Wednesday, March 25, 2020

covid 19 RMO hari ke 8

LOCKDOWN
hari ke 8 25.3.2020

Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk hari ke 8 RMO... katanya  pematuhan rakyat Malaysia supaya duduk di rumah mencapai 95%.. Insyaallah angka ini boleh di tingkatkan lagi dengan kerjasama semua pihak.  Pemantauan dan penguatkuasaan yg lebih agresif dari pihak  berkuasa ( polis dan tentera) perlu di tingkatkan terutama di zon merah. 

Taburan kes yg telah di sahkan positif dan sedang menerima rawatan di seluruh Malaysia sehingga t hari semalam ada lah saperti grafik yg di sertakan. Selangor merupakan negeri yg mempunyai kes tertinggi ( 354 ) di ikuti Wilayah Persekutuan (  255 ) Sabah ( 169 ) dan Johor ( 158 ) . Jangkitan virus covid19 di Malaysia adalah rendah berbanding kes di seluruh dunia. ( mudah2an kekal rendah ) table yg di sertakan menunjukan bilangan kes di seluruh dunia yg melebihi 3000. di dahului negara China ( 81,093) 

Dari kajian yg di jalankan oleh pakar pakar perubatan seluruh dunia trend jangkitan kumulatif virus covid19 adalaf saperti geraf.( di sertakan)  Negara China telah melepasi peak jangkitan virus bermakna mereka di peringkat recovery. manakala Korea telah menghampiri peak. Boleh nampak tak kat mana kedudukan Malaysia dalam kajian tersebut. 

Mari lah kita seluroh rakyat Malaysia berganding bahu dalam membentung penularan wabak dan dapat  memutuskan rantaian jangkitan secepat mungkin .  dengan cara yg sangat mudah ..

DUDUK DI RUMAH

No comments: