Tuesday, May 1, 2012

kalau nak buat selalu pun ok..

Salam utk semua.....

Sebelum mula bercerita zino nak mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat menyambut hari pekerja kepada semua... sama ada anda di sektor awam maupun di sektor swasta.. sama ada makan gaji atau pun bekerja sendiri... selagi kita pekerja kita layak meraikan hari pekerja esok...

Tapi tadi dapat panggilan dari tapak bina..boleh ke mereka bekerja esok..?? saya kata kalau kerja dalaman tu buat la.. jangan jalan kan kerja yg mengangu hari cuti orang lain yg mahu berehat.. tambahan pulak esok sepatutnya hari utk pekerja.. kalau kena kerja makna nya di bayar berganda la kan..

Petang tadi zino hadir satu mensyarat ni.. biasa nya mesyuarat di buat didalam bilik mesyuarat berhawa dingin.. tapi kali ni tuan rumah berubah tema.. mesyuarat di jalabjan di kawasan terbuka di dalam taman... suasana menjadi lebih santai walaupun perbincangan serious.. sebelum selesai mesyuarat pengerusi umumkan lepas ni ada sesi lawatan dan menikmati buah2an exotik... dan air kelapa awet muda kata nya hehe

Selepas mesyuarat kami di bawa menggunakan trem utk kesatu diatinasi di dalam kawasan taman tu.. ooops lupa nak bagi tau nsebenar nya kami bermesyuarat di Taman Botani Putrajaya.. diatas meja terhidang pelbagai jenis buah2an yg sebelum ni tak pernah zino makan.. nama dia pun dah lupa.. ada lah di sebut satu satu tadi... ada buah2an yg manis.. ada yg masam.. yg kelat  dan sebagai nya .. semua jenis yg di tunjuk zino rasa... selain dari buah rambutan manggis mangga dan sebagai nya... lepas tu nikmati air kelapa yg enak.. dan tak tinggal juga ada satay hehe

Memang satu kelainan .. selain dari mesyuarat mereka nak kenalkan Taman Botani tu kat kami.. memang pun selalu ke Putrajaya ini lah kali pertama zino masuk ke Taman Botani ni.. sesuai utk beriadah.. kalau ada yg nak buat majlis kenduri kawin pun rasa nya tempat ni amat sesuai... lain kali boleh lah bawa anak anak berjalan2 kesini... atau datang utk jogging pun best..


 kelapa muda sedia menanti..

satay pun ada.. 

selamat bercuti.... tapi kalau belum ke pesta buku di PWTC elok la kesana....

18 comments:

Zareda Norman said...

zar pernah shot gambar pengarah pengarah di taman botani ni.. Kemudian kerja attachement seminggu kat situ.. Memang cantik dan banyak pokok eksotik dari luar negara kat situ.. Sejuk je kan..

lupekanje said...

Acik pun tk pnah masuk kat taman ni sejak tinggal kat sini...huhu...tringin gak nk masuk nnt..

Unknown said...

Masa mula2 taman botani ni dibuka saya selalu masuk sana... cantik dan luas... jalan2 dlm tu spi penat, tapi sekarang pokok2 semua dah besar... dah nampak macam hutan....

Mulan said...

best best byk pokok... sejuk bumi...

azi said...

En. Zino
Patutlah nampak muda...minum air kelapa muda rupanya...he..he...:)

Baguslah banyak pokok kat situ...sejuk sikit "mata " memandang...

maklang said...

bila gaknya nak sampai sini...pesta buku pun jauh sgt nak pegi...huhu

aNIe said...

Kenapa tak amik gambar semua buah2 tu... nak jugak tengok buah-buahan yang jarang kita lihat...

Kalau tengahari dpt pekena air kelapa memang best...

ciK LyndaWawa said...

selamat menyambut hari raya pakcik..hehehe

MOKCIK AZWA said...

Pernah dua tiga kali ke Taman Botani, dah duduk Putrajaya kat mana lagi nak berpiknik..selain Taman Wetland, kat sana la tempat kami melepak.. ada sekali gi makan kat tempat makan dia..itu pun sebab boss belanja makan besar sempena CNY..memang sedap..dah la restoran tu atas tasik..

zino said...

zar
satu itulah firstime masuk sana..

zino said...

Accikk.
kalau nak jogging pun cantik..

zino said...

shidah..
matlamat nya nak jadikan hutan dengan pelbagai jenis tumbuhan..

zino said...

mulan
betul tu..

zino said...

azi
kalau nak kekal muda minum la air kelapa muda banyak2.. hehe

zino said...

maklang
pesta buku ari ni last day..

zino said...

Anie..
segan pulak ramai VIP hehe

zino said...

wawa
tiap2 bulan raya ya hehe

zino said...

Azwa
makan kat restoren tu best tak ? mau juga menerai hehe