Thursday, September 30, 2010

di mana maruah islam??

KEPALA BATAS 29 Sept. – Seramai 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian.

Mereka yang terdiri daripada sekumpulan warga emas serta fakir miskin sekitar kawasan berkenaan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga di sini hari ini. Secara simbolik, kumpulan tersebut beramai-ramai memasukkan wang ke dalam sebuah tabung yang akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang dalam masa terdekat.

Pada satu ketika, suasana majlis bertukar hiba apabila beberapa warga emas yang ditemubual pihak media tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata ketika meluahkan rasa kesal mengenai isu penggunaan wang perjudian bagi membiayai program berkenaan.

musuh islam akan melakukan perbagai cara utk merosakan keimanan umat nya.. banyak perkara lain lagi yg telah mereka lakukan.. sehingga ada yg mengguris perasaan.. masih kah kita mau berpeluk tubuh.?? fikir2kan lah..

9 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam...terbaca suatu entri yang boleh kita renung fikir bersama2......http://drmaza.com/home/?p=1238

MOKCIK AZWA said...

Zino..itu kalau yang sedar. Berapa ramai yang buat2 tak sedar duit itu dari sumber diragui...huhuhu

Angah said...

kasihan umat islam...teraniaya di bumi sendiri

Zareda Norman said...

betul ke hasil tu hasil wang judi.. atau ada pihak provok untuk agenda lain. kadang2 kita ni suka isukan perkara yang belum pasti sedangkan perkara yang jelas menjadi isu di depan mata seperti kedai arak, dadah, mesin judi, pusat pelacuran, kita tak nampak

mamawana said...

Hmmm....entahlah rasanya pendapatan negara pun banyak dari hasil cukai judi, arak etc. Toto, 4D adik beradik Magnum, Carlsberg, Loteri, disko, kelab2 maksiat, Genting Highlands, dangdut semua menyumbang pendapatan pd negara...errrkkk??!! Maaf. Permisi. Jgn saman saya saya org miskin, takdak duit nak bayar saman...sob3

zino said...

anda bebas melahirkan pendapat masing masing..

zino said...

yg zino heran sejak dulu lagi.. org melayu tak pernah bersatu hati walau pun dalam hal hal yg membabitkan maruha dan agama islam.. segala benda akan di politikkan..

kalau dia suka dia akan cari alasan utk menykong tindakan terrsebut , dan kalau tak suka macam mana baik pun perkara tu akan ada saja alasan utk mereka menolak nya..

cuba sentuh tentang bangsa mereka.. mereka akan ketepikan hal politik dan bersatu utk bangsa sendiri..

Zareda Norman said...

utnuk dapat penjelasan jelas mengikut hukum eloklah rujuk di sini
http://www.zaharuddin.net/content/view/963/32/

Nur said...

Yang itu yang kita tahu. Ntah-ntah banyak lagi bantuan lain dari sumber haram yang kita tak tau. Bantuan bina masjid, dari cukai kerajaan, ntah dari perniagaan apa. Tu pasal banyak masjid kita masuk, rasa panas je..
Wallahualam...