Friday, November 5, 2010

tahniah..

BN rampas kerusi Galas dengan majoriti 1,190 undi

04/11/2010 8:59pm

GUA MUSANG 4 Nov. - Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas calonnya Abdul Aziz Yusoff memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini. Abdul Aziz menang dengan majoriti 1,190 undi selepas memperoleh 5,324 undi untuk menewaskan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamad yang memperoleh 4,134 undi.

BN pertahan kerusi Batu Sapi dengan majoriti besar

04/11/2010 9:00pm

SANDAKAN 4 Nov. - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi apabila calonnya Datin Linda Tsen Thau Lin menang dengan majoriti 6,359 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini. Linda yang bertanding di kerusi yang dikosongkan mendiang suaminya Datuk Edmond Chong memperoleh 9,773 undi mengatasi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah dan calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee.

Ansari memperoleh 3,414 undi manakala Teck Lee pula memperoleh 2,031 sementara undi rosak adalah sebanayk 372 undi. - Utusan

tahniah kepda yg memang.. dah cukup la tu berpolitik, masa untuk bekerja.. bantu di mana memerlukan.. berlaku adil, sama rata, dan jangan berlebih2an..,,,,kembali bersatu.. kawan ke lawan ke lepas kempen semua bersaudara.. kepada yg tidak memang.. cuba lagi di lain keluaran..

1 comment:

Zareda Norman said...

yg menang, menggalas tanggungjawab jua...