Tuesday, March 30, 2010

instructor..


Malam ni menjadi instructor utk Fizah.. esok dia nak test kereta..semuga semua nya ok.. masa training tadi nampak macam dah ok.. asal jangan mengelabah dan ikut segala peraturan inshaAllah tiada masaalah utk dia lulus..

teringat satu kisah masa zino belajar kereta dulu.. masa tu di jalan Sentul sana tu.. jalan masa tu kecik je.. tak ada lah macam sekarang ni.. kereta pun tak banyak lagi.. belajar pun dengan kawan punya kawan.. masa nak sign up utk belajar tu dia tanya la.. dah tau ke bawa kereta?.. kalau dah tau bayaran dia murah sikit dan kalau tak pernah bawa harga mahal le lagi.. dengan confiden je zino jawab dah pernah bawa.. sebenar nya tak pernah lagi..

so dia pun terus drive kat jalan sentul tu dan minta zino drive.. apa!!! tetiba je!! ehh boleh ke ni.... apa lagi keluar segala jenis peluh utk drive pertama kali dan terus di jalan raya pulak tu.. teori tau le pijak kelas masuk gear dan tekan minyak.. oleh kerana ada pengalaman bawa motor, bergerak juga la kereta tu.. tapi setiap kali berselisih dengan lori rasa macam nak masuk kat atas rumput je suspen takut bergesel.. hehe instructor tu tau zino kelamkabut tapi dia selamba je..

berlaku satu peristiwa lagi di kawasan belajar parking.. masa tu kawan zino yg belajar zino dengan instructor tu duduk di bawah pokok.. kepanasan.. ada dua tiga kereta driving school belajar di tempat sama.. so kawan zino pun praktis le perbagai gaya parking.. dia pun macam zino baru nak pegang steering.. masa dia sedang bergerak ke depan.. sebuah kereta di depan kereta dia tu tetiba gostan ke belakang....maka mengelabah la kawan zino ni.. instructor yg sembang dengan zino tapi pun kelamkabut beri arahan .. apa patut buat.. kawan zino hanya mampu picit hon je.. dan kereta yg di depan tadi terus menonong kebelakang dan akhirnya .. gedeboomm..!!!

instructor tu pun tanya , "kenapa awak tak gostan.... !!"
kawan zino, "mana saya tau awak tak ajar lagi!!""

spontan kami ketawa terbahak bahak.. hehe.. dia nak marah pun tak jadi.. lagi pun kawan, nak buat macam mana lagi kan... gelak le lah sama sama hehe...dan sekarang dah lebih 30 tahun pengalaman driving .. entah berapa jam lah agak nya.. kalau kapal terbang agaknya dah boleh bawa 747-600 hehe ( ada ke kapal terbang jenis tu hehe)...

bagaimana pengalaman anda??

tak ada idea..

bersemangat nak update blog..tapi kekurangan idea hehe
so apa yg di tulis ni kira dah update boleh tak? hehe..
sekian terima kasih..

Saturday, March 27, 2010

bukan acara pecah rumah..

baru baru ni kami balik kampong dengan satu misi.. bagaimana nak masuk ke bilik yg terkunci dari dalam?? dah lama bilik ni terkunci dan macam macam idea telah di berikan......

a. pecahkan pintu..
b. masuk ikut siling..
c. buka dinding dalam...
d. buka dinding luar..

so misi pun dilaksanakan dengan jaya nya....tanpa kos tambahan..kecuali beberapa batang paku...







dinding mula di buka...

cukup untuk alang memboloskan diri masuk..

tunggu tugasan alang selesai...


dinding di pasang semula misi berjaya...

Thursday, March 25, 2010

Back to business as usual..

