Basikal lipat...
Lama zino tak buat posting baru... bukan nya kekeringan idea tapi masa nak mengadap laptop ni tak ada.. ( nanti ada yg kata alasan la tu hehe) bila duduk lama sikit mata pun kuyu.. hehe.. ok lah nak sambung lagi pengalaman yg zino dapat masa di perantauaan singkat tempuh hari.. kebetulan masa kami keluar dari persidangan meja bulat terakhir di sebuah Universiti di London , ada la sorang mamat ni.. mungkin pensyarah, mungkin professor yang bertugas di Universiti tersebut..
bila dia keluar kami nampak dia sedang menjinjing sesuatu di tangan kiri dan beg di tangan kanan , bila di perhatikan betul2 rupa nya dia membawa sebuah basikal lipat , yg zino rasa boleh di sumbat dalam beg ... maka kami pun leka memerhati dia membuka lipatan basikal nya satu persatu.. se olah2 sedang membuat satu demontrasi depan kami..
aksi nya sempat zino rakamkan, bila dah rakam baru teringat kalau di ambil video mungkin lebih jelas apa yg di lakukan nya sehingga terbuka menjadi sebuah basikal.. walau pun ini bukan sebahagian dari program lawatan tetapi berkait dengan apa yg di bincangkan. mobiliti...
nampak macam mudah je dia buka lipatan tu satu persatu.. bermula dengan menaikkan tempat duduk, membetulkan handle depan dan sebagainya..membetulkan kedudukan tayar ....
yg best tu bila dia nak membetulkan tayar belakang yg berlipat ke depan tu ke kedudukan yg sebenar.. dengan mengangkat je basikal tu tayar belakang telah berada di kedudukkan nya.. nampak mudah dan bergaya sekali hehe
bila dah siap dia senyum kepada kami semua dan beredar utk keluar dari kawasan kampus.. pelik nya Universiti dia orang ni terletak betul2 di tepi jalan besar tak jauh dari stesyen keretapi bawah tanah.. bukan macam universiti di tempat kita ada kawasan lapang ada padang ada pagar dan pak guard.. hehe..
tunggu juga bila dia nak naik basikal tu .. tapi sampai ke sudah nampak dia tolak je , mungkin dah sampai kat jalan depan tu baru dia nak naik la kot.. agak2 nya ada ke basikal tu di jual di Malaysia..? kalau ada pun ada ke sesiapa nak beli dan bawa pegi opis..? boleh masukkan dalam beg, boleh bawa naik LRT dan mudah utk bergerak ke sana ke mari.. nak buka lipatan basikal tu pun nampak sangat mudah nak lipat balik pun rasa nya tak susah la kot.. mungkin juga ringan... harga tak tau la..
ok itu saja perkongsian zino kali ni.. kalau anda pernah nampak basikal ni di mana mana boleh la di kongsikan .. nanti kita sambung dengan cerita lain pulak ya.. terima kasih kerana sudi membaca..
4 comments:
dorang bangga naik basikal..orang kita bangga kalau naik BMW, porsche, volvo dan sewaktu dengannya...
apo tak boli satu wak balik..he he..
nak boli gak satu nnt...kok balik kampung pun sonang nk bawak gi kodai..tak payah la gi dgn kete..taik lombu banyak bona...hehhe
Kat KL ni bos saya naik basikal tua park kat LRT, n naik LRT sampai Opis
Post a Comment