Tuesday, April 13, 2010

terserempak

sesuai ke tajuk macam tu.. ?? lepas habis baca boleh jawab ya.. hehe.. malam tadi tetiba sesaorang menegur.. biasa la kerana menjaga adat sopan bila di tegur kita menyahut.. maka bermula lah satu cerita.. soalan dia bertalu talu datang.. semua nya berjaya di jawab dengan berhati hati.. maklum la tak kenal pun lagi..
tetapi perbualan seterusnya makin menerangkan segala yg tersembunyi dan kabur.. dan perbualan dari JB dan KL menjadi semakin dekat sehingga ke SEMENDA.. apa itu semenda Maksu boleh jawab, Erna pun boleh jawab.. hehe.. itu nama ringkasan sekolah kami dulu.. semakin teruja nak tau lebih lanjut siapa kah?? dan akhirnya terungkai juga .. rupanya classmate mem masa sekolah dulu.. bila minta mem mengesahkan dia pulak dah agak kekaburan.. nama nama lain yg di sebut semua nya sahabat mereka semua.. hehe maklum la dah lama kot..
so agaknya lepas ni akan berlaku reunion antara mereka.. yg ni Erna yg boleh jawab hehe.. kalau ado sok den tumpang yo lah.. hehe.. itu lah satu kelebihan Facebook.. kepada Has nah.. semuga berjumpa semula dengan semua geng masa di SEMENDA dulu.. Erna boleh atur kan tu hehe.. so ok.. boleh ke guna tajuk tu...hehe

Monday, April 12, 2010

aktiviti hujung minggu...

memang asal tak plan apa pun.. tetiba mem kata nak beli jam fizah... dulu patutnya zino yg beli jam dia belikan laptop.. tetiba jadi terbalik pulak zino belikan laptop mem nak belikan jam.. bijak bijak hehe

so kami pun ke JJ .. Fizah cari jenama yg dia pekenan dan mem bayar kan.. sementara tu zino pun cari le satu jam tu.. kalau jam jarum ni tak usah le kat rumah pun ada cuma dah lama tak pakai.. nanti pakai bukan nya nampak nak baca nak kena pakai sepek dulu.. baik tak usah.. hehe so cari le yg digital yg tulisan besar sikit.. terbekenan satu jam tu.. ada kompas digital.. macam ok je.. tapi biasa le zino memang tak nak percaya dengan harga yg di pamir.. mesti nak tawar menawar.. minah tu bawa la calculator besar gedabak.. kenkonon nak kira berapa boleh bagi diskaun..

perasan tak tuan tuan.. tektik.. peniaga ni bawa calculator gedabak besar tu..dan start picit tah apa apa no lepas tu cakap berapa boleh diskaun.. alah setakat nak bagi 10 % ke .. diskaun apa ke jadah nya calculator gedabak tu.. tapi itu saja tektik berniaga.. nampak macam dia amat teliti dan seriuos nak bagi diskaun nampak macam real la.. i don't buy that.. zino saja letak satu harga yg jauh lebih rendah dari yg di tawar.. kalau dia nak jadi kalau tak mau tak apa .. memang tak ada niat dari awal tadi hehe.. so minah tu pun pegi bincang dengan kawan dia.. tapi tak mau berganjak dengan harga dia .. so no deal.. tak apa lah nanti zino boleh compare dengan kedai lain..

lepas JJ berpindah ke SOGO.. sekali lagi Fizah nak beli baju.. adik pun merengek nak baju juga.. so mem dengan kakak di ladies dept adik dengan abah di child dept hehe.. adik senyum dapat apa yg dia nak.. acara terakhir makan makan.. malas nak keluar ke tempat lain settle di secret recipe di SOGO...




mengayakan baju baru

air tak sama tinggi adik complain hehe

lagi gaya adik dengan baju baru.. hehe

burger mini utk adik..

laksa sarawak utk abah.. firstime terai..

sedap la pulak hehe

kek utk Fizah..

ini pun..

yg ni utk mem...

Saturday, April 10, 2010

makan makan..



hari ni aktiviti hanya satu..
makan makan dengan alang di shah alam..
sekarang ni kan musim exam so alang tak balik..
maka mem pun plan nak makan dengan anak bujang dia tu..
memula cari juga kalau ada pot lain utk kami makan...
lepas ronda ronda kami buat keputusan makan di tempat biasa..
mana lagi kalau bukan di seksyen 7 sana...
siang kurang meriah sikit..
banyak gerai tutup
kalau malam
meriah..

apa aktiviti anda hari ni..?

