Friday, April 7, 2017

Trip To Turki 17.3.17 - 26.3.17 Hari ke lima CAPPADOKIA

Assalamualaikum..

1.0 Alhamdulilah.. dah masuk hari ke lima kami di Turki.. Semua sihat semua bersemangat semua happy2 utk meneruskan perjalanan.. Pagi ini tak perlu bangun terlalu awal, tak perlu berkemas beg pakaian , tak perlu letak beg di luar bilik..hehe Tak perlu check out.... Kalau tak tu setiap hari berpindah hotel.. Hari ni nak ronda sekitar Cappadocia dan malam masih bermalam di sini.. 



ini pemandangan di sebelah hotel.. 
cantik kan.


satu pagi pemandangan di sebelah hotel... 
di ambil dari kolam renang di belakang hotel..


bila dah cantik kena lah selfie biar orang dalam gambar tu tambah tampan tambah kacak kan ambik aura kata orang tu hehe 




mak pun nak juga hehe


mak happy abah pun happy.. hehe




semua nampak happy nak memulakan 
pengembaraan di Cappadocia..


KILANG KAPET


2.0 mula mula kami di bawa kekilang kapet.. wah teruja nak beli kapet dapat selai dua jadi lah.. orang kata kapet TURKI is the best .. mula mula kami di tunjukakan demo macam mana nak tenun kapet.. Ada dua pekerja sedang menunjukkan kaedah tenunan cara TURKI, kata nya cara pembuatan kapet orang TURKI berlainan dengan cara IRAN atau tempat tempat lain. menjadi kan kapet mereka lebaih kuat lebih tahan lama lebih cantik dan segala nya lebih lah.. hehe kata nya kekuatan kapet TURKI terletak pada simpulan nya.. 



3.0 katanya lagi nak menyiapkan sehelai kapet mengambil masa yg lama.. maklumlah handmade. ada kapet mengambil masa 3 bulan baru siap.. ada yg ambil masa 6 bulan.. dan ada juga yg ambil masa 8 bulan.. wow... tabik spring kepada penenun kapet ni.. tak jemu2 mengadap benda yg sama berbulan bulan.. bila di tenun bagitu lama tentulah hasil nya juga istimewa.. bila dah menghasilkan benda yg istimewa ..tentu lah dia nya berkualiti dan bila dah berkualiti tentu lah bernilai... 


ada yg ambil kesempatan utk 
belajar menenun.. 


4.0 sekarang tiba masa utk melihat sendiri hasil kerja tangan pekerja pekerja kapet yg telah menghasilkan kapet pelbagai corak dengan menggunakan pelbagai bahan.. anda pasti terpesona melihat nya.. geram dengan design yg cantik dan menarik dan teruja utk memiliki nya.. 


5.0 Abah sendiri terpegun dengan kapet kapet yg di bentangkan sehelai demi sehelai. ada yg kecil ada yg sederhana dan ada yg besar sesuai dengan ruang yg ingin di letakkan dengan kapet tersebut. Wow !!! semua nampak cantik semua menarik.. semua kalau boleh lah nak borong bawa balik.. satu utk ruang tamu satu ehh satu tak cukup kena lah dua helai.. satu utk dining satu utk setiap bilik .. wah.. cantik cantik.. tak yah tidu atas katil pun tak apa tidu atas kapet je  cukup selesa cukup nyaman.. berangan jelah.. 


lagi best bila kapet ni boleh bertukar warna bila di tebarkan.. pelik bin ajaib.. boring kaler hijau tebar semula dia bertukar warna biru.. dah kira two in one ni.. 


sambil mendengar penjelasan tokei kapet sambil menikmati teh apple panas yg enak.. terasa macam saudagar kapet la pulak hehe


bila di beri penjelasan harga kapet terus 
terduduk hehe


6.0 kelihatan tokei tokei kapet dari Malaysia sedang membuat menilaian akhir sebelum membuat keputusan berapa banyak nak di borong kapet TURKI utk di terbangkan ke Malaysia hehe urusan pembungkusan pengeposan ke mana mana distinasi di dunia ini di tanggung pihak syarikat.. anda tak perlu risau.. bagi tempuh tertentu kapet akan sampai ke pintu rumah anda. cukai impot cukai kastam dan segala bentuk fee penghantaran di tanggung beres. 


7.0 ada yg nak borong sepuloh ada yg nak borong berhelai2 dan abah cadang nak selai yg sedang2 tu.. maklum la beli yg besar tu nanti tak muat nak di bentang sampai terkeluar pintu pulak hehe.. beli yg kecik sangat terkonteng2 pulak jadi nya tak memenuhi ruang hehe


bila di beritau harga kapet idaman... abah pandang mak mak pandang abah lidah kelu tak berkata kata.. tetiba rasa seram sejuk.. peluh dingin mula mengalir.. fuhh !! cepat cepat sedar diri. angan ku musnah.. 

lupakan kapet let move on hehe


UNDERGROUND CITY

8.0 Ingatkan kan di Vietnam je ada rumah bawah tanah rupa nya di Cappadocia ni pun ada. Banyak nya rumah bawah tanah di satu2 kawasan ini sehingga membentuk sebuah bandar yg boelh menempatkan sehingga 20,000 orang !! lemngkap dengan kemudahan untuk tempat binatang ternakan, setor menympan makanan dan sebagai nya tempat tinggal dan dapur memasak semua berada di bawah tanah dan bertingkat tingkat. tingkat atas sekali utk binatang ternakan. rumah2 ini telah ujud sejak 5000 tahun yg lalu. 