Tiga hari tak menjengok blog dan tiga hari juga tidak membuat kunjungan balas ke mana mana blog.. kerana tiga hari berkurung di shah alam, tak le berapa jauh tapi kerana program berlangsung siang dan malam rasa tak seronok nak balik rumah, walaupun pada awal nya dah plan sedemikian.. tugasan yang di berikan telah selamat di sempurnakan.. menunggu apa kata the big bos.. kalau dia setuju.. alhamdullilah.. kalau sebalik nya.. masaalah hehe.. tapi semua berharap apa yg telah di bincang, apa yg telah di rumus mendapat pandangan positif dari beliau..

kebetulan Hafizah terpaksa berulang alik ke HKL selama tiga hari juga.. program memperkenalkan kerjaya sebagai Doktor oleh JPA.. sebelum ni dia ada apply biasiswa JPA utk program tersebut.. sebagai langkah awal semua calon di perkenalkan dengan kerjaya berkaitan dan di bawa melawat ke unit unit yg di rasakan semua bakal calon perlu tau dan merasai keadaan dan suasana nya.. tempat wajib yg perlu di lawat bilik2 operation iaitu melihat sendiri operasi yg di lakukan.. juga ke bilik mayat dan sebagainya.. lepas tu mendengar ceramah dari doktor2 yg bertugas di unit kecemasan, dan mereka yg sedang menjalankan housemanship.. perlbagai cerita pro dan contra .....lepas ni boleh lah buat keputusan muktamat...

so hari ni back to business as usual.. pepagi tadi dah ada meeting.. dalam bilik ni pun bertimbun surat utk di baca dan di minitkan.. fail pun berlambak utk di lihat dan di ambil tindakan.. mungkin tuan/puan lebih sibuk lagi.. selamat bertugas dengan penuh didikasi dan sabar.. lakukan yg terbaik.. inshaAllah ganjaran nya di kemudian hari..

Saturday, March 20, 2010

cuti yg sibuk..

Pepagi dah keluar kerana minggu ni mem kerja hari Sabtu.. lepas tu dia ada lunch satu opis di menara kuala lumpur.. bestnya makan nun di awan.. hehe.. fizah pun ikut sama keluar awal konon nya nak belajar kereta.. kebetulan kereta along ada , bertambah bersemangat nak belajar.. dia dah ambil test pun sebelum ni tapi sebab belajar tak cukup masak.. gagal di jalan raya.. parking dengan bukit dah ok..

lepas hantar mem terus ke Ceras tempat dia ambil ujian memandu tu.. nak ikut jalan di mana JPJ melakukan ujian drive on the road.. dapat la pusing dua round.. bawa kereta tu nampak ok lah tapi kekurangan praktikal.. asyik mati je injin bila nak bergerak.. tapi ok lah tu bila dah biasa nanti tak jadi masaalah tu.. kira kira jam 10.00 kami bergegas pulak ke PWTC , dah janji dengan fizah.. dia nak cari buku cerita... walaupun masih awal tapi pwtc telah di penuhi peminat buku.. di mana mana boot penuh dengan manusia.. meriah sungguh.. oleh kerana mission hanya utk mencari buku yg fizah nak, kami terpaksa bertanya beberapa petugas supaya cepat ke distinasi yg di tuju..bila dah dapat tak tunggu lama .. tak sempat pun nak jeling di boot yg lain.. bergegas utk ke TS kerana dia masuk kerja jam 11.00 memang dah lewat pun.. hari hari akhir dia kerja ni dia saja nak datang lambat.. agaknya mood kerja dah semakin merudum hehe..

Dalam perjalanan nak hantar fizah tu along pun mesej.. dia naik flight jam 12.00 dari langkawi.. dan zino dah janji akan tunggu dia di KLIA.. sebaik menurunkan fizah di TS zino terus ke KLIA sendirian.. memula memang nak ajak adik sekali tapi bila talipon mama dia sebelum tu.... tak berjawab pulak.. entah kemana lah mereka masa tu.. bersaorangan lah jawab nya.. bila sampai KLIA sempat cari pot utk merehatkan badan sekejap.. terlelap di kerusi.. hampir jam 2.00 baru along keluar dari terminal.. terus balik ke BTR.. sepajang jalan Arifah menunjuk perasaan.. agaknya penat dalam perjalanan tak hilang lagi.. tak singgah mana mana pun terus je balik..setelah berehat sebentar baru keluar ambil adik di rumah mama...adik sedang tidur nyenyak.. kena lah kejutkan..

malam jam 8.30 keluar lagi utk jemput fizah balik dari TS dan terus dinner beramai ramai.. teringin nak makan di gerai jalan Pantai Baru tu.. dulu masa along belajar di UM kat situ lah kami selalu singgah makan.. gerai makin cantik, orang pun makin ramai .. tapi service tetap on time.. tak tuggu lama utk mendapat makanan yg di oder..

dan sekarang baru sampai ke rumah...... esok pun akan sibuk juga... bagaimana anda?

Thursday, March 18, 2010

memilih kerjaya

bila melihat hafizah mengisi borang permohonan secara online teringat kisah di zaman zino dulu.. masa tu terlalu sedikit info berkaitan kerjaya ni..so bila nak mengisi borang melanjutkan pelajaran.. tak tau kursus apa yg nak di ambil.. maklum la sekolah kampong.. kebetulan semasa menunggu result MCE, zino mendapat tawaran ke tingkatan 6 di sebuah sekolah berasrama penuh..masa di situ lah berkawan dengan bijak pandai di pelbagai tempat dan mereka bercerita dengan kerjaya dan masa depan..

zino yg datang dari sekolah kampong ni melopong je lah mendengar dan cuba mencari ilham kerjaya apa yg bakal zino pilih nanti.. dalam berbual bual tu ada seorang kawan entah dari sekolah mana tah dengan confident memberitau dia nak ambik civil engineering..itu lah firstime zino dengar perkataan tu.. entah kenapa terus terpikat nak ambik civil juga.. maka itu lah yg zino buat sekarang...mengikut cerita seorang pakcik tu dulu kalau di sebut engineer ni dia bayangkan mat salleh yang pakai baju putih seluar pendek putih dan topi putih yg keras tu.. setiap kali berada di lapangan engineer mat salleh akan berpakaian bagitu dengan segak dan lagaknya.. hehe

so bagaimana anda berada di tempat yg anda berada sekarang, adalah itu pilihan anda, pilihan ibu bapa anda, pilihan penawaran tempat yg di tawarkan kepada anda atau entah tetiba je jadi sedemikian rupa hehe boleh ke? atau anda memang tidak berpeluang memilih.. hehe

Tuesday, March 16, 2010

Alhamdullilah selamat

Kanak-kanak enam tahun yang hilang ditemui selamat

16/03/2010 8:08pm

KUALA LUMPUR 16 Mac – Budak lelaki berumur enam tahun yang dilaporkan hilang Sabtu lepas di taman permainan Perumahan Awam di Pangsapuri Sri Kota, Cheras, dekat sini selamat kembali ke pangkuan keluarganya hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, Muhammad Adam Haikal dipertemukan dengan kedua-dua ibu bapanya oleh jiran mereka yang menjaga kanak-kanak itu selepas menemuinya di sebuah masjid berhampiran pada hari kejadian. "Pada hari kejadian, mangsa keluar bermain dan ingin pulang ke rumahnya namun sesat. Mangsa kemudian ditemui seorang lelaki dan perempuan yang kemudian cuba membantu, tetapi mangsa lupa jalan ke rumahnya,” kata Chin Wah kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, pasangan itu kemudian meninggalkan Haikal di sebuah masjid sebelum ditemui seorang lelaki yang juga jiran kepada ibu bapanya.Haikal kemudian dihantar ke rumahnya, namun ibu bapa kanak-kanak itu tidak ada di rumah menyebabkan jiran tersebut memutuskan untuk membawa Haikal pulang ke rumahnya yang berada di tingkat lain di pangsapuri berkenaan, katanya.

Ibu kanak-kanak itu, Normayanti Abdul Manan, 30, membuat laporan polis berkenaan kehilangan Haikal semalam. – Bernama

kecoh beberapa hari ni bila berita yg kehilangan seorang budak di katakan menjadi mangsa colek.. kat flat tu la zino hantar hazwan, budak tu dari block yg berlainan.. tapi cerita kehilangan buat kami kecut perut.. alhamdullilah dia dah di jumpai bukan mangsa colek tapi tersesat .. baru sekejap tadi berbual dengan "abah" pasal budak ni.. kepada semua ibu bapa ambil berat kemana anak anda berada dan dengan siapa mereka berkawan..

Sunday, March 14, 2010

pilihan siapa??



Dua hari ni kami di majlis perkahwinan anak sedara mem di kampong, semalam majlis bersanding di rumah pengantin perempuan, hari ni menyalang ke rumah pengantin lelaki.. majlis sederhana yg cukup meriah.. ramai sanak sedara yg hadir.. sehingga dari singapura pun datang.. tapi zino tak nak panjangkan kisah majlis ni tapi nak bincang bab pilihan..

anda kawin atas pilihan siapa? pilihan sendiri atau di atur oleh orang tua..? dalam keluarga zino ada dua adik zino bertemu jodoh di urus oleh pihak keluarga, atau sedara mara. dan kedua dua nya kekal bahagia sehingga sekarang.. dan inshaallah akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.. dan zino sendiri hampir di jodohkan dengan pilihan keluarga tapi tak menjadi. bagini kisahnya..hehe..

pada satu hari tu.. mak dan ayah zino bersama dengan sorang mak sedara (arwah mak maksu ) mengajak zino menziarah seorang sedara di satu tempat.. kata nya dia ada urusan dengan sedara tu.. sebenarnya zino tak kenal pun dengan sedara yg di maksudkan..masa kami sampai ke rumah tu sedara yg di maksudkan tidak ada di rumah tapi berada di kebun.. kama kami pun menyusur dia di kebun sebelum kembali semula ke rumah dia.. entah apa yg di bualkan zino pun tak tau.. dan zino langsung tak menyangka apa apa.. setelah sekian lama berbual sampai masa untuk balik.. dan zino masih tidak mengsyaki apa apa..

bila tiba di rumah baru ayah buka cerita, tujuan kami ke sana ada lah untuk merapatkan dua keluarga , sepatutnya masa di sana tadi zino di perkenalkan dengan anak sedara tu yg masih belajar di sebuah kolej.. dan zino masa tu dah kerja.. tapi malang nya sehingga kami balik anak nya tak sampai sampai hehe.. so segala program yg di rancang tergendala hehe.. ayah tanya zino dah ada sesiapa ke? kalau tak ada dia nak aturkan sekali lagi hehe.. terus zino cakap dah ada.. hehe so ayah tak membantah pun dan racangan tu tergendala bagitu saja.. sehingga sekarang pun zino tak kenal dengan siapa yg nak di jodohkan tu.. sekian cerita tu...

pengantin yg berkahwin semalam pun di atur oleh keluarga.. semuga kedua mempelai bahagia sehingga he akhir hayat.. amin..


Saturday, March 13, 2010

dah memang tugas.. buat je..

masing masing dah gelisah.. apa tidak nya dah melewati jam 12.00 malam tapi nampak macam pengerusi masih bersemangat nak meneruskan mesyuarat... agenda menang banyak dan tak pernah habis.. pengerusi kata since esok tak kerja kita stop jam 2.00 pagi.. what !!! tapi saya cukup berbangga dengan big bos sorang ni.. cekap dalam membuat penelitian, cepat menangkap mana mana bahagaian yg di rasakan tidak mengikut peraturan.. sehingga yg nak bagi brief tergagap gagap dan melakukan lagi banyak kesilapan.. setiap permasaalah dia ada jalan penyelesaian..

