Saturday, December 3, 2011

kisah empat

kacang lupakan kulit...

salam semua, dah bersedia untuk mengikuti kisah seterusnya..? apa agaknya kisah kacang lupakan kulit tu kan hehe.. jom kita sama sama meneruskan lawatan di bandar Madrid.. oo ye sedikit maklumat tentang Madrid ni.. kat sini tak ada bangunan tinggi.. kecuali tiga buah.. semasa dalam perjalanan dari airport ke hotel kami tak nampak pun sebuah bangunan yg tinggi macam kat KL.. dan paling tinggi pun agaknya setakat 10 tingkat je.. dan nama dia orang pun susah zino nak ingat tapi ramai nama yg ada Carlos... hehe agaknya kat sini macam mohamad la kot hehe

hari kedua kami di Madrid kami melawat ke sistem kereta api bawah tanah.. kalai kat sini baru ada satu keretapi bawah tanah LRT putra tu.. kat sana berceganggah.. bersimpang siur bawah tanah tu macam spagetti...maklum lah mereka dah lama mulakan laluan bawah tanah ni kita baru nak belajar.. hiway pun dia orang boleh buat bawah tanah.. ok la jom kita tengok gambar gambar ni...

bangunan lama.. tapi di bawahnya stesyen keretapi moden...

Taklimat ringkas kat luar je ...


kombinasi lama dan moden..
kalau kat Malaysia tentu bangunan tu dah kena roboh.. contohnya bas stand Klang hujung tahun ni bakal di roboh sebab nak buat stesyen MRT kat bawah tu..


tube yg bakal di naikki..

laluan tube.. kat sana keretapi tu dia org panggil tube..

dalam tube.. serupa LRT kat sini a kot ..

banyak tempat berdiri dari duduk masa ni tak ramai orang
kalau tak padat..

lawa gambar kat belakang tu...



dah sampai airport, stesyen yg ni bersambung dengan airport di Madrid..


bergambar sebelum berpisah dengan deligasi Madrid..

di akhir lawatan kami naik keretapi terus ke airport.. beg dia orang dah siap bawa guna bas.. ramai yg mengadu kebuluran sepanjang lawatan seharian sampai ke petang tak ada lunch hehe.. mat salleh ni tak geti nak makan ..tapi kami ok je.. agaknya cuaca sejuk tu buat kami tak le lapau sampai tak larat nak bergerak.. hehe.. penerbangan ke Paris mengambil masa satu jam lebih.. bertolak jam 5.00 ptg dan sampai Paris dah malam.. sebelum tu Kat terminal di Madrid ni pun kami jumpa ruang solat di panggil Chapel utk beberapa agama...

ada 4 agama yg ada sembahyang ke? ada 4 bilik berasingan dalam tu...

dari airport ke hotel kami dah set dengan travel agen supaya ada orang jemput dan hantar ke hotel.. perjalanan lebih kurang 45 minit kot.. sesambil tu berbual la dengan driver tu dan bertanya dengan kehidupan dia di Paris.. driver tu pun bercerita la keperitan hidup di bandar yg mahal ni.. kalau dia kata mahal kami yg datang ni lagi lah jadi mahal.. hehe kata nya dia berasal dari amerika selatan, Brazil kalau tak salah.. dan dah mengembara dan bekerja di beberapa negara termasuk German.. dan sekarang menetap di Paris.. katanya dah tak balik kampong lagi dah keluarga dia pun berada di sana..

malam tu kami berlegar di sekitar hotel je lah.. dalam sejuk2 tu berjalan juga sebab masa agak singkat kat sini esok nya padat dengan program.. sempat la ambil gambar2 ni... jom kita tengok...

ini macam eye of malaysia tu la kot..

dari belakang hotel tu nampak sayup2 je eiffel tower.. dalam hati bertanya2 dapat ke sampai ke sana..memandangkan esok program sampai ke malam..

ada banyak gerai2 dengan pelbagai jualan...
agaknya sempena krismas la kot hehe..


jalan belakang tu menuju ke gerbang yg terkenal di Paris tu sape tau nama gerbang tu ?

bergambar berhampiran satu gerai jualan...

