Friday, November 26, 2010

langkah terhenti

Semalam, masa aku menikmati makan tengahari bersama kawan di sebuah restoren di jalan TAR tiba tiba ternampak seorang kawan lama lalu dihadapan melalui dinding cermin restoren tersebut. Dengan spontan aku ingin terjah je kawan yg dah lama menghilang diri tu . Memang dah pulohan tahun aku tak berjumpa dia sejak dia berpindah ke negeri kelahiran utk mencari rezeki disana. Masa bujang2 dulu kami pernah duduk serumah lebih tiga tahun.. hinggalah dia mendirikan rumah tangga dan keluar dari rumah sewaan kami , dan selepas tu sesekali jumpa di tempat kerja..

Semasa dia dapat tawaran untuk sambung belajar di satu IPTA aku dengan sukarela menjadi salah sorang penjamin atas pinjaman yg di buatnya . Apalah salahnya aku membantu seorang kawan yg memerlukan dan ingin meningkatkan kerjaya nya . Setelah tamat belajar dan lulus dia kembali bertugas ditempat lama ..dalam diam diam aku mendapat tahu dia mendapat tawaran kerja di negeri kelahiran nya dengan jawatan yg lebih baik. Alhamdulilah itu rezeki dia . Sejak itu tiada kabar berita dari dia.... tahun demi tahun..... Tak apa lah masing2 sibuk dengan urusan..tiba tiba..

pada satu bulan tu aku dapati gaji di potong oleh biro angkasa, kenapa pulak, bila pulak aku berhutang dengan biro angkasa... siasat punya siasat rupa2nya gaji aku di potong kerana peminjam tidak melunaskan potongan ansuran yg sepatutnya di lakukan..aku tanya bank, kenapa potong gaji aku cari lah peminjam.. kenapa jadi tanggung jawab aku memastikan peminjam membayar balik pinjaman... runding punya runding pegawai bank menasihatkan aku mencari di mana peminjam berada dan memberikan alamat tempat kerja dia.. supaya bank boleh mengambil tindakan undang sekiranya dia terus enggan membuat bayaran.. dalam masa proses itu berjalan, gaji aku terus di potong.. sehingga masuk ribuan... dengan bantuan kawan kawan lain akhirnya aku dapat mengesan tempat kerja dia, mendapatkan alamat majikan dia, terus serahkan pada bank utk tindakan seterusnya..malah aku juga mendapatkan no talipon nya dan telah beberapa kali menalipon dia supaya melunaskan hutang dan sebagainya...

akhirnya dia merundingkan semula dengan bank untuk membuat bayaran ansuran menyelesaikan hutang pinjaman dan gaji aku tidak lagi di potong.. lepas tu aku terus menghubungi dia utk membayar balik apa yg telah di potong dari gaji aku sebelum ni.. macam macam lah janji yg di berikan yg dia pasti akan membayar balik... bulan ke bulan, tahun ke tahun..aku tunggu dan tunggu abuk pun tak ada... malas menalipon aku tulis surat.. setiap bulan aku tulis , dengan bahasa yg lemah lembut, padat ringkas memaklumkan jumlah yg dia perlu bayar dan segala janji yg di taburkan nya.. masih tak ada respon.. akhirnya aku tulis satu surat.. menyatakan ini kali terakhir aku menulis , ini kali terakhir aku mengingatkan dia , ini kali terakhir aku meminta.. lepas ni terpulang pada dia.. aku tak akan cari lagi.. aku tak akan minta lagi...bukan aku yg berhutang tapi dia.. sebagai orang yg berpewatakan warak..aku pasti dia tau tanggung jawab dia..

tiba tiba tengah hari semalam dia muncul depan aku... setelah berpuloh tahun.... aku masih ingat dia, aku masih kenal dia.. aku tak tersalah orang.. tapi langkah utk sergah dia terhenti.. dia ada di KL dia tau aku kerja di mana atau sekurang2nya kalau dia tanya kawan2 lama dia boleh tau aku dimana.. dia lalu di hadapan aku.. dan tak jauh dari opis aku... bermakna dia langsung tidak ada niat utk datang mencari aku.. kalau aku terjah sudah tentu aku akan bertanya pasal hutang.. atau dia menyangka aku akan bertanya pasal hutang.. dan aku dah beritau dia.. aku tak akan tanya dia pasal hutang tu.. terpulang lah dengan dia.. tengok la sehari dua ni.. apa yg akan berlaku.. tapi macam aku dapat rasakan mungkin itu kali terakhir aku ternampak dia.. esok lusa mungkin dia akan balik kampong dan hutang dia pada aku kekal se ada nya..... ini menyebabkan langkah aku terhentiiiiiiii....

kalau anda adakah anda telah terjah dia???

19 comments:

ciK LyndaWawa said...

sabar pakcik...