bila pengerusi keluar sekejap ke bilik air agaknya..masing masing meluahkan keluhan... bila nak habis ni.. jam dah pukul 1.00 pagi.. betul ke nak stop jam 2.00 ?? sorang pegawai bertanya.. tapi keluhan terhenti bila big bos masuk.. semua menikus semula .. tak berani nak bersuara untuk meminta jawatankuasa menangguhkan perbincangan .. biar dia yg kata berhenti baru lah boleh berhenti.. kalau dia kata kita teruskan sampai ke pagi nampak gaya nya sampai ke pagi lah... no body dare to question... banyak permohonan yg di luluskan ada yg di tangguhkan utk kajian lanjut. dan sedikit yg di tolak.. yg penting keputusan di buat secara konsisten berpandukan garis panduan yg jelas.. terpakai utk semua keadaan.. tiada pengecualian .. telus ..setiap permohonan di beri timeline.. wajib di patuhi.. kalau proses terlewat dari peruntukan bersedialah menerima lecture yg panjang..

akhirnya jam 1.15 dia sendiri yg nak berhenti.. dah tak larat.. masing masing kembali segar.. senyuman terukir secara spontan.. sebelum berpisah dia beri cadangan.. cari masa.. set kan utk bermesyuarat secara maraton, bentang semua permohonan.. buat semua keputusan.. lepas tu boleh berehat panjang...

satu cabaran......

Thursday, March 11, 2010

Tahniah


7A+ , 3A
Tahniah.. tahniah tahniah..

Tuesday, March 9, 2010

gambar nya mana?










ok.. kita dah baca cerita..
ini gambar nya pulak..
yg sempat di rakam..hehe

Monday, March 8, 2010

Apa yg berlaku hari ni?

ada banyak perkara yg berlaku..

memula kami memenuhi jemputan kahwin anak ex-house mate masa memula kerja dulu di shah alam sebelum tu kami sama belajar di kolej.... senang cerita kawan masa duduk bujang di taman bunga raya dulu.. Rasanya baru je hadir ke majlis kahwin anak dia sebelum ni..dah buat kenduri lagi.. soalan yg memula dia tanya zino bila berjumpa..

ekau dulu pun duo kali kendurikan? setahun kan?
yo betol tu.. tapi bukan setahun onam bulan,
den , tigo bulan..sambil menunjuk jari 3..hehe
lagi hebat!!..

dia dah pecahkan rekod zino.. mengadakan majlis kenduri selang 3 bulan.. ada lagi kenduri dalam waktu terdekat lepas ni.? kita tunggu ka dulu lah hehe.. lepas tu kami terus balik ke kampong, kepada sepupu yg menjemput dah bagi tau lambat sikit sampai.. tak kisah la kan asal sampai.. dan bila kami sampai memang sah majlis dah selesai.. yg menjemput pun dah balik somban.. copek e balik.. kami di hidang makanan yg cukup enak.. apo lae kalau tak gulai sambal tempoyak.. raso nak minta bungkus yo hehe tapi malu le nak nyobot e.. hehe walaupun dah konyang makan kenduri di shah alam tadi bilo nampak gulai sambal tempoyak tu terus lapar balik..

lepas tu kami ke LC , minggu dopan bireh den nak kawin kan anak e.. so poe la jongok sekejap.. usik apo yg patut.. bila kami sampai mereka anak beranak sedang menyediakan/memasukkan ole ole dalam bekas sebagai buahtangan tetamu yg datang ke majlis tu nanti.. sompek la menolong apo yang patut.. tapi tak boleh lamo juga sebab kami dah plan dinner malam nya.. lagi pun nak kono sampai KL sebelum hafizah keluar jam 8 .. sampai BTR dah jam 8.00 malam.. lopeh sembahyang baru poe jemput fizah..

