Monday, March 23, 2020

covid19 cronology kes JANUARI.

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

23 Januari

Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV).

- KKM sahkan kes di Sabah negatif.

24 Januari

KKM maklumkan lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.

25 Januari

-Menteri Kesihatan (ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.

- KKM nasihatkan jangan melancong ke China jika tiada keperluan.

26 Januari

-KKM rancang tambah alat imbasan suhu badan di pintu masuk negara.

27 Januari

-KKM mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

-Kerajaan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta.

28 Januari

-Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat.

-Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu 2019-nCoV.

29 Januari

-KKM sahkan pertambahan tiga kes positif 2019-nCoV, jumlah kumulatif kes positif ialah tujuh.

- Perdana Menteri (ketika itu), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China.

30 Januari

- KKM sahkan satu pertambahan kes positif 2019-nCoV dalam kalangan kontak rapat (kes kelapan), jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV ialah lapan.

- Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei, China diaktifkan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV di wilayah itu.

- Jawatankuasa diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

- Kerajaan Sabah mengambil keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan disewa khas dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.

31 Januari

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan coronavirus sebagai darurat kesihatan dunia.

Di petik dari lapuran akhbar berita harian online... utk rekod 


No comments: