Monday, March 14, 2011

ancaman nuklear


SENDAI, Jepun 13 Mac – Pihak berkuasa Jepun berusaha mencegah satu lagi ancaman radiasi di dua buah reaktor nuklear di Fukushima hari ini, selepas sistem penyejuknya gagal berfungsi sekali gus boleh mengakibatkan bencana nuklear terburuk di dunia dalam tempoh 25 tahun.

Syarikat pengendali Tokyo Electric Power Co (TEPCO) terpaksa menggunakan air laut dan asid borik bagi menyejukkan reaktor No. 1 selepas satu letupan memusnahkan bumbung dan dinding bangunan konkrit itu semasa mereka cuba melepaskan tekanan semalam.

Struktur tangki reaktor nuklear itu bagaimanapun tidak terjejas.

semuga tiada malapetaka yg berlaku....


15 comments:

DrSam said...

kita di sini pun kena berhati-hati takut awan radiasi mengikut arus pergerakan udara dari sana. ditambah lagi ramalan hujan setiap petang yang pastinya menjadi mudarat (hujan asid dan radiasi). awasi agar tidak terdedah kepada hujan selepas ini terutama anak-anak.

zino said...

Drsam..
semuga bumi Malaysia di lindungi..

Yunus Badawi said...

senada dgn zino. Harap tak jadi malapetaka samada di sana atau di tempat lain akibat kejadian ni.

Unknown said...

Semoga kita di Malaysia di lindungi dari terkena tempiasnya...

UnGu VioLet said...

moga kita sentiasa dlm lindungan Ilahi.. Amin..

Mulan said...

moga kita semua dilindungi Yang Maha Esa.. masih lagi dalam situasi alert arahan pihak berkuasa..

Acik Erna said...

semoga negara kito dilindungi dari bencana

zino said...

Yus
mudah2an..

zino said...

ungu
amin...

zino said...

mulan..
kabar nya reactor meletop lagi..

zino said...

erna..
inshaallah...

Mak Su said...

depa kena three in one ek.......... jepun! teruskan bertahan!

Zareda Norman said...

semoga dijauhkan dari ancaman radiasi.. doa dan sulat hajat sama sama... InsyaAllah

zino said...

Mak su
ujian.. kepada mereka..

zino said...

zar..
kesan rediasi dah bertambah.. satu lagi reaktor meletop..