Tuesday, July 26, 2011

Ribuan penyokong Harimau Malaya serbu kaunter tiket


KUALA LUMPUR 26 Julai - Ribuan penyokong tegar pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya, menyerbu kaunter tiket untuk mendapatkan tiket masing-masing bagi menyaksikan perlawanan timbal balik pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura, Khamis ini.

Seawal pukul 8 pagi peminat-peminat bola sepak tempatan mula berbaris di kaunter tiket Pintu Kuning Stadium Nasional di Bukit Jalil. Selain Stadium Nasional, Bukit Jalil, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut membuka kaunter tiket di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam. Tiket-tiket dijual pada harga RM50 untuk tempat duduk utama, RM30 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

anda bagaimana nak book tiket ke?? zino tengok kat rumah je lah.....hehe


5 comments:

~ez~ said...

saya nk tgk gak kt stadium tp husband xde so tgk kt uma jela..hehe..tp adik da beli dah tiket..hehe..

zino said...

ez..
tak sanggup.. hehe

Angah said...

angah tengok kat umah je, sebab takut kecut perut kalo kita kalah hihihihi

zino said...

Alang cari tiket tak dapat hehe

Zareda Norman said...

rumah aje kot...