Tuesday, April 6, 2010

mission ke Putrajaya






Hari ni cuti lagi.. tapi bukan EL tapi memang telah di apply awal, sebab nya nak ke Putrajaya .. biasa nya masuk Putrajaya lepas jam 8.30 jalan tu kira lapang le juga tapi pagi ni masuk jam 7.00.. terkejut den tengok sikit punya jem nak masuk Putrajaya.. patut KSU selalu tanya , awak datang tadi naik apa? dia bersungguh minta kita park kereta di park and ride dan masuk naik bas.. kalau nak org luar masuk naik bas letak park and ride tu kat pinggir Putrajaya bukan di tenagh nun hehe.. ok cukup mukadimah tu..

pendek kan cerita sampai juga jam 8.00 ke PICC , memang dah ramai orang bila kami sampai tu semua dengan tujuan yg sama menghantar anak utk sesi temuduga.. lepas mengesahkan kehadiran di luar tu Fizah terus berjumpa kawan dia dan terus masuk ke dalam dewan... zino dengan Hazwan pun beredar keluar , malas nak duduk je situ menunggu sesi temuduga selesai.. ambik kereta kat basement dan keluar di kawasan sekitar.. konon nak jalan jalan di sekitar Putrajaya.. tapi budak demam tu mana larat nak jalan jauh.. so berlegar di persekitaran je lah..

berbekalkan kamera bagai pelancong yg pertama kali masuk putrajaya, klik sana klik sini.. sesekali hazzwan jadi model.. dengan malas nya dia bergaya.. hehe bila dah penat dia duduk je kat mana sempat.. lebih kurang dua jam lepas tu Fizah call temuduga dah selesai..bermula pulak sesi cari tempat makan.. teringat nak Taman Warisan Pertanian.. pernah sampai sekali dulu.. lupa kat mana..

memula tanya dengan pak guard.. dia pun tunjuk lah jalan terus lepas tun jumpa trafik light belok kiri.. bila tanya presint berapa? dia pun tak tau.. hehe.. mana nak cari pedoman macam tu..bila tanya angah, dia pun tak tau juga kat mana , tetiba je sampai sana kata nya.. lepas tu sms Noret.. senyap je.. .. sekejap tu call, baru lah dapat pedoman di Presint 16.. sampai juga hajat nak ke sana.. adik oder satay, fizah nasi kerabu dan zino terai mee kari...

semuga ada rezeki Fizah dengan kawan kawan dia.. mudah2an... amin..


12 comments:

pB said...

gemuk nampak adik skrg

Yunus Badawi said...

semoga Fizah berjaya.

Sedapke makanan kat Taman Warisan tu? Kalau sedap lain kali saya nak cuba hehehe

aNIe said...

Semoga berjaya buat Fizah...

Kalau anie ke Putrajaya tu...suruh cari lah presint2 tu...memang sesat le gamaknya

Gambar2 adik serius je...

ikan emas said...

InSyaAllah...moga anak ayah berjaya

tunbegia said...

semoga Fizah cepat mendapat jodoh, oops gurau2 je, semoga Fizah berjaya,

salamm,

AuntieYan said...

Salam,

Temuduga apa ya kat PICC tu??

Lain kali kalau ke Putrajaya, singgah saja kat ofis Auntie ni, kat sini makanannya murah. Kat Taman Warisan tu pun ok gaklah..

Mak Su said...

good luck fizah.
sate tu kan, kuah dia sedap tak?

zino said...

pB..
dah berisi.. tak larat dukung lagi dah hehe

YB
sedap.. nak lagi sedap ajak zino sekali hehe

anie
ikut signboard je.. adik malas nak bergambar kena paksa hehe

ikan emas..
tq

tunbegia..
awal sangat lagi tu hehe

auntie yan..
kat mana tu? saya selalu ke sana.. hehe

maksu
satay hj samuri hehe

atty's said...

semoga fizah berjaya ..amin..

KAKTINY said...

semoga berjaya.. amiiinn..
(dapat mak abah dia tumpang hantar tuh nanti.. hihihi)..

Masy said...

moga berjaya la hendaknye :)

Zareda Norman said...

uiskkk ramai geng kat putrajaya tu.. azwa ada, kak yan ada... nak makan kat presint 9 pun happening