Tuesday, March 24, 2020

covid19 RMO hari pertama

18.03.2020 - 31.03.2020 

PERINTAH LARANGAN PERGERAKAN TERHAD DAN PERHIMPUNAN.

Pertama kali dalam sejarah Malaysia (dan banyak negara di dunia) kerajaan melaksanakan perintah LARANGAN PERGERAKAN TERHAD dan Melarang sebarang perhimpunan  kepada semua rakyat Malaysia selama 14 hari bermula 18.03.2020 sehingga 31.03.2020 

Kenapa di larang?? 

Tujuan larangan ini ada lah bagi mengekang penukaran wabak virus covid19 (yg sudah menjadi pademik) dari manusia ke manusia. Virus ini mudah berjangkit  melalui pernafasan dan sentuhan. Maka apabila larangan pergerakan di buat.. masing masing kekal di tempat masing masing ( di rumah) dalam tempuh yg di tetapkan, (dengan harapan) maka tiada kes jangkitan baru akan berlaku. Bila tiada kes berlaku maka rangkaian penularan TERHENTI.. akan akhirnya wabak ini dapat di hapuskan Insyaallah. 

Larangan pergerakan selama dua minggu bukan CUTI2 MALAYSIA selama dua minggu. Jika kita mahu COVID19  dihapuskan segera sama sama lah kita melaksanakan tanggungjawab masing masing utk menghadkan pergerakan dan DUDUK  di rumah jika tiada keperluan utk keluar.

LUPAKAN SENGKETA SEKETIKA..  lupakan sama ada kita sokong atau tidak kerajaan sedia ada.. berhenti dulu bercakaran sesama kita.. ramai yg terjejas ( dari segi ekonomi , sosial dan keagamaan) atas larangan ini. Tiada siapa yg hendak perkara ini berlaku.. Bersatu lah UNTUK KALI INI  jadilah rakyat Malaysia yg cintakan keselamatan dan keamanan . Kita masing2 memainkan peranan.

Gunakan lah tempuh dua minggu ini utk kita memperbanyakan amal ibadat , membaca al Quran , bermunajat kepada Allah.. memohon keampunan dari nya.. entah apa dosa kita semua sehingga ke rumah Allah pun kita dilarang pergi.. 😭😭😭😭 semoga Allah mendengar rintihan kita semoga Allah mengampun kan kita semua.. semoga Allah menarik balik makluk nya covid19 dari seluruh dunia... aminn

No comments: