Sunday, May 30, 2010

perjumpaan singkat..

pagi tadi berlaku pertemuan singkat dengan kak elle di bilik 1518, tak sangka pulak dapat berjumpa ummi sekali.. yg penting dapat jumpa dan nak ambik dalam bungkusan plastik kecik tu hehe.. terima kasih daun keladi.. lain kali boleh oder lagi hehe..

lepas dari pertemuan tu kami balik kampong, tak sempat nak lunch bersama kak elle.. dah sebulan tak balik.. setiap hujung minggu ada saja program yg tak di rancang.. dengan kesempatan yg ada tak boleh di biarkan bagitu saja.. sebelum balik dah calling2.. mak.. faham2 je lah bila dah beritau awal tu mak pun masak le serba sikit utk kami .. apa lagi tiga kali adik tambah bila makan masakan uwan dia.. hehe sedap sehingga menjilat jari hehe..

kemana anda hujung minggu??

Saturday, May 29, 2010

program tertangguh...

semua program untuk hari ni telah tertunda atau tertangguh atau terbatal.. kecuali satu.. program yg tak menjadi tu tak payah nak cerita la kan , sebab mengapa ia nya tidak menjadi pun tak payah lah di huraikan.. orang kata perkara yg dah lepas tu biar je lah lepas.. simpan je lah sebagai sempadan.... betul tak..? hehe

so zino nak cerita sedikit perkara yg menjadi hari ni.. masa keluar tu bawa dua kad jemputan.. memang set nak pergi satu je dulu dari situ nanti baru tengok ada harapan ke nak pergi yg no.2 pulak.. keluar dengan si Hazwan je.. dari rumah dah baca plan.. rasanya macam senang je nak jumpa.. di kampong Nahkhoda sana tu.. tuan rumah telah sediakan pandu arah yg cukup jelas di sepanjang jalan,.. dengan tulisan yg besar dan terang.. bertambah mudah untuk mencari rumah ..walau pun secara taj sengaja tersesat juga sebelum berjumpa tanda arah tu.. haha.. ada ke terus masuk ke stesyen komuter batu cave sana tu hehe..

bila sampai je rombongan pengantin pun baru sampai, dah siap sedia nak memulakan kompang dan berarak masuk ke rumah pengantin.. dengan pantas kami memotong rombongan tu kalau tak jadi ahli rombongan pengantin lelaki pulak nanti hehe..memang pada asal nya nak sampai se awal mungkin.. tapi tak penjadi juga rupanya.. bila kami sampai dah hampir waktu puncak.. jemputan dah ramai datang.. agaknya masing2 pun guna strategi yg sama.. datang awal hehe

lepas makan berkira kira nak ke majlis yg kedua.. tapi setelah di congak congak.. dengan jarak perjalanan yg akan di tempuh kami akan sampai sana majlis mungkin telah pun selesai.. so tak apa lah.. tak ada rezeki lah jawab nya... kalau ada rezeki esok nak jumpa sesaorang.. dan aklau ada kesempatan nak terus balik kampong ..

apa program anda hari ni?? dan esok..

Friday, May 28, 2010

apa nak cerita....??

memang betul bila ada rungutan.. Fb telah memporakperandakan segala gala nya.. apa tidak nya pengaruh Fb mempengarugi segala gala nya.. sehingga mood utk ber blog merudum ke tahap yg agak rendah.. sehingga perkara lain menjadi no 2 , 3 ,4 ... FB jadi no 1 .... sebulum k mana mana FB dulu, balik je dari mana mana FB juga.. sebelum tidur pun masih sempat jengok FB..

kepada yg belum ada FB fikir kan lah , kalau boleh bertahan tanpa Fb lebih baik anda jangan ke sana sekali dah berkecimpung anda pasti melekat.. hehe.. so bagaimana kita nak seimbangkan perkara ni?? siapa yg dah berjaya keluar dari cengkaman FB ni?? sila share kaedah yang anda gunakan.. mana tau boleh mengubat penyakit yg telah menjadi ketagih kebanyakkan orang , tua dan muda lelaki dan perempuan, orang politik dan kebanyakkan, orang kampong dan pekan.. orang di rumah banglo dan juga setinggan.. semua ada akaun FB.. semua melekat dalam FB..