Friday, April 9, 2010

bantuan...

terbuka kepada semua pembaca blog zino...
termasuk silent reader hehe

macam ni.. dah lama teringin nak tukar blog skin ni..
tapi masih tak jumpa yg sesuai.. utk di zerox la..
kalau ada sesiapa yg sudi membantu


sangat2 di alu alukan..

mana tau
ada hadiah menanti..
hehe

Thursday, April 8, 2010

ceroboh..

dua kali zino terlupa kunci kereta dan dua kali juga kereta di ceroboh.. kali pertama dia berjaya mencuri semua siling dan RM 1.00 inggit yg mem kumpul.. satu sen pun tak tinggal.. tapi barangan lain langsung tak di usik..

beberapa hari lalu zino sekali lagi terlupa kunci pintu dan sekali lagi kereta di ceroboh.. kali ni dia mempunyai banyak masa untuk memilih apa yg mau di curi.. rasanya di lakukan orang yg sama.. barangan lain tidak di curi..habis semua barangan di selongkar.. duit siling pun di di pilih tidak seperti kali pertama dulu habis licin.. rasanya dia cuba mencari RM 1.00 seperti dulu tapi memang tak ada..

anak siapa le yg nakal buat kerja tu.. bukan kerja pencuri professional.. tapi rasanya anak anak yg nakal.. pantang ada peluang.. kejadian bukan di malam hari ke apa ke tapi waktu tengah hari.. masa ramai yg lalu lalang kat depan tu.. perlu ke di perangkap dengan "terlupa" utk mengunci utk kali ke tiga? atau jangan sesekali lupa mengunci pintu kereta lain kali dan lupa kan apa yg telah berlaku..

Tuesday, April 6, 2010

mission ke Putrajaya






Hari ni cuti lagi.. tapi bukan EL tapi memang telah di apply awal, sebab nya nak ke Putrajaya .. biasa nya masuk Putrajaya lepas jam 8.30 jalan tu kira lapang le juga tapi pagi ni masuk jam 7.00.. terkejut den tengok sikit punya jem nak masuk Putrajaya.. patut KSU selalu tanya , awak datang tadi naik apa? dia bersungguh minta kita park kereta di park and ride dan masuk naik bas.. kalau nak org luar masuk naik bas letak park and ride tu kat pinggir Putrajaya bukan di tenagh nun hehe.. ok cukup mukadimah tu..

pendek kan cerita sampai juga jam 8.00 ke PICC , memang dah ramai orang bila kami sampai tu semua dengan tujuan yg sama menghantar anak utk sesi temuduga.. lepas mengesahkan kehadiran di luar tu Fizah terus berjumpa kawan dia dan terus masuk ke dalam dewan... zino dengan Hazwan pun beredar keluar , malas nak duduk je situ menunggu sesi temuduga selesai.. ambik kereta kat basement dan keluar di kawasan sekitar.. konon nak jalan jalan di sekitar Putrajaya.. tapi budak demam tu mana larat nak jalan jauh.. so berlegar di persekitaran je lah..

berbekalkan kamera bagai pelancong yg pertama kali masuk putrajaya, klik sana klik sini.. sesekali hazzwan jadi model.. dengan malas nya dia bergaya.. hehe bila dah penat dia duduk je kat mana sempat.. lebih kurang dua jam lepas tu Fizah call temuduga dah selesai..bermula pulak sesi cari tempat makan.. teringat nak Taman Warisan Pertanian.. pernah sampai sekali dulu.. lupa kat mana..

memula tanya dengan pak guard.. dia pun tunjuk lah jalan terus lepas tun jumpa trafik light belok kiri.. bila tanya presint berapa? dia pun tak tau.. hehe.. mana nak cari pedoman macam tu..bila tanya angah, dia pun tak tau juga kat mana , tetiba je sampai sana kata nya.. lepas tu sms Noret.. senyap je.. .. sekejap tu call, baru lah dapat pedoman di Presint 16.. sampai juga hajat nak ke sana.. adik oder satay, fizah nasi kerabu dan zino terai mee kari...

semuga ada rezeki Fizah dengan kawan kawan dia.. mudah2an... amin..


si hazwan..

yg ni sebentar tadi

yg ni semalam..
buat apa tu?

bila dia dah mula batuk batuk itu tanda tanda asthma akan menyerang ... dua malam berturut turut buat nubelizer.. bila dah di serang ubat tak bagitu mujarap lagi..kalau siang boleh ke klinik belakang rumah je.. tapi bila dah tengah malam kena lah ke hospital pusrawi..

kenapa tak ke HUKM ? kan dekat..

bukan tak pernah ke sana saya dah beberapa kali ke sana tapi cara dia handle lebih baik saya tak datang lagi ke sana... sepatut nya bila kes asthma perlu di segerakan.. bertindak segera.. tapi ada ke patut dia minta saya tunggu giliran macam pesakit luar.. ok lah itu sejarah .. saya pun serik bawa adik kesana lagi..

