Monday, March 23, 2020

Covid 19

CORONOVIRUS 2019
COVID 19
Assalamualaikum..

Penyakit Coronavirus 2019
Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) telah mula dikesan di negara China dengan kes pertama disahkan pada 7 Januari 2020 di Wuhan, Hubei, China. Dalam tempoh tiga (3) minggu seterusnya, kes-kes disahkan di Thailand, Nepal, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Singapura, Perancis, Vietnam, Malaysia, Australia, Canada, Cambodia, Sri Lanka dan Jerman. COVID-19 adalah jangkitan pada saluran pernafasan dengan gejala demam, sakit tekak atau kesukaran bernafas dengan sejarah perjalanan ke negara China atau kontak rapat dengan kes. Kes pertama di Malaysia disahkan pada 25 Januari 2020. Sehingga , 17 Februari 2020, sebanyak 22 kes disahkan di Malaysia. Daripada jumlah tersebut sebanyak 9 kes telah sembuh dan discaj dari hospital. Secara global sebanyak 71,329 kes dengan kematian 1,775 kes (2.5%) dilaporkan. Kementerian Kesihatan Malaysia meneruskan program dan akviti kawalan dan pencegahan bagi membendung COVID-19 ini.

Kes covid di Wuhan China telah dapat di kawal tapi kes di seluruh dunia bertambah termasuk Malaysia. Kerajaan Malaysia mula melaksana kan perintah KAWALAN PERGERAKAN TERHAD mulai 18.3.2020 sehingga 31.3.2020 dengan bermatlamat memutuskan rangkaian penularan wabak. 

Semoga berjaya.. 
sumber KKM . 

No comments: