Wednesday, November 10, 2010

last minit

zino tak tau pun ada pendaftaran untuk ambil peperiksaan , malah tarikh daftar online dah tutu pun.. tapi kawan zino bersusah payah mengambil borang minta zino dan sorang lagi kawan utk isi dan hantar tangan ke urusetia.. oleh kerana kawan dah bersusah payah utk kami turut serta maka borang pun di lengkapkan dan di hatar ke urusetia dengan surat rayuan supaya di pertimbangkan..lepas tu langsung tiada pengkabaran apa yg berlaku, terima atau sebaliknya..

tetiba satu pagi tu kawan zino call jom ke taklimat peperiksaan , taklimat pagi ni sampai ke petang... nasib baik tak ada meeting, terus je kami berdua pe sana , bila sampai taklimat dah lama bermula dan kami dengar di pertengahan sesi, bersambung sampai ke petang.. rupanya makluman melalui email dan kebetulan email jabatan tidak boleh di gunakan.. patut la tak tau , yg kawan zino lagi sorang tu pulak tak buka2 email hehe.. itu pun seba kawan yg sama call bertanya tak datang taklimat ke? alahai...

Dalam taklimat di beri tugasan utk di siapkan dalam tempuh dua minggu dan sumbit semasa opendaftaran periksa, iaitu isnin lepas.. dua minggu berlalu bagitu singkat.. hari hari baik malam maka tak ada semangat langsung nak buat lapuran apatah lagi nak baca nota nota yg berlambak utk exam.. pada hari kami sebelum cuti deepavali, zino maklum kawan tu kemungkinan tak jadi ambik exam sebab tak sempat nak prepare.. bila dia dsengar je dia terus bagi motivasi dan minta zino hadir juga.. bagitu juga dengan bos minta zino hadir jangan sia siakan peluang.. masih ada masa katanya cuti hujung minggu boleh buat report dan belajar ...jumaat sabtu dan ahad itu je masa yg tinggal..

balik malam tu zino kuatkan semangat utk menulis lapuran.. sampai jam 3.00 zino pulun, 3/4 siap.. ada sebahagian lagi, esok nya sambung lagi sampai siap.. bukan taip, baru tulis tangan.. talipon PA supaya datang rumah ambil draf lapuran tu utk di taip mengikut format yg di minta.. janji esok nya sabtu perlu ke pejabat utk di print dan zino akan datang semak sebelum di binding.. hari jumaat tu zino balik kampong dah lama sangat tak balik ( baru sebulan) berjumpa ayah bonda dan berbincang pasal kenduri yg akan di buat selepas raya nanti.. malam tu juga kami balik semula ke KL ramai yg bertanya kenapa tak tidu kat kg je.. so sekarang dah tau kenapa kan....

esoknya janji dengan PA saya akan ke pejabat utk semak lapuran yg telah di siaptaip... malang nya dia sesuatu berlaku sehingga dia lewat sampai.. jam 12.00 baru dia datang , print yg pertama zino semak dan di perbetulkan semak sekali lagi dan ada sedikit pembetulan sebelum print akhir.. tapi satu perkara lagi perlu tandatangan pengarah.. zino sms bos minta dia datang awal isnin utk mendapatkan tandatangan sebelum report di bawa ke tempat peperiksaan.. balik dari pejabat kami ke bangi, majlis perkahwinan anak sahabat sama sekolah rendah dulu.. jam 4.00 baru kami sampai, kerja kerja mengemas telah bermula hehe masih ada rezeki nak makan kenduri..

balik dari kenduri sabtu petang tu baru lah zin free untuk mentelaah.. ada 4 topik besar.. zino hanya baca dua topik dan drop dua topik..akan ada 3 soalan dari setiap topik.. dan perlu jawab 5 soalan sahaja.. itu strategi nya kalau menjadi alhamdulilah, kalau tidak alhamdulilah.. ahad sambung mentelaah.. pepala naik weing... tak cukup tidu.. otak di guna sepenuhnya.. membaca sambil menulis membaca dan menulis.. itu stail zino mentelaah..