ada yg berlumba lumba menebar network, punya rakan beribu2.. ada yg mencari peluang berniaga.. ada yg agaknya mencari cari aklau ada yg sesuai di jadikan teman, ada yg terhad kepada rakan taulan yg telah di kenali .. Fb berjaya mendekatkan orang yg berjauhan, merapatkan ikatan siratulrahim.. di luar tak bertegur sapa.. dalam FB rancak berbicara.. hehe lebih mudah mendapat kawan melalui dari FB.. dengan sesiapa saja kita boleh tegur dan minta di add sebagai kawan, kalau kita rasa ok lulus, kalau sebalik nya sorry.. tak ada yg kecik hati tidak ada yg akan marah..

bagi zino.. network yg di bentuk hanya kepada yg benar nak berkawan, kalau nak berniaga bukan di sini tempat nya, kalau nak berpolitik juga bukan di sini tempat nya, kalau nak buat promosi itu ini juga bukan di sini tempat nya.. kalau dia ikhlas nak berkawan akan di sambut dengan ke ikhlasan juga.. sebab tu senarai kawan tak bertambah mendadak seperti orang lain.. ada yg di luluskan ada yg di rejek dan ada juga yg di delete selepas di luluskan..

cuma masaalah nya macam mana nak mengatasi masalah ketagih dengan FB ni? hehe




Monday, May 24, 2010

anak siapa kah?

kisah berlaku masa menjemput adik tadi..
zino hanya memerhati.. sambil tertanya tanya..


anak siapa agaknya dia..
harum semerbak cantik jelita
masih muda sungguh bergaya
hendak kemana memalam buta
bukan gaya nak pergi kerja
tiada beg di bawa bbersama
bukan juga gaya nak gerai di bawah sana..
pakaian sopan tak menjolok mata
tapi regi dan up todate gaya nya

anak siapa kah agaknya..
harunan di guna menusuk deria
one drop perfume ke punya angkara
atau tertumpah tidak sengaja
sehingga bau nya di kesan beberapa meter
kalau tak pandang pasti menjeling jua
seluruh lift semerbak jadi nya..

anak siapa kah agaknya..
lebih baik bersangka baik saja padanya
agaknya ibu bapa menunggu di kereta
terlewat turun kelabkabut jadi nya
pakaian sopan petanda baik orang nya
gaya terkini pilihan orang muda..

berjalan sorang cuma itu yg tak pekenan di mata
memalam pulak lagi le timbul syak wasangka
kalau anak kita tentu tak kasi can punya
kemana pergi dalam kawalan sentiasa
bila malam kefiew le jadi nya
duduk di rumah ada lah lebih baik utk nya..

dan apa pula komen anda ? hehe

Saturday, May 22, 2010

pilih yg no 3..

bila dapat tawaran yg pertama..
dia langsung tak tunjuk reaksi..
nak buka surat pun malas..
surat tu terbiar je atas meja..

bila dapat tawaran ke dua..
ada le sikit senyum tapi masih tak kisah nak buat apa
isi borang kena paksa
buat medical check up kena paksa
photostat semua dokumen kena paksa..
buka buku akaun pun tunggu 2 nd last day..
buat bayaran pun last minit...
suruh tampal gambar sampai sekarang tak di buat2 nya..


dua hari sebelum lapur.........
dapat tawaran ke tiga..
melompat kegumbiraan.. hehe
so tak jadi lapur diri..
tak jadi masuk situ...
habis duit yg dah bayar tu boleh claim balik ke? hehe

dah dapat dah apa yg di idamkan..
dah terima dah apa yg di nantikan
dah berjaya dah dikalangan yg mengharap...

semuga berjaya..

lapuran bergambar2

semak nama ada ke?

bincang berkumpulan..

di bantu fasilatator berkelibar..

happy ending hehe

gambar kenang2an..VIP bersama pembentang kertas kerja
dan ketua kumpulan bengkel..

pesanan kepada AJK... siapkan lapuran masing masing..
THE END..

Tuesday, May 18, 2010

cerita bergambar..

sebahagian menu....

sebahagian peserta dan pembentang kertas kerja

memberi pendapat dan pertanyaan.., kenal kan?

pandangan dan pertanyaan..

lagi peserta..

amboi macam pembentang kertas kerja.. hehe

dua gadis ayu..


penuh didikasi..

sebahagian lagi petugas...

di counter pendaftaran..

bengkel belum selesai lagi.. so kita sambung esok.. tq..

Monday, May 17, 2010

semuga majlis berjalan lancar

petang tadi zino ke Seri Pasific melihat persiapan terakhir utk majlis esok dan lusa.. komitmen yg di tunjukkan semua petugas demi memastikan majlis berjalan lancar perlu di puji.. terhabis majlis kita makan besar sekali lagi ya hehe..

berdebar menanti hari esok.." Ya Allah, permudahkan lah segala urusan kami esok dan lusa, semuga majlis yang di rancang mendapat sambutan sebagaimana kami harapkan, menghasilkan banyak cadangan dan idea utk di teliti pihak pengurusan atasan.. dan akhir nya tindakan seterusnya dapat di menafaatkan orang ramai sebagai pengguna.."

rumusan apa yg berlaku dua hari ni akan zino kongsikan di sini.. inshaallah..

Saturday, May 15, 2010

shopping di Low Yat...

pagi tadi kami ke Low Yat.. tak payah tanya lah kan kalau ke low yat tu dah tak ada benda lain yg nak di cari.. jalan pulak ada yg tanya beli baju ke?? hehe kat sana mana ada benda lain selain komputer, talipn dan kamera.. ada ke? entah yg zino nampak tak ada lain selain benda yg di tulis tu..

orang kat sama semua nya ramah tamah, mesra alam senyum sokmo.. kalau tak caya cuba lah ke sana pegi lalu le kat mana mana kedai mesti ada yg akan menegur, baik melayu cina atau pun india .. macam 1malaysia je hehe.. kadang kadang terfikir juga , bagaimana persaingan perniagaan di sana ya, semua jual benda yang sama , offer benda yang sama, pamir benda yg sama.. tapi mereka masih boleh bersaing, masing boleh maju..kalau kedai melayu agaknya ada yg kena santau hehe

modal yang mungkin memisahkan mereka kemahiran berkomunikasi, pengetahuan teknikal berkaitan barang yg di jual, dan budi bahasa bila berbicara.. baik lelaki baik perempuan baik muda baik yg sudah berusia.. yang penting setiap yg lalu lalang tu ada bakal pelanggan, mereka akan berusaha memberikan layanan, memberi penjelasan teknikal yg ada masa nya zino pun tak paham hehe cuba lah singgah bertanya, mereka akan memberi tumpuan sepenuh masa utk memberi penjelasan.. silap hari bulan dari jalan jalan anda akan terpengaruh utk membeli.. yg buta IT macam zino ni tentu nganga besar hehehehe

oops cerita sebenar tak masuk lagi ni.. so tadi tu alang cari laptop , ganti yg hilang dulu, dia tak le beriya iya nak beli cepat tapi sponser yg beriya iya nak belikan cepat.. macam orang mengantuk di sorong bantal je lah alang.. sudi je.. alang bebas mencari brand yg dia nak , alang bebas pilih spesifikasi yg dia perlu tapi tidak melebihi had penajaan.. hehe bila semua nya selaras.. laptop pun bertukar tangan.. zino tak tengok sangat tadi kepala weng je.. biar dia dengan mem je.. sampai nak lunch pun tak larat, sakit sangat.. balik je tadi terus boom.. plan sebelah petang terus terbengkalai..

makan besar

malam tadi zino menerima jemputan makan malam di rumah Bos No 1, bukan le zino sorang tetapi semua pegawai kanan di jemput datang.. yang paling best semua masakan tu di masak sendiri oleh bos no.1.. bukan satu bukan dua tapi 25 jenis masakan yg di sediakan... pelbagai rasa.. pelbagai resepi.. zino makan semua ke? oh tidak.. mana larat.. zino cedok mana yg pekenan di hati.. sedap dan menyelerakan.. dah kueh mueh pulak di sediakan oleh mem bos.. kata nya juga pandai masak..

terima kasih bos.. lain kali jemput la lagi pasti kami akan sampai.. mana boleh tak datang kan nanti di kata tak ikut arahan hehe.. semuga bertambah rezeki bos dan keluarga..


