Sunday, July 10, 2011

BERSIH KE

Dah terlalu banyak ulasan yg kita baca berkaitan kegiatan BERSIH ni.. dan saya tak berhajat nak mengulas panjang.. tapi nak mengupas sedikit akibat dari demontrasi jalanan yang di lakukan... yg pasti ini bukan demontrasi pasal nak BERSIH kan pilihan raya.. bukan demontrasi nak BERSIH kan rasuah atau nak BERSIH kan apa apa pun... apa yg mereka lakukan hanya utk propaganda politik individu tertentu..

apa yg mereka dapat... liputan meluas dari seluruh dunia.. yang cuba di gambar kan Malaysia ni konon nya tidak memberi kebebasan kepada rakyat nya utk berdemontrasi secara aman.. aman ke?? cuba memberikan gambaran kepada dunia Malaysia ni dalam keadan yg amat teruk sehingga menyebabkan mereka mengambil tindakan sedemikian rupa... agaknya itu lah yg di sumbat dalam you tube utk menggambarkan konon nya malaysia ni berada dalam keadan yg amat teruk... semua orang tau apa matlamat demontrasi ini sebenar nya..

terima kasih kepada pihak PDRM... sebelum berlaku demontrasi lagi pihak berkuasa telah menghidu niat sebenar pengkhianat negara ni. memang tepat pun.. memang patut mereka di benteras sehingga ke akar umbi.. tindakan tegas PDRM telah menyelamatkan keadaan terus menjadi kucar kacir sehingga tak boleh di kawal.. semua orang tau siapa di sebalik demontrasi tu semua orang pun tau siapa yg terpekik terlolong di jalan jalan raya.. yg lebih tragis ia melibatkan kanak2.. dia orang ingat nak pergi tengok jom heboh ke..

tapi yg kelakar pun ada dah le memaki hamum pihak berkuasa, pihak polis dan sebagai nya bila kena tangkap ber iya iya pulak makan patut nya tengok makaan pun benci macam mana benci kan kerajaan masa di jalan raya tu.. makanan tu kan kerajaan yg bagi.. kenapa di lantak pulak... yg ni memang kelakar.. sedangkan anggota keselamatan makan nasi bungkus je yg kena tanggap ber iya iya makan buffe.. tak tau malu!!!!

apa tindakan seterusnya?? jangan biar kan perkara ni berlalu macam tu je.. kepada peniaga yg terjejas akibat demontrasi ni buat tuntutan kepada pihak yg menganjur, dakwaan juga perlu berlaku.. gunakan lah peruntukan yg ada utk mengheret mereka ni.. mereka ada barisan peguam pihak berwajib pun ada.. yg penting kedaulatan undang2 harus berlaku... tak salah ak berpolitik.. tak salah nak berbeza pendapat , tak salah kalau nak tentang pun .. tak salah kalau tak sokong kerajaan pun.. lawan la bantah la.. kutuk la.. tapi tolong la sayang kan malaysia.. jangan buruk kan tanah air sendiri..di luar.. jangan bodahkan diri sendiri.. musuh2 negara kita memang menunggu peluang utk menangguk di air keroh..

nak ke Malaysia jadi macam negara yg bergolak di asia barat sana.. jangan lah kerana nak sangat berkuasa kita langsung hilang pertimbangan.. jangan sampai nasi menjadi bubur... malu la... kann... memang saya tak berminat nak mengulas... tapi terpaksa di luahkan juga supaya tak terus terbuku.. kalau tak minat nak baca pun tak pe... biar kan je..


13 comments:

Abang Long said...

Salam, lama sungguh tidak meninggalkan catatan disini. Teringat kepada ceramah malam tadi, seorang ustaz menyatakan "Insan yang paling bersih dalam dunia ialah rasululllah, dan manusia paling banyak menulis dan memperkatakan tentang bersihkan jiwa ialah Imam Syafie."

Tie said...

Sesetengah orang kita ni bila sebut demo je terus rasa teruja. Seronok tak terkira macam nak pergi berkelah. Tak tahu hujung pangkal, tak kira siapa penganjur pun lantaklah.

Yang kelakornya sebelum ni kata nak 'bersih'kan pilihanraya, tapi yang dilaungkan bukan 'bersih' tapi reformasi!

Dan yang ditinggalkan sampah sarap sepanjang jalan... Eloklah diberi penyapu sorang satu bersihkan jalan2 tu...

Sindora Collection said...

BERSIH menyusahkan semua org..lebih2 lagi yg nak ke HKL dan hospital yg berdekatan..menakutkan anak2 yg nak belajar (anak cuk yg duk kat hostel kat Kg Baru dikerah balik bermalam) dan pelbagai masalah lain.

Jika ingin buat demontrasi pun seeloknya buatlah di Stadium tertutup yg bukan didalam kaw bandar.Masa tu kemukakanlah tuntutan.haishhh..

CuTeMiUt78 said...

yg bebenornya.. luahan kita plak.. apa yg diaorg buat tu... tak berbaloi... langsung takde rasa bersyukur dengan keadaan negara yg telah aman..

MULAN said...

adoi... adoi.... pening... sampai nak ke kl pon kena cancel..

sayangsayangibu said...

mereka tu salahkan pihak yg jalankan tanggungjawab dalam meleraikan perhimpunna, dan sangat berbangga ada yg di katakan syahid, cedera masa lari dan terjatuh tetap salahkan pihak polis
menghina menghentam
memang tak tahu malu
kalau sya berada di tempat mereka
nak menjamah makanan pun malu

bila di layan baik macam tu pulak, di perlekehkan juga

minda mereka dah tepu ke?

MulutPayau said...

entahlah...mcm2 sekarang ni..masing2 nak tunjuk hebat...menimbulkan pelbagai masalah...mencemarkan imej negara....sepatutnya BERSIHkan HATI dulu....

Ada Dalina said...

lebih byk menyusahkan dr menyenangkan...ntah apa2 diorg nih! x reti bersyukur dgn keamanan negara sndiri! (emo plak...huhu)

sue said...

klu iye pun nak sangat BERSIH ni .. bersihkan jiwa dan rohani dalam sendiri dulu... BERSIH???NO KOMEN

zino said...

terima kasih semua...

MOKCIK AZWA said...

Bersih bermakna tak lama lagi bertambah lah kerja untuk kitaorang huhuhuhu....

Zareda Norman said...

tak minat jugak nak ulas.. masing masing ada pendapat tersendiri.. yg penting jangan bermusuhan sesama ummah...

Yati said...

Bersih ni memang susahkan ramai orang. Kesian deme yang buat kenduri tapi takde orang datang. Yang sangkut kat highway sampai 4 jam pun kesian.