plan dinner di the Curve.. mem dah suka pulak makan kat sana.. so kami anak beranak dua menantu dan dua cucu pun berkumpul di restoren yg di janjikan.. angah yg sampai dulu sebab dia tak ikut kami balik kampong.. along ikut tapi sampai lewat sikit.... lepas ambil fizah terus ke damansara.. angah dah book kan tempat , sekejap kami sampai along pun sampai.. apa lagi acara makan makan pun bermula.. masing seronok mengoder apa berkenan.. zino sorang je tak bangun mencari apa apa.. perut pun dah konyang.. makan le sikit apa yg mem ambil.. dan rasa sikit apa yg dia orang ambil.. tapi dinner malam ni bukan zino yg bayar.. hafizah yg dah janji nak belanja sekeluarga maklum la dah dapat gaji.. kalau terlebih bajet tadi abah dah standby nak tampung.. tapi fizah kata masih below bajet hehe..

gambar gambar tak sempat lagi nak masukkan .. lain kali la ya...hehe



Friday, March 5, 2010

selamat hari lahir..




hari ni hari lahir mem, pagi tadi dah plan utk keluar makan beramai2 ke satu tempat tu.. tapi alang tak dapat balik dia ada test so plan makan di luar kena tangguh dan guna plan B..Fizah tanya plan B tu apa hehe.. makan makan kat rumah je le.. angah beli kek, kak long masak spaggeti.. dan lepas tu angah oder pizza...

hari ni zino balik agak agak lewat.. memula bos minta tunggu dia on the way dari putrajaya.. ada beberapa pesanan sebelum dia keluar negara..bila dia mesej nak ajak dinner sama sambil bercerita pasal kerja .. terus zino beritau plan kami utk birthday mem.. lantas dia batalkan plan dinner dan minta zino balik je.. baik nya bos.. pesan di buat melalui perbualan talipon je.. nampak gaya nya minggu depan bertambah sibuk le jawab nya..

masa kat opis lagi angah talipon, kat rumah black out, ingatkan rumah kami je rupanya tak ada letrik minta angah tengok kat main power supply tu..rupa2nya ada beberapa jalan yg blackout sekali..nampak gaya nya sambut birthday dengan candle light.. bila sampai rumah terus call TNB.. angah kata dia pun dah call.. 1/2 jam lepas tu nampak TNB datang ..

kena lah bentang tikar di ruang depan.. utk letak segala macam makanan di terangi cahaya lilin..sesekali meriah juga bila makan beramai2 dalam kesamaran cahaya lilin.. Qaisara yg sedang lena tidur pun terbangun.. bagitu juga Arifah.. tak ada hadiah ke?? hadiah yg patut zino beli masih tertangguh kena cari masa utk beli dengan mem nanti hehe.. manakala Hafizah hadiahkan gelang ...

selamat hari lahir utk mem cayang semuga panjang umur murah rezeki dan di permudah segala urusan amin...

Thursday, March 4, 2010

emas = Eco Mobility Advance Solution


cepat booking kereta Proton terkini..

"The cars were unveiled at IDG’s booth by Proton advisor Tun Dr Mahathir Mohamad. Proton Holdings Berhad chairman Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh and group managing director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir as well as Italdesign Giugiaro's chairman, Giorgetto Giugiaro, were present to witness the unveiling."

Wednesday, March 3, 2010

kisah nya..

Pagi tadi adik kata kena hantar dia sekolah kebangsaan ada ko korukolom.. nak sebut pun tergeliat .. adik tanya ko korukolom tu apa bah?? agaknya ini lah kali pertama dia dengar.. masa tahun dua belum ada lagi.. kata nya dia masuk pasukan kedet remaja.. baju pun tak beli lagi.. nak pegi ikut van sekolah awal sangat.. so terpaksa lah abah hantar dan abah yg lewat nak ke pejabat.. adik ni tak mau bawa bekal.. nanti lepas ko ko tak payah balik terus duduk kat sekolah sehingga masuk kelas di sebelah petang..berkali kali pesan dengan dia jangan keluar dari kawasan sekolah.. duduk kat kantin atau masuk perpustakaan.. duit pun bagi lebih kat dia.. simpan poket lain suruk dalam beg lain utk makan petang nanti..
so lambat le ke pejabat dan ta sempat sarapan di Haslam seperti biasa.. dan pagi tadi juga ada mesyuarat jabatan yg selalunya berlarutan.. walaupun sarapan di sediakan kena lah tunggu masa sesuai baru boleh makan.. zino memang tak boleh sarapan lewat.. bila lewat mulalah sakit kepala.. maka t hari tadi tak dapat nak kemana.. kunci pintu dan tidue sekejap.. harap2 sakit kepala akan hilang.. tapi bila dah bangun nyot nyot lagi... nasib baik PA ada stok panadol.. dah telan dua biji.. ingat nak rehat sekejap tapi asyik ada je staff nak jumpa.. dan amsa zino tulis posting ni sakit kepala dah pun reda.. alhamdullilah..
kat luar tu dengar berdentum dentum.. petir.. tapi masih belum hujan....

