Friday, June 29, 2012

inovasi....

Assalamualaikum...

apa kabar semua... saya harap semua sihat la ya.. kalau tak sihat tu .. kena redha dan sabar.. dan usaha utk mendapatkan penawar.. so apa kita nak cerita kali ni..?? oops dah tulis pun kat tajuk tu.. INOVASI... tau ke apa inovasi tu...ia merupakan idea baru dalam semua aspek kerja untuk hasilkan perkhidmatan berkualiti.. dan memang kerajaan menggalakan budaya inovasi ni berkembang dalam budaya kerja seharian kita... tak semesti nya satu idea yg besar .. asal saja ia satu idea baru dan boleh meningkatkan kualiti kerja sudah di kira satu inovasi...

perkara ni memang berlaku pun dalam dunia  pekerjaan..terutama dalam memberi perkhidmatan.. kepada masyarakat... sama kita sedar atau tidak je.. kalau sebelum tu satu perkhidmatan tu mengambil masa yg lama untuk di selesaikan.. dengan sedikit perubahan perkara tersebut boleh di selesaikan dalam tempuh yg lebih singkat.. ingat lagi.. dulu2 kalau nak buat pasport kena tunggu sebulan baru siap.. sekarang ni sehari dah siap.. kadang kadang inovasi di kaitkan dengan teknologi... dengan bantuan teknologi dan IT banyak idea inovasi boleh di jana.. kecekapan akan bertambah..

untuk menggalakkan idea inovasi terus berkembang kerajaan mengadakan pertandingan dan anugerah kepada idea idea yg boleh meningkatkan kualiti kerja , menambah cekap perkhidmatan dan menjadikan persekitaran kerja lebih selesa.. ada anugerah di sediakan.. dan setiap tahun (betulke?) majlis anugerah inovasi di buat untuk memberi pengihtirafan kepada idea idea yg berkualiti...

so apa idea inovasi yg telah anda sumbang di tempat kerja tu... boleh lah share kan....




cuba tengok gambar ni... selalu nya kalau kita nak tanam apa apa macam mana biasa nya di lakukan.. pancang pancang bagi tanaman tu panjat kat pancang tu kan..? ada tak kaedah atas di buat ?? kalau dalam satu kebun boleh la buat gerbang tu banyak banyak.. kan cantik tu.. sambil berkebun boleh beriadah kat bawah tu hehe...boleh jadi tempat piknik.... 


kita dekat sikit.. baru nampak jelas.. tak kisah la apa yg kita nam tanam kan.. pacang panjang ke , petola ke kacang pasang ke labu ke (boleh ke? ) mentimun ke.. apa saja lah.. asal jenis pokok yg menjalar dan boleh tengok buah dia bergayut macam dalam gambar tu.. yg masak kita petik ..


tapi kalau di taman dalam taman alamat tak sempat besar la jawab nya ramai la tangan tangan nakal nanti nak usik usik.. ( boleh caya usik je) .. dah tentu ada yg nak petik nanti.. last last tinggal daun je hehe.. tapi yg penting benda ni merupakan satu inovasi yg menarik.. tentu ramai yg suka datang melawat ke tempat tu kalau di jadikan satu produk pelancongan di taman.. cuma kena lah di kawal dengan lebih rapi.. kat tempat dia orang nampak macam ok je kat tempat kita pelbagai inovasi berlaku nanti hehe

ok kita jumpa lagi di lain siaran... terima kasih kerana sudi membaca.. (ada ke??) 



4 comments:

kurus said...

selama nie x tahu maksud inovasi .. dgr2 aje .. ;)

zino said...

ieda
sekarang dah tau ke? hehe

azi said...

En.zino..
Sekarang kat pejabat pun, kitaorang sibuk nak masuk pertandingan inovasi...:)

Tu buah Labu air ke?

zino said...

azi
agak nya hehe