Kengkawan said...

x..
arwah ayah andak ajar mcm tu... lepas mintak 2,3 n dia x nak bayar biarkan saja.

kalau dia hidup susah sangat2 kita halalkan saja.

tapi kalu hidup dia senang, biarkan saja la... kita kira di SANA nanti, ayah andak la cakap...

dah banyak kali pakngah cakap ngan dia n dia buat x reti.. andak plak yg emo rasanya... hishhh

zino said...

wawa..
itu la.. sabar je lah..

andak..
betul tu.. pasal tu pakngah tak jadi terjah dia..

Zareda Norman said...

zino
kalau dia dah berkeras tak mahu bayar, tunggulah di sana nanti.. dalam pada tu mmg ada doa untuk bukakan hati org bayar hutang kita.. dan kawalan minda.. cubalah mana tahu serasi dapat duitsedebuk plak nanti:)

anymz said...

kalau sey yg kena sey pun tak terjah.
sebab dah byk kali jugak kitorang terkena dgn org2 mcm ni.bukannya org lain pun..buat derrrkkk je lah.sok jawaplah di sana..di sana..di sana...hehehe

Acik Erna said...

en.abang se pun ponah kono..sampai sudah dio tak bayar..tapi..baru2 ni..ternampak kek fb..dah poi haji tahun lopeh..hutang totap hutang..en.abang se maleh nak mintak lagi..tunggu yo lah nanti kan..

Pak Ngah: said...

:: terjah je..beri salam kepadanya..dan ajak makan bersama..jgn timbulkan isu hutang lapuk tu..

Unknown said...

setuju dengan kak Zareda.

MA said...

Saya akan terjah - tapi mukadimahnya cerita pasal benda lain dululah. Then baru masuk bab hutang sebab bg saya kalau dlm telefon dan surat perasaan malu (assuming dia ada) boleh di-cover tapi kalau berdepan mana nak taruk muka? Harap akan lebih berkesan. Tapi kalau dia buat derk ajer, he will have his day one day. Dunia ini bulat.

zino said...

zar..
thanks for the advice..

anymz
rasanya kalu nak bual dengan dia malas dah nak sebut utang tu..

erna
tu yg muskil sikit nampak macam warak tapi nak bayar hutang liat sungguh..

pakngah
kalau terserempak lagi lain kali saya tegur tapi tu le bila nampak muka dia nampak hutang dia tu hehe

yus..
tq

ma..
mungkin kalau selalu jumpa ter terjah juga nanti...

DrSam said...

bab penjamin ni memang buat kita dalam keadaan serba salah dibuatnya - lebih lagi melibatkan sedara mara atau kawan baik. jika segala usaha telah dilakukan untuk memperingati, redha aje lah dengan ketentuan tersebut. Selama dia berhutang tu, pahala dia mencurah-curah masuk ke poket Zino jadi saham akhirat.

KAMATO said...

saya pun mengalami nasib yang sama, sehingga dah tak mau nak tanya lagi dah..... sebenarnya kalau dia tahu hukum dia takkan mengelak dari bayar hutang

NARDtheNERD said...

saya terjah je.
haha.
dia yang berhutang dia yang patut malu.

:)

DLSJ Sahrul (nbk466) said...

Sy pun mungkin akan buat cam bro Zino rasanya...

Mulan said...

rasa nak terjah, tapi rasa tak ter-terjah...

Angah said...

owhh takutnye..kena check ni list org-org yg saya jamin...

MOKCIK AZWA said...

Masa berada di Unit sebelum ini...itulah kerja kami..mengejar penghutang penghakiman, yakni termasuk penjamin sekali. Biasanya akan lebih mudah mengejar penjamin..penjamin la jadi mangsa.

Mokcik juga baru2 ini ada menerima surat dari bank kerana ada seseorng yg dijamin lambat membayar hutangnya. Mokcik terus telefon isterinya (isterinya yg beria2 memujuk mokcik jadi penjamin dia dahulu). Mujur juga mereka jenis sedar tanggungjawab...kalau tak memang haru biru blues juga jadinya.

Tak apalah Zino...orang macam ini, satu hari nanti dia akan sedar akibatnya tak membayar hutang...tak kena di dunia, di akhirat sana Allah tunjukkan.

Yaya said...

da bethn tak gi jalan tar...masa singel je rajin gi jalan tar hehehe

aNIe said...

Zino... suami anie pernah jadi mangsa kerana menjadi penjamin pada yg tak bertanggungjawab... sehingga satu hari rumah mak mertua mau disita... cik abang terpaksa mencari dan meminta yg berhutang bertanggungjawab... nasib baik jumpa kalau tak... mau menangis mertua tu rumah dia kena sita...

Selalu aje jadi camni kan...masa minta pertolongan orang kata lembut gigi dari lidah... tapi bila tiba minta hutang... kita dijadikan musuh...