Tuesday, December 6, 2011

kisah tujoh

bila last anda naik bas...??

deretan bas...di kota London..

Apa kabar semua? dah sedia untuk mengikuti cerita seterus nya?? kalau dah bersedia bagus.. kisah kali zino nak sentuh sedikit berkaitan pengangkutan awam... ia itu bas.. seperti tajuk tu zino nak ulang sekali lagi... bila last anda naik bas... i mean pengangkutan awam tu la.. kalau bas sewa khas yg satu lawatan ke apa ke tak kira .. ini bas yg anda kena beli tiket , lepas naik di mana mana hentian dan picit loceng bila sampai ke distinasi.. mungkin juga ramai yg guna pengangkutan awam ni.. zino je lah yg dah lama tak guna kot...

terus terang cakap la.. zino memang dah lama giler..(ayat orang sekarang) tak naik bas ni.. zaman bas mini dulu ada la.. masa tu belum beli kereta.. dulu payah nak beli kereta tiga tahun kerja ngumpul duit utk downpayment je.. kereta masa tu RM 13,500 .00 je sebiji tapi payah sangat nak beli.. bukan macam budak2 sekarang , mudah sangat .. along dulu beli kereta downpayment mak dia yg bayarkan.. hehe

mesin utk beli tiket bas

zino sangat berminat utk melihat perkhidmatan bas di Malaysia ni terutama di Kuala Lumpur memberi perkhidmatan sama seperti apa zino lihat di negara orang... yg sempat zino tinjau di Madrid dan London.. kepada kawan kawan kita yg belajar atau tinggal di sana tentu lebih arif.. tapi walaupun singkat berada di sana banyak yg dapat zino belajar tentang pengangkutan bas ni.. dan di London zino sempat utk menggunakan perkhidmatan ni berpandukan maklumat di dalam map, papan tanda di hentian bas dan penjelasan dari khidmat pelanggan di hotel.. so tak perlu risau... anda pasti selamat sampai ke distinasi..

ada video dalam bas.. makna nya driver boleh nampak
apa yg berlaku di belakang dan atas

untuk membolehkan bas bergerak lancar di jalan raya dia perlu ada laluan khas, dedicated lane utk bas dan teksi.. kat KL ada bas lane ni.. apa sesiapa kisah utk mengosongkan khas utk bas ?? ramai pemandu kenderaan tak ambik kisah dan selalu menggunakan laluan khas ni utk kpentingan masing masing.. kadang kala bas sendiri tak ikut laluan yg di sediakan.. kaedah mereka menguatkuasakan undang laluan ni.. mudah je kamera di pasang di setiap bas.. gambar gambar yg di rakam kepada sebarang kenderaan yg menghalang laluan bas boleh di guna utk pendakwaan.. denda juga lumayan.. hehe so ada yg berani.. ???

baca dulu peta di dinding bas stop ni utk menentukan no bas dan arah yg nak di tuju..

kedua maklumat laluan bas perlu lengkap dan kemas kini.. sesiapa saja yg ingin menggunakan perkhidmatan ni hanya perlu merujuk peta laluan distinasi akhir dan no bas , kat tempat kita ada ke?? entah nampak macam tak ada je.. so tak ada la ter cangak2 bila nak naik bas.. bila dah susah sangat tak ada le yg berminat nak naik ... kepada yg biasa naik anda tau ke diatinasi lain selain laluan yg biasa guna tu..?? pendik kata perlu ada maklumat lengkap utk kemudahan orang awam..

ada bus stop jenis ni.. sesuai utk musim sejuk kot..
boleh lindung bila ada angin ..

ketiga tempat menunggu bas pun kena lah selesa.. ada le pondok utk berteduh dari panas dan hujan.. tak perlu besar pun tapi cukup utk kemudahan orang ramai... dan di situ juga di sediakan maklumat waktu bas sampai di hentian tersebut.. pasal tu tadi perlu nya ada laluan khas.. supaya perjalanan bas tidak terganggu , tak ada masaalah jem dan sebagainya.. baru le boleh gerenti bila bas tu nak sampai ke stesyen2 berkaitan.. benda ni bas di KL ni baru nak buat.. tapi mereka masih belum dapat menjamin bas akan sampai mengikut jadual yg di sediakan..

kat bas stop ada display jadual bila bas sampai..
dan distinasi dia kemana

ke empat harga tiket perlu lah berpatutan.. yg ni tak jadi masaalah kot tambang bas di KL tak le mahal kan..? zino tak tau la tak pernah naik bas la katakan hehe.. dan perlu juga tiket bersepadu.. yg ni pun tak ada masaalah dengan bas lembah kelang.. pihak RapidKL telah dan sedang updgare sistem bersepadu ni..ramai yg naik bas zino tengok dah ada pas bulanan kot, ada yg guna HP je utk membuktikan dia dah bayar tambang bas hehe.. yg beli tiket mereka yg guna sesekali macam pelancong datang ke atau

laluan khas bas laluan dalam bandar
(Madrid)
kebetulan semalam zino ada perjumpaan dengan pegawai RapidKl dan dengan kesempatan itu zino bercerita apa yg ada di negara orang, Pihak RapidKL kata mereka juga sedang menuju ke arah tersebut.. tiket bersepadu telah pun ada, mempamirkan jadual perjalanan bas secara real time sedang di pasang.. 5 akan di pasang di projek yg sedang zino buat.. pengumumam menggunakan VMS dalam bas juga telah di sediakan.. (ada ke? zino tak naik bas) dan maklumat perjalanan bas melalui sms juga sedang di sediakan..

laluan khas utk bas..

laluan khas bas juga sedang di kenal pasti.. kata nya laluan pertama antara Klang KL menggunakan lebuhraya persekutuan cuba bayangkan di tengah lebuhraya tu bas akan meluncur laju berulang alik antara Klang ke KL di kiri kanan nya kereta berderet2 dalam kesesakan.. so yg duduk dalam kereta boleh buat pilihan terus menerus memandu dalam jem atau bertukar ke pengangkutan awam yg berjalan lancar... peringkat awal sudah pasti projek ini akan mendapat bantahan tetapi kerajaan kena berani membuat perubahan.. nak juga tengok berani ke kerajaan buat keputusan yg tidak pepulor di kalangan pengguna penderaan tetapi di nantian oleh pengguna pengangkutan awam??


salah satu bus stop yg kami jumpa.

satu perkara yang ada di tempat kita tapi tak ada di tempat yg zino lawat baru2 ni ialah laluan pejalan kaki berbumbung di sekitar kuala lumpur.. antara lain laluan berbumbung ini untuk memberi keselesaan kepada pengguna pengangkutan awam utk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.. laluan yg banyak di buat dari stesyen transit ke bangunan2 berhampiran.. sambungan antara bangunan ke bangunan dan tumpuan orang ramai... kalau kita ke kawasan Bukit Bintang sana tu banyak projek sedang berjalan untuk menyediakan kemudahan utk pejalan kaki.. semua ni utk menggalakkan kita menggunakan pengangkutan awam..

laluan khas bas dan teksi

akhirnya dapat juga zino menyiapkan kisah tujoh... tiga hari tertangguh kerana masaalah tenet (ini bukan alasan tapi betul2 kejadian) hehe.. ok kisah ke lapan akan menyusur kemudian... tajuk apa ya? tak pe nanti boleh rujuk.... selamat membaca..


7 comments:

Acik Erna said...

wah..bolom apo2 dah bagi tau...tenet bukan alasan.he he..
bilo sobut bas..teringat bas mara yang masuk kampung kito dulu..macam2 nostalgia ado..

Button Planet said...

Salam Abah Zino, melihat bas-bas di Kota London sangat nostalgik ... saya mempunyai pengalaman menaiki bas sejak saya sekolah dahulu, hingga lah semasa baru mula kerja, dan akhir sekali semasa saya berkunjung ke Istanbul pada bulan June tempohari ...pernah juga menaiki bas dari kota London ke kota Southampton dan kembali semula ke London pada tahun 1985 ... pernah naik bas 2 tingkat tersebut ...

