jalan Pantai Baru tu.. dulu masa along belajar di UM kat situ lah kami selalu singgah makan.. gerai makin cantik, orang pun makin ramai .. tapi service tetap on time.. tak tuggu lama utk mendapat makanan yg di oder..

dan sekarang baru sampai ke rumah...... esok pun akan sibuk juga... bagaimana anda?

11 comments:

aNIe said...

Zino...macam marathon jadi driver ari ni...heheh...sibuk bebenor...dari bawak mem...fizah...along...

Yunus Badawi said...

wah sibuk betul zino hari ni oops semalam. Pameran buku mmg selalu penuh sesak. Kadang2 rasa tak berbaloi bertolak2 nak cari buku murah sikit huhuhu

Esok kami nak hantar Afifah balik asrama di Serting.

Zareda Norman said...

zino

tak tahlah larat ke tidak zar bersesak sesak esok ni.. harus mokcik pengsan nak pilih buku ni

ciK LyndaWawa said...

saya sangat seronok arini..heheheh

Pak Ngah: said...

:: salam.. begitulah ligatnya seorang suami mithali aka bapa mithali..

:: hmmm.. mimpi apa agaknya ketika terlelap di airport tu.. hehe..

ckLah @xiiinam said...

Hari ni pun hari menghantar anak ke asrama...sedih pulak rasanya nak berpisah...

Acik Erna said...

arini kurang sebok...semalam sebok jugak..tapi tak sebok drive la..sebok dok sebolah yo..he he..

Anonymous said...

Wah... tentu keletihan.

Tie, sibuk masak je. Kelmarin ada extra 2 orang anak tumpang tidor. Jadi terpaksa bersilat lebih sikit di dapur.

DrSam said...

mungkin senang sikit kalau belajar memandu dimusim cuti, lebih lagi musim cuti sekolah. Jalan lengang sikit kot. kurang lah sikit tekanan perasaan pada pemandu baru tu.

Mak Su said...

kitorang lepak kat umah jer ..... :D

silversarina said...

memang busy betul, nasib baik dapat rehat kat KLIA kejap ye .. take care !!