Tuesday, March 24, 2020

covid 19 RMO hari ke 7

LOCKDOWN
hari ke 7 24.3.2020

Geraf penularan covid19 jauh lebih mendatar berbanding apa yg berlaku di ITALY.. Insyaallah kita sama2 berdoa geraf terus mendatar ( flat ) dan akhir nya tiada lagi kes baru di lapurkan berlaku. 

Apa maknanya ?? bermakna perintah kawalan pergerakan terhad dan larangan berhimpun mula menampakkan hasil nya.. kes baru masih ada tapi tidak naik mendadak macam di Italy.. 

Terima kasih dan syabas kepada semua petugas di barisan hadapan.. para doktor n nurse di hospital2 yg tanpa lelah terus merawat utk menyelamatkan nyawa , para saintis di makmal2 yg tidak putus2 membuat ujuan demi ujian, para anggota keselamatan , polis dan tentera yg membantu mengekang pergerakan yg tidak perlu .. 

Tidak lupa pengorbanan para peniaga yg terpaksa menutup premis masing2. ( kehilangan sumber pendapatan) para majikan yg bersedia membayar gaji penuh pekerja nya walaupun tanpa produktiviti selama dua minggu.. 

Dan terima kasih juga kepada setiap warga Malaysia yg telah memberi kerjasama utk terus berada di kediaman masing2.. sepanjang tempuh LARANGAN ini. TOGETHER WE CAN DO IT.!!! RMO MUST SUCCESS !!! 

Tadi abah baru dapat mesej.. sahabat abah yg di jangkiti virus covid19 beransur pulih di Hospital Sg Buloh. Mudah2an beliau sembuh sepenuh nya tak lama lagi insyaallah.

ps: geraf copy paste dari fb DSN ..

No comments: