Sunday, January 31, 2010

cerita tertunggak..








pada 20.01.2010 lalu genap usia hafizah 18 tahun.. seperti biasa setiap tahun hafizah akan memulakan sambutan hari lahir dalam keluarga kami.. dan kebiasaan nya juga kami akan berkumpul anak beranak untuk membuat sambutan ringkas...

so tak payah cerita panjang la.. jom kita tengok gambar je..




macam macam cerita..

Pagi semalam kami balik kampong.. tapi tak le pagi sangat sebab nak kena hantar fizah keje dulu.. sebelum balik tu singgah isi minyak selepas tol tu..lepas tu singgah pulak kat stesyen lagi satu nak keluarkan RM sikit.. masa kat hiway tu tengok adik je sorang kat belakang.. spontan tanya adik.. mana kakak.. ? dalam kepala ingat ada je kakak duduk kat belakang tu.. mem senyum je tak jawab.. aku mengong sekejap memikir hehe.. kakak baring agaknya kat krusi belakang nun.. mem kata .. adik tengok la abah adik ni.. kakak kan pegi kerja .. ooo lupo hehe adik pun nyampuk.. abah tu dah tua.. pasal tu lupa hehe..

kebetulan hari ni sepupu jemput ke majlis hari jadi anak sedara bujang yg besar panjang tu.. hari lahir yg ke duapulohsatu.. dah layak ngundi la ya hehe.. ada ke di pacak lilin sampai 21 batang.. penuh kek tu hehe.. acara memang meriah.. gelak ketawa adik beradik dan sedara mara yg mengusik birthday boy.. kakak sepupu den ni memang pandai masak.. so memang tak payah cakap la sodap sampai menjilat jari.. tapi biaso la den ni makan ciput je.. ayahanda di jemput utk membaca doa selamat...cerita bergambar dalam blog si erna

selepas makan kami ke rumah mem di LC.. memang dah lama tak menjengok rumah ni.. rumput yg di mesin dulu dah panjang balik.. lebih panjang dari sebelum mesin dulu.. kalau zino nak buat operasi mau berbulan juga nak habis tu.. so rasanya nak di racun dulu.. bila ada kelapangan nanti nak balik meracun pulak..sebelum tu kn cari ilmu meracun dulu..sementara tu mem mengemas di atas.. menyapu habuk dan taik cicik yg berlambak di lantai.. tak sempat nak mop pun.. cuaca sungguh panas.. sekejap dah rasa penat dan kehausan..

jam 6.00 kami dah balik semula ke KL.. janji dengan alang nak jemput dia balik.. selepas fizah balik kerja kami ke shah alam pulak.. biasa nya makan di sekitar sana.. dan biasa nya kami tau satu tempat je makan.. sejak zaman angah di shsh alam dulu asyik le makan di gerai yg sama hehe.. so malam tadi minta alang cari tmpat lain.. dia cadang ke seksyen 7.. rupanya kat sana penuh dengan pelbagai restoren.. perbagai jenama, pelbagai gaya dan citarasa lah agaknya.. semua restoren di penuhi pelanggan.. saya rasa 80% di penuhi student UiTM.. malam tadi terai di ulik mayang.. ok lah kot.. lain kali boleh terai restoren yg lain pulak...





Saturday, January 30, 2010

hidup aman damai...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Program Transformasi Kerajaan (PTK) berpandukan enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang dilaksanakan secara telus, ikhlas, penuh tanggungjawab serta komitmen yang tinggi.

semuga rakyat Malaysia hidup aman damai saling bantu membantu, saling hormat menghormati antara satu sama lain tiada permusuhan , tiada politiking yg entah apa apa..tiada dendam.. ..bersusah payah PM mencari jalan bagaimana nak mengharmoni kan kehidupan rakyat Malaysia,.. hidup lebih selesa.. hidup lebih selamat.. hidup lebih tenteram..

apa yg boleh kita lakukan utk membantu merialisasikan impian ini..??

Thursday, January 28, 2010

kenapa?

nak tau kenapa zino pernah cakap tidak dapat berinternet beberapa hari sebelum ni... pertama laptop yg selalu zino guna tu di pinjam staff opis kerana ada tugasan yg perlu di selesaikan untuk tempuh seminggu.. laptop yg baru mem beli tetiba tak keluar gambar, terpaksa di bawa ke servis centre utk di periksa.. mengambil masa tiga empat hari bekerja.. baru hari ni ok.. dan boleh di gunakan semula..

tapi mulai hari ini everything back to normal.. i hope.. hehe

Wednesday, January 27, 2010

tak berapa sihat..

pagi tadi gagahkan diri untuk ke pejabat.. masa bersiap siap tu dah terasa tidak bagitu selesa, kepala rasa di awang awang je.. tidak fokus lemah lesu penat ...kalau ke pejabat harus berkurung dalam bilik..tanpa tetamu.. akhirnya selepas menghantar mem ke pejabat saya buat keputusan untuk pulang terus ke rumah.. ada dua meeting yang patut saya hadir hari ni.. tapi telah di deligate kepada staff lain..

tiba di rumah kebanyak kan masa di habiskan dengan tidur sehingga terasa amat malas nak keluar makan... tapi bila perut dah keroncong gagahkan juga untuk drive ke gerai berhampiran.. makan untuk mengisi perut yg kekosongan.. dan mengembalikan tenaga yg terasa kehilangan..

harap esok boleh ke pejabat semula.. ada banyak kerja yg menanti..

menulis untuk apa??

Apabila ada penulis blog yang di tahan gara gara hasil penulisan nya , maka zino tertanta tanya... kita menulis ni untuk apa?? kalau di zaman sebelum merdeka dulu ramai penulis muncul menghasilkan karya karya patriotik untuk menaikkan semangat rakyat malaya pada masa itu supaya bangun dan bertindak untuk berganding bahu memerdekakan negara dari belenggu penjajahan.. seruan masa itu tidak boleh di lakukan secara terangan terangan kerana di kuatiri di hidu penjajah.. maka lahir lah puisi puisi, syair syair , sajak sajak dan novel yang bertemakan patriotik cintakan tanah air sendiri..

ada juga penulisan yang di hasilkan untuk merakamkan pengalaman sesaorang di atas satu satu peristiwa atau perkara yang di lakukan dan di rasakan sesuai di jadikan dalam bentuk satu karya untuk tatapan umum, sekurang kurang nya pengalaman yg di lalui boleh di jadikan iktibar atau panduan kepada mereka yang mahu menceburi bidang tersebut di satu masa nanti..menulis sebagai satu sumber ilmu kepada orang lain .

bagitu juga ramai yang menulis kerana bakat semula jadi atau bakat yang di asah sehingga berjaya menghasilkan karya karya berbentuk novel yang boleh di komersialkan, mendatangkan hasil mendapatan yang lumayan, menjadi satu industri yang berjaya dan terus berkembang maju..sama ada novel novel kisah kisah percintaan, sejarah, dunia kanak kanak dan remaja, pengembaraan, siasah dan sebagainya.

dan ada juga yg menulis sekadar memenuhi masa lapang, mencurahkan rasa hati yg terpendam, membuat kritikan se atas satu satu peristiwa yang berlaku, memberi ulasan ilmiah dan siasah pada peristiwa yang berlaku sepanjang masa sama ada di tanah air atau di luar negara.. pendek kata sesaorang menulis atas tujuan tertentu.. malah kita bebas menulis apa saja.. tetapi ingat.. kebebasan kita utk berkarya jangan sampai menyekat atau menggangu kebebasan orang lain.. sehingga menimbulkan keresahan dan kemarahan pihak lain.. kita yg berani menulis maka kita berani lah menghadapi segala kemungkinan nya..

zino nak bertanya, anda menulis kerana apa??

Tuesday, January 26, 2010

berita bergambar

mem sepupu dan anak sedara

tertangkap...anak sedara

adik

abang

dua mempelai sama padan sama cantik..

mak mak sedara

kak long songapore , kak long sabak dan kak teh

tugas orang pempuan..

tugas orang lelaki..

interframe je.. hehe

Thursday, January 21, 2010

dah update blog ke?

ada yg bertanya zino dah update blog ke atau dah nak lupokan terus hehe.. hajat hati memang nak update.. nak cerita pasal kenduri di kampong hari tu tapi gambar dalam laptop lagi satu .. tak sempat lagi nak upload dalam laptop baru ni.. sebenar nya laptopbaru ni masih terkial kial nak belajar window 7 ni.. canggih bebona hehe nak tunggu katam dulu..

so ringkasan dulu la.. kenduri berjalan lancar.. zino balik malam kenduri tu.. petang tu tunggu along balik dari cina.. so berkumpul la kat KLIA.. lebih kurang jam 10.00 malam kot sampai kampong..mak ayah dan anak cucu sedang berbual di kemah.. zino datang terus joint je lah..esok subuh2 acara dah bermula.. apo lae gotong royong menyediakan juadah utk makan.. ada pamai yg pakar.. hal menciang daging , hal memasak dan sebagainya.. zino ni pelakon tambahan je lah.. hehe

bab memasak ni ada satu group yg memang di tempah khas utk menyediakan segala juadah.. memang pakar tak banyak bercakap masing masing tau je apa yg harus di lakukan.. dari satu kawah ke satu kawah lauk pauk di sediakan.. seronok melihat aktiviti yg mereka buat..

keluarga zino memang ramai.. pendek kata kalau kenduri kendaro ni tak payah nak jemput jauh jauh.. sanak sedaro yg dekat pun dah ramai.. mak kata ada yg mengumpat tak dapat jemputan..nak buat macam mana.. jemput macam mana ramai pun masih ada juga sedaro yg tak berjemput nanti.. terbukti bila tiba masa sedara mara sampai.. bertali arus.. sehingga segala licin piuk belanga hehe.. syukur alhamdullilah.. semuga mak dan ayah happy majlis yg di adakan berjalan lancar..

ok dah update dah.. gambar gambar akan menyusul kemudian..dalam FB dah ada sikit.. hehe

Saturday, January 16, 2010

se iya tapi tak se kata..


sebelum ke Shah Alam tadi kami sempat singgah ke JJ Hafizah kata nak beli kasut
adik pulak merengek nak makan.. sedangkan masa zino ambik dia di rumah mama tadi dia sedang makan.. sampai je JJ dah lapar balik hehe.. so sementara kakak dengan mem ke kedai kasut, zino teman adik makan.. apa lagi kalau bukan prosperity burger di McD le yg di kejar nya..

sementara adik makan tak perasan ada miss call dari kakak, bila adik selesai kami pun beredar ke kedai kasut tempat kami tinggalkan mereka berdua, ingatkan mereka kat atas rupanya dah berpindah ke kedai kasut di bahagian belakang kat sebelah bawah tu.. zino tengok muka kakak masam je.. muka mem lagi le masam hehe .. dah tau dah sure mem paksa kakak beli kasut yg dia suka tapi tak pekenan di hati kakak hehe selalu macam u selalu bertembung.. beli baju ke beli kasut ke beli apa apa ke.. memang tak boleh jadi... kalau di biarkan, kakak akan merajuk , tak jadi beli dan monyok.. mem pun moncong sebab kakak tak mau ikut kehendak dia hehe..

akhir nya abah kena slow talk dengan kakak, bila zino datang mem pegi jauh2.. tak larat dah nak layan.. kakak dah nangis pun.. susah betul dia nak memilih bila pilihan cuba di pengaruhi.. akhirnya abah beri dia kebebesan ikut apa yg dia suka, pilih apa yg dia pekenan, tapi bila dia nak pilih dua pasang zino tak setuju.. zino tau dia cuba nak ambik hati mak dia, pilih satu yg dia pekenan dan satu yg mak pekenan.. dah tau dah , kasut lagi satu tu tak kan dia pakai.. akhir nya dia pilih apa yg dia suka.. dan mem pulak nak sejukkan hati beli juga sepasang. utk diri sendiri. dan abah yg sporting kena lah bayar utk dua dua pasang tu hehe..

happy ending right hehe.. adik dah kenyang, kakak dapat apa yg dia nak, mem pun dapat menambah stok.. bila semua happy abah pun happy biarpun dompet mengempis hehe..

Monday, January 11, 2010

Jenerasi ke empat...




Pertemuan empat jenerasi...
dulu anak anak zino sempat berjumpa nenek zino
sekarang giliran ayah dan mak zino bertemu dengan cicit dia
Arifah merupakan cicit ayah yg pertama..
sekarang ayah dan ada 3 cicit..

Saturday, January 9, 2010

seminggu berlalu...

Dah seminggu buka sekolah.. dah seminggu juga adik di tahun 3.... setiap hari balik mengadu penat.. penat angkat bag kata nya.. apa tak nya jadual baru dapat.. habis buku di angkut nya.. bila kata tak perlu bawa semua .. dia kata semua tu pakai la abah.. bila dah penat cepat je dia tidur.. bila rutin tu dah biasa nanti ok la kot..

Dan pagi pagi kami dah tak perlu bekerjaran macam dulu.. sebab dah tak perlu hantar kakak ke SAB.. kalau tak tu 6.30 dah ready nak bergerak.. sekarang ni boleh le lewat sikitb .. tapi tak boleh lewat dari jam 7.00 .. nanti sangkut kat Loke Yew tu.. sempat le sarapan di Haslam dulu.. kecuali ada meeting di Putrajaya.. tak sempat sarapan dengan mem..

Kerja pun dah mula bertimbun.. sepanjang masa ada je yg datang mengadu hal, minta arahan , minta keputusan.. mana mana yg boleh zino putuskan terus bagi arahan.. mana2 yg zino rasa bos perlu di maklum dulu.. cepat cepat cari bos .. kalau perlu keputusan bos besar itu zino kena serah dengan bos yg urus hehe.. ada satu task baru yg telah di arahkan utk zino urus.. menguruskan satu seminar.. benda ni pertama kali zino handle.. harap2 semua berjalan lancar.. kalau ada sesiapa yg ada pengalaman tentang perkara ni boleh le bagi tips .. share your experience..

thanks u..

Thursday, January 7, 2010

kawan lama

semalam masa bawa besan makan satay di awan besar jumpa sorang kawan lama.. bukan sorang tapi dua orang.. dulu sorang tu majikan sorang lagi pekerja dia.. dia ni baik hati tampung pekerja dia tu (juga driver utk mem dia dan kadang kala driver dia) sambung belajar.. partime.. zino tak check pulak apa yg dia belajar.. tapi rasa nya ada kena mengena dengan business kot.. sebab kawan zino ni businessman..

sebab lama tak jumpa banyak perkara yg telah berlaku.. pekerja dia tu (juga driver) merupakan bangsa India.. seorang anak muda yg sangat baik, berbudi bahasa dan rajin.. dulu nama dia Apu.. tapi sekarang nama dia Adam.. Apu dah jadi seorang sedara baru.. cukup bangga dengan perkembangan yg berlaku.. agaknya bila majikan dia terlalu baik dengan dia sehingga sanggup menampong kos dia belajar agaknya terbuka hati nya mendekati Islam dan akhirnya mengambil keputusan memeluk islam..

bila dah lama tak jumpa , zino tersasul juga sebut nama dia Apu, dan Adam hanya tersenyum.. tapi kawan zino yg membetulkan hehe.. semuga terus berjaya sebagai seorang islam.. bagitu juga dengan kawan zino semuga terus berjaya dengan business dia.. dan sekarang hubungan mereka bukan lagi majikan pekerja, tetapi dah macam rakan kongsi.. adik beradik.. sedara dan sebagai nya... syabas zino ucapkan..

Sunday, January 3, 2010

jom ke sekolah..

Esok adik dah mula bersekolah semula.. setelah bercuti sebulan lebih... bila cuti segala peraturan di longgarkan.. adik boleh menggunakan laptop melebihi had waktu biasa.. bermain melebihi had waktu biasa .. tidur lewat melebihi had waktu biasa.. bangun lewat melewati had waktu biasa.. bila dah masuk sekolah kena ikut peraturan semua..

lepas ni no play play...apa lagi air mata pun berjujuran secara otomatik hehe

Saturday, January 2, 2010

melangkah ke tahun 2010

Rasanya baru je zino tukar tajuk blog ni melangkah ke tahun 2009... sekarang dah masuk 2010.. oleh kerana tak berapa pandai nak tukar design blog ni. zino tukar langkah tu je lah ya.. harap yg berkunjung kat sini masih tak berasa jemu melihat rumah kampong tu.. kat sana lah zino di besarkan.. dan mula merantau selepas MCE.. Namun bagitu setiap bulan zino akan balik ke rumah ini juga.. bertemu ayahbonda..

hari pertama tahun 2010, laptop buat hal.. agaknya menutup segala aktiviti tahun 2009..tapi lupa nak bangun utk tahun 2010.. zino memang tak berapa mahir utk menggodek nya.. minta bantuan alang.. tak menjadi juga akhirnya terpaksa SOS ke angah.. lega bila pakar datang ke rumah.. sementara angah buat bedah siasat.. cuba lah berjinak jinak dengan Qaisara.. jam pertama langsung tak boleh sentuh..hehe jam kedua boleh le sikit sikit.. senyum pun sikit je.. beberapa jam lepas tu berjaya dukung dia dan berjalan jalan..malam ni Qaisara tidur sini.. esok boleh pujuk dia lagi hehe..

Setelah beberapa kali cubaan akhirnya angah berjaya juga melakukan pembedahan minor pada laptop ni.. jantung nya terus berdenyut.. matanya terbuka luas.. dia dah cergas kembali.. alhamdullilah.. tak perlu masuk spital... dalam plan nak cari lagi satu.. itu pun kena tunggu angah free utk ke low yat..