Wednesday, May 12, 2010

biskut lemak..yg enak..


setiap kali balik kampong adik berselera betul makan biskot lemak kat rumah uwan dia..
biskut lemak yg kami beli di KL apek pun pun tak..
air nescafe uwan di pun sangat sedap hehe..

kenapa ya?

Monday, May 10, 2010

ronda ronda hari minggu..

satu permandangan dalam suria KLCC

KLCC dari dalam suria

ada gaya tak?

budak bijak masa depan.. inshaAllah..

santai..di sekitar suria..


selepas adik berjaya pujuk abah sarapan di Mc D gilira kakak pulak buat plan, katanya nak ke KLCC mencari buku.. dalam fikiran zino teruskan teringat kedai buku MPH di mid valley.. menonong je drive kereta ke mid valley bila dah dekat ak sampai mem tanya nak pegi mana ni? selamba je jawab kedai buku la.. tak perasan pun zino sudah jauh melencong ke distinasi yg di tuju..terpaksa cari tempat u-turn utk ke KLCC semula hehe..

Sampai ke KLCC kakak terus menuju kedai buku di tingkat atas tu.. apa tah nama kedai tu tapi memang cukup besar.. cari punya cari tanya punya tanya.. buku yg di cari belum sampai di pasaran.. entah apa buku la tu.. so what next.. level bawah kedai buku tu panggong wayang.. apa lagi plan tak di rancang seterusnya tengok wayang.. pun zino lupa apa tajuk cerita tu.. layan je kehendak mereka..

habis wayang perut pun keroncong.. apa lagi acara seterusnya makan makan.. lalu di pertosain tu.. adik pulak merengek nak masuk tengok.. lepas makan kami berdua ronda pulak dalam petrosain tu.. mem da kakak tunggu kat luar.. nak jimat kos hehe.. belum sempat ronda alang pulak call, dah sampai rumah tapi tak bawa kunci.. ohh alah..terpaksa lah di lajukan lawatan kami kat dalam tu..

sekian lapuran hujung minggu..


Saturday, May 8, 2010

sekitar hari usahawan...

karoke ada

adik cuba skill membaling.. hehe

bakal pemain golf professional..

kat sini yg paling ramai peminat..

ramai nya nak masuk rumah hantu..
rasa nya hantu pun cabut lari tu hehe

Friday, May 7, 2010

bila akan berakhir????

SUBANG JAYA 6 Mei – Gejala buang bayi kini menjadi seolah-olah tiada kesudahan. Ketika masyarakat bimbang dan simpati, satu lagi mayat bayi baru lahir ditemui hanyut di Sungai Klang berhampiran Kampung Bukit Lancung, Puchong di sini hari ini.

Penemuan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berkeadaan bogel itu menyusul selang dua hari selepas kes seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di Sepang.

sedih, sayu, geram, marah, benci...simpati, ....

bila akan berakhir ????

Wednesday, May 5, 2010

anak abah ..

penat sangat la tu.. puas nak kejut...

Monday, May 3, 2010

don't leave home without it..

setiap kali keluar rumah apakah barang yg perlu di bawa bersama ?? kalau tertinggal makna nya anda sanggup patah balik untuk mendapatkan nya.. sangat berguna utk ke mana saja..contoh macam org dalam kereta tu.. kemana pergi akan di angkut bersama hehe

bagaimana anda??

Saturday, May 1, 2010

perjumpaan ahli keluarga Hj Sail..

hazwan dengan sepupu dia, di belakang ayah dan mak zino

sebahagian dari ahli keluarga yg sedang beratur utk mengambil makanan..

sebahagian lagi..

dan di sini..