faham ke arah tuju yg di tulis ....kena buka kamus ni hehe

esok nya sebagaimana di janjikan kami berkumpul di sebuah hotel ni sementara menunggu mereka datang menjemput dengan bas... kat Paris ni jem macam Kl juga rupanya walaupun 60% pengguna menggunakan pengangkutan awam, tapi masih banyak kereta di jalan raya.. bas kami yg nak datang pun kata nya sangkut dalam jem hehe.. satu perkara yg zino suka sangat tengok kat sini banyak bangunan lama.. kalau kita ada sebuah bangunan Sultan Abdul Samad.. kat sini belambak hehe hotel yg kami duduk tu pun sebuah bangunan lama.. lift dia muat 4 orang je !! betul kecik bebenar.. kalau bawa barang dua orang je boleh masuk.. agaknya pasal hotel lama kot sesuai dengan ruang yg ada.. tapi kepada yg dah biasa sampai dia orang kata kat mana2 pun sama , bilik air pun kecik .. agaknya pasal mahal kot.. zino suka tangga dia ni .. bila turun ikut tangga walaupun di tingkat empat.. macam cerita hindustan tanggga pusing2 hehe..


tangga pusing... seronok berlari2 menuruni tangga tu hehe


kiri kanan tu bangunan lama tapi bertukar menjadi hotel berbintang2...

Hotel yg zino duduk di sebelah kiri bahagian tengah tu...

pemandangan waktu pagi.. lampu tak sempat tutup lagi...

Bila di Paris rombongan kami bertambah , ada perwakilan tadi syarikat di KL, ada pegawai perdagangan Malaysia yg bertugas di Paris , ada pegawai khas PM berkait pengangkutan awam.. dan CEO beberapa syarikat berkait transport kot.. so makin meriah la jadi nya..

berbual2 sambil berkenalan ada yg baru joint di Paris ni je dan ada yg baru kenal je..

bercerita pengalaman masing masing bila sampai ke Paris semalam, ada yg sampai awal sempat sopping lagi tu... dan ada yg memang duduk di Paris.. kami yg sampai lambat dapat look 2 see 2 je lah..

lawatan bermula dengan perbincangan meja bulat dan mendengar taklimat dari wakil2 dari malaysia dan Paris, dari Malaysia tu CEO SPAD la yg beri taklimat.. program kerajaan membina laluan MRT dan sebagainya.. lepas tu katanya ada lunch maka berlaku lah kisah lucu bila menunggu lunch hehe.. tapi kisah ni kita simpan dulu sebab ada tajuk khas berkaitan cerita ni.. kalau nak diet duduk sana.. sabar la ya hehe

semasa persidangan meja bulat... tapi meja kat sini tak bulat pun hehe

pembentang kertas kerja...

bergambar selepas selesai majlis... duta Malaysia ke Paris di tengah tengah..

sebelah petang nuya ada lawatan dan taklimat dengan sistem pengangkutan awam , terutama bas .. tertarik dengan teknologi yg mereka ada.. sekali lagi terasa kita ni jauh sangat ketinggalan.. mereka juga yg mengedali bas di bandar LONDON tu.. bila masuk tajuk bila anda last naik bas nanti zino akan cerita apa yg mereka ada dan pengalaman zino naik bas..sendiri utk melawat tempat orang ... kat KL zino tak berani naik bas takut sesat hehe..

malam nya kami ada dinner di atas cruise .. dia orang tempah khas utk kami je atas kapal tu.. sambil menikmati penadangan waktu malam di sepanjang sungai di Paris tu.. kita pun ada kat Putrajaya tu.. tapi zino pun tak pernah naik lagi anda pernah ke? kalau belum elok la naik .. boleh la pengalaman lunch atau dinner atas cruise.. rasanya nanti nak ajak famili naik cruise kat putrajaya tu.. atas kapal ni lah zino saksikan perkara yg tak sepatutnya berlaku atau di lakukan orang kita yg bertugas di luar negara .. sehingga zino letakkan tajuk kacang lupakan kulit.. tapi jangan lah tanya siapa dia dan apa tugas dia ya.. zino tengok dia ni lebih mat salleh dari mat salleh yg ramai2 atas kapal tu.. (sebenarnya pempuan) selamba je minum minuman keras sama dengan mat salleh tu.. duduk Paris la katakan.. zino tak mau dekat dengan orang2 macam ni.. dari perbualan kawan kawan lain.. dia bukan saja tunggang air haram tu.. siap dengan kutuk2 kerajaan malaysia lagi.. dengar cerita nya dia ni tak minat sangat nak ikut sama program kami ni.. tapi kena paksa la tu.. so berungut je lah sepanjang masa agaknya.. buat malu malaysia dan kerajaan je.. orang macam ni lah zino cop bagai kacang lupakan kulit.. kalau zino ada kuasa mau zino minta dia balik malaysia malam tu juga hehe..

