Friday, December 23, 2016

bersara wajib dalam perkhidmatan awam.

assalamualaikum...

1.0 Alhamdulilah akhirnya tiba giliran saya untuk bersara wajib dari perkhidmatan awam setelah berkhidmatan selama 38 tahun 7 bulan 15 hari. Satu tempuh perkhidmatan yg agak panjang.

2.0 Saya mula memasuki perkhidmata awam pada 2hb Mei 1978 sebagai seorang pembantu teknik setelah menamatkan pengajian di UTM dengan kelulusan Diploma Kejuruteraan awam dengan gaji ketika itu RM 560.00. Pada mula nya saya sendiri tak tau apa itu Kejuruteraan awam. Apakah kerja yg perlu di buat seorang graduan Kejuruteraan Awam. 

3.0 Pilihan untuk mengikuti bidang kejuruteraan awam tercetus bila bertanya kawan kawan semasa memasuki FORM SIX di SDAR Seremban. Dia kata nak pilih kejuruteraan awam.. bunyi macam best je saya pun ikut sama..hehe maklum lah sebelum tu sekolah kampong mana ada pendedahan pasal kerjaya ni.

4.0 Bila di terima belajar di UTM yg sebelum tu di kenalai sebagai MAKTAB TEKNIK.. kami di tawarkan beberapa biasiswa.. dan akhirnya saya pilih biasiswa DATUK BANDAR..masa tu berlambak biasiswa di tawarkan .. boleh buat pilihan yg mana nak..  kerana nilai nya agak tinggi dan konon nya nak kerja di KUALA LUMPUR. Sekarang ni agak sukar utk mendapat biasiswa dan yg ada cuma pinjaman PTPTN. 

5.0 Setelah tamat pengajian saya terus di panggil utk berkhidmat.. tak ada sangat interview.. yg di tanya nak kerja di pejabat ke atau di tapak bina. Bukan macam graduan sekarang terpaksa melalui sesi temuduga utk mendapatkan pekerjaan. Pemegang biasiswa pun tiada jaminan utk mendapat tempat dalam perkhidmatan awam. kalau setelah 6 bulan selepas graduate tak di tawarkan kerja.. masing2 boleh mencari kerja di tempat lain. 

6.0 Mula mula saya di tugaskan utk mengawasi projek pembinaan sebagai kerani tapak bersama seorang kerani tapak yg senior.. (clerk of work) FLAT 17 TINGKAT  di jalan Kenanga iaitu di belakang Balai bomba Jalan Hang Tuah. Tugas saya untuk memastikan kontraktor yg di lantik melaksanakan kerja kerja pembinaan mengikut lukisan dan spesifikasi yg di sediakan. Bekerja sebagai kerani tapak perlukan intergriti yg tinggi bersikap tegas , berani berpengetahuan dan tidak mudah terpengaruh dengan alasan alasan pihak kontraktor apabila mereka di tegur membuat kesilapan dan perlukan tindakan pembetulan. 

7.0 Selang beberapa bulan saya di pindahkan utk mengawasi projek baru di SENTUL UTARA juga pembinaan flat 17 tingkat. Pengalaman beberapa bulan di Jalan Kenanga di katakan mencukupi utk saya handle sendiri projek pembinaan tiga blok bangunan 17 tingkat di Sentul Utara. Bermula dari penanaman cerucuk sehingga ke bumbung saya perlu pastikan kontraktor patuh dengan arahan dan melaksanakan pembinaan sebaik mungkin. 

8.0 Kerja kerja saya pula di awasi oleh jurutera awam, akitek , Juruukur Bahan dan sebagainya. Setiap hari saya perlu merekodkan kerja kerja yg di jalankan . setiap minggu menyediakan lapuran . membuat ujian terhadap bahan binaan yg di gunakan.. dan setiap bulan perlu menghadiri mesyuarat tapak dan melapurkan status pembinaan dan isu isu yg berlaku. dan tugas yg paling mencabar adalah utk memastikan kontraktor menggunakan bancuhan konkrit yg sesuai di setiap peringkat binaan di sepanjang tempuh membinaan. Zaman tu belum ada batching plant.. konkrit di bancuh secara manual di tapak. dan sangat mudah utk kontraktor mengelat dari menggunakan bancuhan yg tepat setiap masa. 

9.0 Untuk membina bangunan 17 tingkat mengambil masa agak panjang. biasa nya sekitar 1 1/2 tahun ke 2 tahun. saya di bantu dua orang juruteknik awam dalam mengurus pembinaan masa tu. Setelah hampir 3 tahun di situ dan pembinaan hampir siap.. saya mendapat tawaran utk menyambung pelajaran di UTM. jalan SEMARAK sebelum tu di panggil JALAN GURNEY. 

10.0 Tahun 1981 Saya mendapat cuti belajar bergaji penuh. Bermula lah episod saya menjadi student semula datang belajar dengan berkereta.. kawan kawan student yg lain nampak saya agak mewah la... dan saya berterima kasih dengan mereka kerana telah banyak membantu saya dalam mentelaah pelajaran.. apa tidak nya masa term break iaitu setelah lebih kurang 4 bulan bergelar student saya mendirikan rumah tangga.. hehe.. Nikah hari sabtu hari isnin dah masuk kelas.. hehe..

11.0 Saya menamatkan pengajian pada tahun 1984 dengan memperolehi IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM DENGAN KEPUJIAN KELAS KEDUA TINGGI ( mengalahkan student2 bujang hehe)  .. Alhamdulilah.. 

bersambung......


11 comments:

al-lavendari said...

Baru tahu latarbelakang akademik. Tahniah dpt 2nd Class Upper .. bukan senang nak dpt tu.

bujal X said...

Cepat sikit sambung abah zino.. ��

zino said...

Al Lavendari

alhamdulilah.. alhamdulilah.. zaman tu tak ada yg dapat First class.. 2nd class upper ada lah terbaik..

zino said...

bujal X

esok lusa kita sambung hehe

Kakcik Seroja said...

Tak sabar nak sambung baca... 😊

Dr K said...

Menarik....tak sabar nak sambung baca..hahaha
Kalau ada gambar2 lama, tepek la...

zino said...

kakcik..
tunggu...

zino said...

Daddy Ziyyad
nanti tempek graduation dukung baby..

Anaasuria said...

Haha.. srmua blogger2 otai mai singgah baca..
Sanbung nanti jgn lupa bgtau kat fb..

zino said...

Anaasuria
insyaallah setiap episid akan di maklumkan.. kalau tak tak ada yg perasan hehhe

zino said...

oops salah eja pulak... episod..