Saturday, December 31, 2016

back pack ke Bandung... day 1

assalamualaikum..

1.0 Kami memulakan kembara singkat ke Jakarta dan Bandung pada pagi 30hb Dis 2016.. konon nya nak sambut tahun baru di tempat orang.

2.0 Ezuan yg mengurus perjalanan, book kan tiket k terbang utk abah dan cari kan hotel yg sesuai. semua nya di lakukan online. abah nak urus sendiri mcm blurr je lagi..

3.0 sesampai ke Jakarta kami terus mendapatkan kereta sewa utk ke stesyen keretapi Gambir utk meneruskan perjalanan ke Bandung. nak juga rasa naik keretapi. tiket keretapi pun dah book on line.

4.0 Di stesyen ramai orang maklum la mungkin ini stesyen terbesar di Jakarta dan servis nya ke merata tempat. kami sampai 2 jam awal dari jadual so sempat la isi perut dulu. tetiba je lapar. 

5.0 Dengan panduan pegawai yg bertugas di stesyen kami terus menuju koc tren yg akan menuju ke Bandung. teringat zaman naik keretapi tanah melayu ke singapura masa kecik2 dulu. dalam keretapi ni ada kemudahan utk caj hp. lagi best dapat seat sorang je.. sebelah zino kosong tak ada pulak awek yg nak duduk hehe.

6.0 Perjalanan mengambil masa 3 jam 10 minit .kat depan tu ada TV kalau sape nak tengok video lagu yg di ulang2 hehe tapi abah lebih tertarik melihat di luar. melihat alam yg indah. laluan keretapi ni tidak menjadi kawasan larangan di sini sesiapa pun boleh berada dalam kawasan landasan. di pusat bandar ada pagar tapi melompong sana sini.

7.0 sampah sarap pun banyak dan merata2 sepanjang landaran kawasan bandar. jauh sangat berbeza dengan Surabaya yg kelihatan sangat bersih.  landasan dengan jalan di aras yg sama . banyak level crossing di merata tempat sementara keretapi merentas bandar.

8.0 banyak stesyen yg di lalui tapi keretapi ini tak berenti . mungkin keretapi ni express hanya berenti di dua stesyen shj. bila di luar bandar pemandangan berubah... dan cantik.. sawah bertingkek tingkek. kaedah bertani macam kami di ksmpong kecik2 dulu. ada yg sedang membajak ada kawasan sedang menubah dan ada tempat padi sedang menguning. seolah2 sawah di kerjakan sepanjang tahun none stop..

9.0 perjalanan ke Bandung kebanyakkan nya mendaki maklum lah bandung berada di tanah yg tinggi. dan melalui jalan berbukit.. terjumpa beberapa jambatan yg tinggi dan menarik yg menghubungkan satu kawasan tinggi dengan lembah di tengah2..  ada yg sempat di tangkap gambar ada yg di tangkap mata je..

10. oleh kerana perjalanan lama kadang2 terlelap juga.. hehe.. dalam keretapi ni katanya ada juga kantin tapi kami tak pergi la cari mungkin nun jauh kat belakang. ada juga mereka sediakan servis menjual makanan macam airasia tu.. pun kami tak beli jeling je adik manis yg menjual tu.

11. Sampai di stesyen Bandung saya tengok ramai nya penumpang yg sedang menunggu.. nak balik kampong ke Jakarta kot. keluar dari stesyen... bermula pengembaraan kami . berpandukan google map kami mencari di mana lokasi hotel.. berapa jauh dari stesyen. naik taxi atau berjalan kaki je ?..

baru sampai Jakarta

lunch di stesyen keretapi Gambir 
Jakarta

ini yg Ezuan oder.. lebih kurang sama apa yg abah oder. 

menunggu tren bergerak

sebahagia penumpsng.. masa ni belum penuh lagi. awek yg duduk senelah Ezuan tu pun belum naik lagi

boleh caj hp.. tapi di larang masak air.. hehe


tu dia dah sampai

jumpa banyak stesyen kecik macam ni sepanjang jln 

bukan jambatan ni yg abah ceritakan

ada awek sana tu tapi tak jeling pun.. 

semalam riz tanya mana ezuan.. ha ada ni seat je yg lain hehe

dah sampai Bandung


bersambung......
kami nak jalan jalan dulu.. nanti cerita macam mana jumpa tempat dinner mlm tadi tu..

2 comments:

Kengkawan said...

teringinnnn sangat nak backpack..
len kali buat la time kita cuti pakngah hahahah

zino said...

seronok juga bercuti macam ni plan boleh di ubah bila2 masa dan pergerakan agak bebas dan tidak terikat.. tapi yg penting information perlu lengkap