ok la lupakan kisah tu jom kita tengok gambar gambar yg sempat di rakam malam tu...

sampai juga akhirnya.... sebelum ni tengok gamba je...

di lihat dari dalam cruise...

saya dah sampai anda bila lagi? hehe


salah satu cruise yg di sediakan....

pandangan yg sangat menarik...

ada satu jambatan di Putrajaya sebiji tiru jambatan ni...


ok.. cukup la kot rasanya panjang dah ni.. lama sungguh utk upload gambar dari kol 4.00 petang tadi.. sampai ke malam...dan entah berapa kerat je yg membaca.. tak apa lah kan.. esok kita naik basikal nak tak? bila last anda naik basikal? masa birthday yg ke 5 tahun dulu je? alahai lama dah tu.. kat sini ramai yg naik basikal ke tempat kerja.. esok je lah ya...

sebelum tu nak ucap terima kasih kepada shariman, kerana sudi membaca , dia call kata dia baca tapi tak boleh komen , sorry la Shariman, kalau nak komen kena buka lah akaun blog.. itu satu cara nak galakkan anda menulis.. hehe memang zino tak benarkan anoy komen nanti dia merapu susah nak kawal hehe.. saya syorkan shariman buka akaun dan joint club blogging ni hehe.. erna pulak komen nak tengok lebih banyak gambar.. ok yg ni banyak gambar kan? harap puas hati hehe.. komen komen yg lain juga saya hargai.. tq.












22 comments:

aNIe said...

Zino...cantik2 gambar tu ye.. kita ni bilalah nak sampai ke sana... tgk gambar orang je lah...ehehe...

zino said...

Anie
mana tau impian jadi kenyataan satu hari nanti... zino sendiri pun tak sangka boleh sampai.. hehe

JHaZ KiTaRo said...

salam kenal.. jemput singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba kembara ke 46 buah negara.. :)

Ummi365 said...

Abah, tak melawat jepun pulak ke? Train line dia pun bersimpang siur macam spaghetti. Hehehe.

Acik Erna said...

Timo kasih..cantik2 gambar..kalau disanun..banyak yang dibawah tanah..disini raso e kurang sesuai..sobab selalu ado banjir kilat..parah nanti..he he

Kak Elle said...

saya dah kesana tapi bergambar waktu siang musim summer mmg ramai org masa tu...ok kita tunggu di lain episode.

zino said...

Jhazkitaro
lagi hebat tu.. nanti zino ke sana tq

zino said...

ummi365
kalau ada peluang apa salah nya hehe dulu pernah sampai ke Osaka dan Kyoto je

zino said...

Erna
kita buek la LRT kapal selam boleh masuk banjir sekali hehe

zino said...

kak elle
bila nak ke sana lagi ? tak puas la datang sekejap hehe

ciK LyndaWawa said...

pakcik dah sampai effiel tower!!!! nakole2....=]

Mak Su said...

mmg kat sinun dorang sediakan bilik2 gitu utk beribadat ek... kiro macam sonang ceritolah. hormat agama dan kepercayaan masing2lah tu... agak ee kan

se pun lumpernah cruise lunch putrajy. tunggu PM najib belanjo, kok dio sudi, hahaha

MulutPayau said...

wahhhhh...bestnya...!!!!!.tak tahulah bila agaknya boleh pergi...tengok gmbar je lah dulu...huhuhu

Mulan said...

best nya...!!! cantik eiffel tower masa malam..

zino said...

wawa..
banyak ole2 dah tu.. hehe

zino said...

Maksu
nak lancar kan buku baru ke boleh buat atas cruise tu jangan lupa jemput abang ya hehe

zino said...

MP
insha allah satu hari nanti..

zino said...

MULAN..
dah sampai sana kan hehe

silversarina said...

I tak tahan jeles ni bila lihat zino berdiri dekat dengan Eiffel Tower ...bilalah nak my dream come true ni :DD

Zareda Norman said...

Yerah jeles tgk gambar eifel tower tu

Riz Ardy said...

Pintu gerbang tu namanya 'Arc de Triomphe'. Tidak jauh sebenarnya dari Eifle Tower. Kami pernah berjalan je dari pintu gerbang ni ke Eifle Tower. Kalau dulu tengok iklan Dunhill, ada gambar pintu gerbang tu.

Irfa said...

dah sampai ke sana 2kali tapi nak pegi sekali hanya untuk keDisneyland Paris.itupun dah janji dengan si kakak kalau dapat
5A dalam upsr.hehe

cruise tak naik..mahai .hehe