9.0 Bandar bawah tanah yg terdapat di merata tempat di Cappadocia, salah satu kawasan yg di temui UNDERGROUND CITY ialah di Perinkuyu dalam daerah Nevsehir. Cappadocia. Ada rumah yg di buat sedalam sehingga 60M (200kaki) bertingkat tingkat. Dibandar bawah tanah ini boleh menempatkan sehingga 20,000 penduduk klengkapan dengan keperluan, termasuk binatang ternakan. Didalam rumah yg bertingkat ini ada ruang utk binatang ternakan , tempat menyimpan makanan , tempat memasak bilik tidur dan sebagai nya. Malah terdapat gereja yg juga di bina di bawah tanah.



10. Menurut ceritanya pada zaman bandar bawah tanah ini di bina dalam era Byzantine, Ianya menjadi tempat berlindung orang orang kristian semasa peperangan arab Byzantine sekitar tahun 780 1180 . Kemudian di zaman pemerintan Ottoman tempat ini di gunakan sebagai tempat persembunyi semasa perang Ottoman.Apabila penduduk kristian di halau keluar sekitar tahun 1923 dan penduduk bertukar dari greece kepada turki underground city ini telah di tinggalkan.  Tempat ini kemudian nya terbiar dan di lupakan. tetapi sekitar tahun 1963 underground city ini telah di jumpai semuala. dan sekarang menjadi warisan sejarah yg sangat bernilai di sini. malah qada di antara bandar wabah tanah ini telah di tukarr menjadi hotel hotel exlusif dan mahal. siapa nak book silakan.. boleh book online.


11.0 kalau di Vietnam dulu abah tak berani masuk ke dalam rumah bawah tanah ni. takut lemas hehe tapi di Cappadocia ni semua berani masuk . sekurang2nya ke level satu. sebahagian nya berani turun ke level 2 ke bawah. nak bergerak di lorong2 yg kecil tu terpaksa membongkok dan setiap rumah ada lima ke enam level di bawah tanah. 

JUMPA SALJI MACAM JUMPA EMAS HEHE

12.0 Bila sampai ke tempat bandar bawah tanah ini tetiba nampak beberapa tompok salji... wow alang kah seronok nya inilah firstime nampak salji secara live.. (abah je lah kot hehe) seronok betul rasanya.. macam jumpa jongkong mas.. hehe tak sabar sabar nak sentuh nak pijak nak kepal hehe.. nasib baik tak di hisap macam ais kepal .. masing masing pun tak lepas peluang bergambar dengan salji yg sedikit itu.. ada rasa nak baring2 hehe. tapi kontrol.. 




firstime mengepal salji rupa macam 
ais blended je.. ais yg di kisar halus 


aydin kata tempokkan salji ni hasil salji yg turun dua hari sebelum tu.. kawasan ni lebih sejuk la dari kawasan lain sehingga salji masih turun.


tak puas.. ambil sekepal lagi hehe





nah lagi besar hehe


tapi kawan kata.. tak mencabar patutnya pegang salji tanpa sarung tangan.. ee alah.. 


saja nak tunjuk kat belakang tu ada salji


salji masih bertahan di tembuk tu




mem pun kena paksa kepal salji nanti takut
nyesal tak pegang hehe






selesai cerita underground city selesai cerita salji.. bila meneruskan perjalanan jumpa biri biri ni.. tu pun nak tangkap gambar hehe


SERAMIK

13.0 Kami di  bawa melawat ke satu kedai seramik yg terletak di dalam tanah. (di lereng bukit) dari luar nampak kecik je tapi bila masuk ke dalam siap dengan bebera ruang pamiran yg besar di bawah tanah tu.. Mula mula kami di tunjukkan demo membuat ceramik dari seorang membuat ceramik terkenal di Turki. ( lupa lak nama nya) tapi kalau tengok rupa dia tu iras2 enstain ( pakar fizik tu) 


bagitu tekun menyaksikan demo 
membuat barang seramik




















sebahagian koleksi seramik yg menarik..


mampu berselfie je lah




kat belakang tu pintu masuk ke kilang seramik di atas tadi.. tak sangka dari luar nampak kecik je bila masuk dalam tu dia besar juga..




LEMBAH BURUNG

14.0 Kami di bawa pulak melawat ke lembah burung... yg nampak burung merpati je yg lain tak nampak bayang.. Pemandangan di lembah itu sangat menarik.. dan kelihatan nun jauh di hujung sana ada lereng lereng bukit yg berlubang2 agak nya ada rumah dalam tu.. agak2 je lah..









burung merpati memang banyak di kawasan ni.. tapi jinak jinak merpati je lah boleh pandang tak boleh pegang.












lanskap yg sangat menarik mempesonakan 
sesiapa yg melihat nya.. 


























































relak dulu sambil minum kopi panas 
di pagi yg sejuk



















LEMBAH PASABAG

Lembah Pasabag ini terkenal kerana terdapat banyak fomasi batu yg berbentuk unik di kenali sebagai Fairy Chimney.. mengikut kepercayaan orang2 di sini konon nya zaman dulu pari pari tinggal di dalam chimney ini. Sebenar nya ada banyak tempat tempat menarik di Cappadocia ni utk di lawati antara nya termasuk lah Gomere open muzeum, Uchisar pen castle, Devrent animal shape fairy chimney ( kenapa tak pergi sini ya?) dan lain lain lagi.



















































































last letak gambar beloon yg terapung2 di udara Cappadocia.. Ikhwan kata nak datang lagi sini tak puas hati tak dapat naik belon.. jangan lupa bawa USD banyak banyak ya.. hehe

TERIMA KASIH SUDI MEMBACA... EHH ADA KE YG BACA HEHE.. 

BERSAMBUNG...





2 comments:

Azian Elias said...

tak naik hot balloon?

zino said...

tak naik Azian... dua hari kat sana baloon tak boleh terbang angin kencang..