Pengalaman menaiki bas yang PALING saya TIDAK BOLEH LUPA ialah semasa saya baru mula bekerja di UiTM (dulu ITM pada awal tahun 1991) ... waktu itu saya masih duduk di Ampang, baru balik dari belajar di USA dan baru mula bekerja, masih belum mampu hendak membeli kereta..oleh itu, bas adalah kenderaan utama saya pergi dan balik kerja ...saya perlu menaiki 2 buah bas yang berlainan ... setiap hari ..seawal 6:30 pagi..selesai sahaja solat Subuh, saya sudah bergegas ke tempat menunggu bas di Taman Sri Watan, Ampang... naik bas yang pertama menuju ke kota Kuala Lumpur ..bas tersebut akan berhenti di kawasan sekitar Bangkok Bank... saya dgn penumpang lain bergegas turun dan berjalan menyusup dicelah-celah kedai menuju ke Stesyen Bas Klang ...(huhu.,dengar cerita stesyen bas ini hendak diruntuh kan utk membeli laluan pembangunan lain..sedih betul...) .. laju aje jalan tak toleh kiri kanan sebab nak kejar bas 222 dari bas stand Klang ke ITM, Shah Alam...pengalaman tak boleh lupa... students ITM berebut2 naik bas (tak ada civic minded betul! saya yg baru balik dari USA mmg culture shock tgk orang Malaysia berebut2 nak naik bas) ... akhirnya saya selalu lambat naik (sebab tak kuasa nak berebut) dan terpaksa berdiri dari Kuala Lumpur sampai Shah Alam... tetapi kadang-kala ada juga budak2 yang kesian kat saya bagi saya duduk ...hehe .. maklum lah masa tu saya muda belia lagik... (perasan!) jadi dia orang tak cam saya ni student ke lecturer... tetapi ada juga yg buat muka bodoh aje walaupun tahu saya ni lecturer ...(hurm...tak respect langsung!) ...adalah dalam 3 bulan saya berulang-alik dari Ampang - KL - Shah Alam - Kl - Ampang ... bila perut saya sudah semakin membesar (say mengandung beberapa bulan) saya dah tak larat nak turun naik bas lagik .. kami buat keputusan cari rumah sewa di Shah Alam dan pindah sini... itu lah pengalaman saya yg paling saya ingat sampai sekarang ...

dah pindah Shah Alam pun masih belum mampu nak beli kereta... masih naik bas dari rumah sewa ke ITM ... masa tu era bas mini ... turun naik bas mini sampailah perut saya dah memboyot ..tak larat ..saya pool tumpang kereta staff ITM yg duduk dekat rumah sewa saya .....

[pengalaman menaiki bas yang terkini semasa di Istanbul... tapi kan saya takmahu cerita di sini sebab komen saya sudah terlalu panjang... rasanya baik saya buat entri kat blog saya ... boleh Abah Zino baca kan kan kan...

Nurazzah8
http://nurazzah8.blogspot.com/

zino said...

ERNA
bas tapa hehe

zino said...

Nurazzah...
dah boleh buat entri tu hehe

Zareda Norman said...

Zino, pengangkutan awam di kl ni masih belum capai tahap memuaskan lg. Bas buruk pun jalan jugak, baa secara merbahaya, sumbat selagi ada ruangsampai sesak nafas orgdibuatnya, kes raba raba pun masihjd maalah besar

zino said...

Zar masih banyak kelemahan kaedah memberi kelulusan itu sendiri pun sangat lemah , kisah pengusaha bas ni sudah menjadi lagenda , seolah2 kerajaan tiada kuasa utk mengawal , operator yg gagal mencapai tahap perkhidmatan pun kerajaan tidak boleh bertindak

arahman said...

Syiok naik bas la abah....