Tuesday, April 30, 2013

kisah orang kaunter

Assalamualaikum...

Sebagaimana yg zino janjikan dengan penulis buku Kisah orang Kaunter ni.. zino akan membuat ulasan sebaik sahaja selesai membaca nya... 

Sebaik menerima buku yg di tandatangani sendiri penulis dari pos laju zino mula membelek2 dan terus membaca nya.. itu pun masa rehat tengah hari... buku di tulis atas pengalaman penulis sendiri bekerja di bahagian kaunter.. penulis mempunyai pelbagai kisah menarik sepanjang bertugas di kaunter dan banyak pengajaran yg di perolehi .. Penulis pandai mengolah ayat ayat dalam penceritaan nya sehingga kita tidak rasa jemu utk terus membaca dari satu kisah ke satu kisah.. di hujung penceritaan setiap episod penulis akan menyelitkan pengajaran dari setiap peristiwa yang berlaku .

Banyak cabaran petugas kaunter ni rupanya dimana perlu banyak kesabaran dan sentiasa berhemah dan fokus semasa melayan kerenah pelanggan yg pelbagai.. walaupun di dalam satu satu keadaan perlu bersikap tegas dan bengis.. bukan semua orang dengan mudah boleh mensesuaikan diri berhadapan dengan pelbagai kerenah di kaunter tu.. ada juga isu isu yg boleh menimbulkan pelbagai persoalan tentang prosidur sesuatu permohonan utk mendapatkan dokuman pengenalan.. tapi tidak di ceritakan secara terpeinci.. mungkin itu bukan soalan yg mahu di ketengahkan..

Pada pandangan zino penulis telah bersedia untuk menulis nukilan yg lebih berat seperti menghasilkan sebuah novel.. ada gaya utk menjadi seorang penulis berjaya satu hari nanti...insha Allah.. 


syabas kepada Rafi Harumin 
teruskan berkarya

11 comments:

Rafi Harumin said...

Salam buat Abah Zino.

Berbanyak terima kasih atas kesudian membeli dan memberikan ulasan mengenai buku yang tidak seberapa ini. Setinggi kesyukuran juga kerana mudah faham dengan apa yang dituliskan. Mudah-mudahan perjuangan dan perjalanan pena ini akan tetap berterusan. Mohon doanya juga.

Sekali lagi saya berterima kasih.

Yunus Badawi said...

Terima kasih di atas ulasan. Saya belum sempat baca buku ini tapi dari ulasan ni mcm menarik

Amin A. R said...

betul abah..bukan senang nak menjaga kaunter..kena sabar dengan kerenah macam2 orang..saya pernah lalui pekerjaan sebegitu.. :)

anyss said...

Assalamualaikum,
orang keja kaunter ni org yg hebat. tinggi tahap sabarnya

zino said...

Ashrafi

saya tunggu novel pertama anda hehe

zino said...

Yunus Badawi
selamat membaca..

zino said...

amin..
betul tu..

zino said...

Anyss

betul tu berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ragam..

Mulan said...

moga terus berkarya...

Acik Erna said...

se ponah la 9 tahun kojo yang dipanggil petugas kaunter he he

Irfa said...

menarik je sinopis.bukan senang keje kat kaunter depan ni..telinga kena tebal,kalau simpan semua dlm hati boleh mati smbil berdiri ;)

nnt sy nak buat buku 'orang belakang kaunter' ada tak yg nak baca.hehe