selalu ke dia kena?

tak juga.. biasa nya kalau ada tanda tanda dia nak batuk atau selsema, cepat cepat bagi ubat dan monitor keadaan dia.. dan batuk tu tak ada le berpindah ke asthma.. tapi ada masa nya dapat juga.. nak tegah dia jangan minum ais dan sebagai nya amat sukar, kalau tak dapat di rumah dia beli eskrim di sekolah.. apa yg perlu di lakukan sentiasa mengawal selagi boleh..perkara2 yg alah bagi dia perlu di elakkan..

boleh ke dia tidur?

bila serangan berlaku biasa nya sukar utk bernafas dan baring pun jadi tidak selesa.. maka tidur pun tak lena.. terutama waktu malam dan awal pagi.. bila dia tak tidur , abah pun sama tak boleh tidur.. minta gosok belakang la, tepuk la dan macam2 lagi..

bagaimana dia sekarang..?

inshaAllah telah beransur baik.. tapi kena terus monitor keadaan nya, perlu lagi utk buat nubelizer nanti , ubat pun ada di bekalkan.. esok masih tak benarkan dia ke sekolah.. kalau keadaan mengizinkan Rabu inshaAllah boleh kot kesekolah.. kesian juga kelas dia tingkat 3.. penat juga nak panjat tangga tu..sekarang ni dia sedang tidur.. harap lena sampai ke pagi..


Sunday, April 4, 2010

dua majlis satu OK satu lagi KO

Kami ada dua jemputan.. memula di Taman Tasik Titiwangsa..Tema di tepian pantai... memang santai.. pengantin di arah dengan kereta kuda lagi.. ramai kawan kawan lama yg hadir.. ada yg sempat di tegur ada yg kelihatan dari jauh.. sangat meriah.. sangat ceria.. so kalau ada sesiapa nak buat kenduri lepas ni apa kata cedok idea ni.. tak payah sewa dewan.. tak payah pasang kemah depan rumah.. mari pasang di taman... cukup selesa.. cukup lapang.. boleh guna idea ni kawin alang nanti hehe..


majlis yg tu OK..
lepas tu kami sepatutnya ke majlis satu lagi.. tempat tu pun famus juga tapi tak payah sebut la.. seba nya berpusing pusing kami cari tapi tak jumpa.. ulang lagi sekali tapi tetap tak jumpa juga.. dah tak ada rezeki lah nampak nya.. ikut plan macam senang je cari bila sampai tempat tu langsung tak ada pedoman.. pandu arah pun tuan rumah tak letak.. signboard apa lagi.. entah la.. nampak sangat kami ni tak pernah ke sana.. tempat yg semua org senang jumpa kami pulak yg tak jumpa..

so yg sini jadi KO.. hehe..
last terus decide balik je lah.. kalau itu satu2 majlis yg patut pergi alamat jadi lebai malang le jawab nya.. hehe..


pemandangan...






sekali lagi berlaku kebuntuan utk menulis ..
mari kita tengok beberapa pemandangan yang sempat di rakam semasa memandu....
layannnn...

Thursday, April 1, 2010

Jodoh....

suspen je tajuk tu kan hehe
ada satu hari tu dengar radio Fly.Fm semasa memandu balik ke rumah.. balik ke rumah la kan bukan ke tempat lain.. ada satu program dalam radio tu.. tak tau apa nama program tu.. radio fly.Fm ni zino dengar bila ada fizah.. dia le yg selalu tukar ke saluran tu..
ada sorang mamat tu dia minat sangat dengan sorang staff baru kat syarikat dia tapi malu nak menegur.. dengan sedikit usaha dia dapatkan no talipon pempuan tu tapi dia simpan je sebab tak berani nak talipon.. atau sms ..ada ke? hehe.. so melalui program Fly.Fm tu dia bagi tau Dj minta tolong talipon kan pempuan tu dan set kan date utk dia la..
masa DJ tu talipon, pempuan tu blurr la sape pulak yg minat kat dia dan secara bergurau dia pun cakap , kalau mamat tu nak date dengan dia make sure dia pakai kereta mewah BMW ke apa ke.. .. sebenar nya masa DJ tu call , si mamat tu masih online.. last last mamat tu terus dapat online dengan perempuan tu on air lagi.. dan akhirnya pempuan tu bersetuju utk berjumpa walaupun mamat tu kata dia hanya ada proton je hehe.. di akhir perbualan pempuan tu kata " why not give it a try.." kalau ada jodoh berkekalan la kot kalau tak itu yg pertama dan terakhir la kot..
so anda dulu bertemu pasangan macam mana ya... kisah saya dulu dah pernah cerita kat sini hehe..