isnin pagi pagi zino ke pejabat, minta driver datang jemput..sebab nanti nak terus ke dewan peperiksaan di putrajaya.. jam 8.00 bos sampai, terus dapatkan tanda tangan dan minta PA print dan bind.. bergegas ke putrajaya.. kawan zino lega melihat zino datang , dia ingat zin dah tarik diri tak akan datang utk periksa.. hari pertama exam bertulis.. boleh le jawab dengan berbekalkan dua topik.. langsung tak ada pressure, langsung tiada tension.. relak dan enjoy utk menhadapi nya bukan seperti masa ambil exam sebelum ni.. sungguh tensi.. hari ke dua interview SKT, zino tengok orang lain prepare berhelai helai.. siap dengan gambar bagai.. sedangkan zino hanya prepare dua keping je.. 20 minit utk memberi penjelasan dan 10 minit utk bersoal jawan dengan panel penilai.. alhamdulilah semuanya berjalan lancar.. zino rasa dah menjawab sebaik nya, terpulang rezeki ...

pagi tadi public speaking... malam tadi zino cuba cari bahan, tapi akibat kepenatan.. tak abanyak yg dapat... so zino nekad akan go on stage dan bercakap berdasarkan pengalaman yg ada, yg penting jangan tersangkut masa memberi pendapat... perkara ni pun berjalan lancar.. zino agak terkejut kerana dapat berhujah secara lancar..( agak2 zino je lah..) malah selepas berucap kawan yg duduk sebelah kata english zino ok... ye ke macam tak caya.. rasa macam broken moken je hehe) selesai sesi yg amat di takuti.. bercakap di depan odien memang sangat mendebarkan.. tapi bila kena bercakap enggeris di depan odein dua kali debaran.. tapi pagi tadi zino tak rasa perasaan tu.. sangat relak , sangat santai dan lancar tanpa merujuk kepada point yg telah di sediakan..

esok last day.. ada sesi persembahan kumpulan, semuga allah mempermudahkan cabaran terakhir ini, kemudian berserah kepada Nya.. semua semua yg mengambil peperiksaan tu akan berjaya dengan cemerlang.. terima kasih kepada PA zino yg sanggup datang kepejabat masa cuti semata2 nak tolong bos dia yg buat kerja last minit ni hehe, terima kasih juga kepada pemandu zino yg setiap pagi datang menjemput dan penghantar pulang.. terima kasih juga kepada kawan kawan seperjuangan yg memberi motovasi sehingga niat utk zino tidak hadir kepada hadir bersama mereka, terima kasih juga kepada BOS yg bersedia membantu pada bila bila masa, terima kasih juga kepada kenalan baru dari JKR dan agensi lain yg sama penghadapi peperiksaan ini..

15 comments:

Pak Ngah: said...

:: hebat..semoga berjaya, insyaAllah.

zino said...

pakngah
amin..

kak Erna said...

insyaallah..dah berusaha..akan berjaya..dengan izin allah..

zino said...

mudah2an...amin

MOKCIK AZWA said...

PTK ker??

awat tak tunggu sampai kena mansuh hehehe

anyway...ingatkan pada tahap zino takde dah exam bertulis, hanya public speaking jer?

apapun, selamat berjaya...aminnn

Zareda Norman said...

Zino

nak amik IR ya... semoga berjaya ek.. lepas ni boleh buka company ler pulak.. hehehhe

Jemari Seni said...

Insyaallah.. Semoga Berjaya! Amin!

aNIe said...

Semoga segalanya berjalan lancar...

SoFie NuR said...

good luck uncle!!!

ciK LyndaWawa igUana said...

good luck pakcik..!=)

noorlara said...

Macamana exam semalam? harap-harap cemerlang

CikguZue said...

semoga berjaya.

zino said...

tq..semua..

anymz said...

insyaallah bang.semoga di berkati dan di makbulkan..

Aida Ali said...

Pengalaman mematangkan seseorang. Syabas! Pasti kejayaan menunggu di depan...