Tuesday, March 2, 2010

Di mana silap nya..

Sejak kebelakang ni sering kali kita membaca di akhbar akhbar atau di lapur di media elektronik berkait kisah penderaan kepada kanak kanak.. sehingga ada yg membawa maut ..kes pembuangan bayi dan sebagainya.. pagi tadi semasa dalam perjalanan ke pejabat zino sempat mendengar ulasan yg di sampaikan DJ Selangor FM..
Dia mengimbau kembali kepada zaman kanak kanak dulu , membuatkan zino teringat zaman kami sebagai kanak dulu.. duduk di kampong dengan segala kekurangan, hidup dengan segala kesederhanaan .. tidak mewah seperti kanak zaman sekarang.. kalau nak ke sekolah terpaksa berjalan kaki , mana ada peluang nak naik bas sekolah.. paling baik pun terpaksa naik basikal ke sekolah.. hanya bila di sekolah menengah baru le naik bas.. kerana sekolah agak jauh.. walaupun tidak mewah kami bukan juga berada dalam kesusahan.. kalau di kenangkan balik, ibu bapa masa itu tentu ada kekangan untuk mencari nafkah menyara kami, ayah bekerja sebagai askar dan bertugas di Port Dickson, maka kami di tinggalkan di kampong bersama nenek.. hanya semasa zino form 4 ayah berhenti kerja , bukan pencen.. dan meneruskan kehidupan sebagai seorang petani, mengerjakan sawah dan menoreh getah untuk menyara kami sekeluarga..
sebagai anak kita tidak tau bagaimana kesusahan mereka , apa yg kita tau meminta apa yg kita perlukan, namun bagitu kehendak dan keperluan kami masa itu tidak le sebagaimana keadaan kanak kanak zaman sekarang.. sesuai dengan keadaan di kampong.. dan kami juga paham dan akur ada benda benda yg di luar kemampuan mereka utk menyediakan nya.. yang penting keadaan berjalan dengan cukup harmoni.. tidak pernah pula terdengar berlaku sebarang penderaan di mana mana.. kes buang bayi langsung tidak ada.. ayah atau mak tidak pernah merotan , marah pun kerana kesilapan atau kesalahan yang kami lakukan sendiri.. padan muka kami hehe.. dengar suara ayah pun kami dah kecut perut.. maklumlah suara jurulatih kawat hehe.. sekali dia jerit.. sepantas kilat kami balik..hehe
Tapi lihat lah masyarakat sekarang.. nilai moral dan pegangan agama terlalu nipis.. tergamak melakukan perkara perkara yg tidak terfikir oleh kita sanggup di lakukan nya.. perlakuan yg lebih jijik dari binatang ..apa lah dosa kanak kanak itu.. berita ini bukan kita dengar sekali atau dua .. entah berapa kali perkara seumpama ini berlaku.. di mana kah silap nya.. berapa banyak kes lagi sebelum sesuatu dapat di lakukan untuk menghentikan nya.. sayangi lah anak anak anda dan semua kanak kanak yg memerlukan pemerhatian dan belaian orang dewasa.. berilah mereka peluang dan ruang untuk menikmati kehidupan ini seperli orang lain..