Majlis bacaan yasin turut di adakan...

Haji Sail merupakan moyang zino.. iaitu Datuk kepada Mak zino.. zino tak berkesempatan bertemu dia.. Haji Sail mempunyai 5 orang anak.. uwan zino merupakan anak yg bongsu.. dan satu2 nya pempuan.. dan uwan zino pulak ada 6 orang anak.. mak zino juga anak yg bongsu.. perjumpaan tadi adalah pertemuaan dari seluruh keluarga anak cucu dan cicit datuk datuk zino tu.. maknanya keluarga ni dah semakin besar.. cuma tadi tak di istiharkan last count berapa ramai ahli keluarga Hj Sail setakat ni.. sepatut nya itu salah satu matlamat..

zino menyokong pertemuan ini, sekurangnya dapat juga berkumpul dan beramah mesra bersama sedara mara sepupu sepapat semua.. tapi malang nya tidak jelas matlamat yg ingin di capai.. zino tidak terlibat dalam penganjuran.. ramai abang abang sepupu yg lebih senior dan berpengaruh menjadi peneraju.. kami balik sebagai peserta.. tak boleh nak komen banyak.. sungguh sayang sekali.. perjumpaan seumpama ini bukan boleh di anjur selalu.. bukan juga dapat di buat setiap tahun.. tapi kemesraan tidak banyak berubah dari awal pertemuan dengan akhir pertemuan.. itu pandangan peribadi zino..

Memang di akui.. dan perlu mengucap syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya mengumpulkan ramai sedara mara jauh dan dekat.. sejak awal tertunggu tunggu juga ada ke nanti sesi suai kenal ? sekurang kurang nya memberitau kami siapa cucu cicit Dang ulong, sape cucu cicit dang alang, dang andak ?? , siapa dari mayon, siapa dari gadong dan siapa pula dari pulau sebang?? chengkau dan sebagai nya.. berapa ramai semua nya ahli keluarga Hj Sail sehingga kini?? berapa ramai dua pupu kami..?? tiga pupu anak anak kami..?? memang ada buku disediakan masing masing ada yg menulis nama, menulis nama ahli2 keluarga.. tapi tak di tulis siapa datuk siapa moyang supaya boleh di kumpul salisah dan di bukukan..

tetiba keluar cadangan menubuhkan koperasi... agaknya ini agenda utama perjumpaan.. agaknya AJK telah berbincang pasal penubuhan koperasi ni.. pada pandangan zino bagaimana koperasi nak berjaya kalau sesama ahli masih belum mesra.. kebajikan ahli keluarga patut di beri keutamaan.. terlebih dahulu.. bantuan bila ada kenduri kawin, bantuan persekolahan anak cucu ahli yg memerlukan.. khairat kematian ahli keluarga.. dan pelbagai bentuk sumbangan dan tabung boleh di fikirkan dan di bincangkan.. tatapi untuk mencapai matlamat tersebut perlu ada kesefahaman, perlu saling kenal hati budi perlu ada ikatan yg erat.. facebook ada, blog pun ada.. atau sekurang2 nya email dan talipon ..media ini boleh diguna untuk seluruh ahli keluarga berinteraksi.. tetapi malang perkara ini tidak di sentuh.. perkara ini tidak di jadikan agenda utama.. atau perkara ini akan berlaku secara perlahan di masa masa akan datang.. mungkin juga zino silap..

perkara yg paling minima yg zino minta dengan pihak penganjur supaya berkumpul untuk mengambil gambar kenang2an tidak di layan.. memang terkilan.. gambar2 yg di ambil semua nya kandid semata.. klik sana klik sini peduli apa kan.. hehe.. marah ke?? tak lah .. sebagai ahli keluarga zino tetap sokong penganjuran ini.. ramai yg dapat hadir tapi ramai lagi yg tak hadir.. mungkin masing ada urusan urusan yg tak dapat di elakkan.. kalau di adakan lagi di masa masa akan datang kami akan tetap menyokong..

tak tau la apa pendapat sedara mara yg lain..

itu yg tertangkap??

Pesalah lalu lintas paling banyak tawar rasuah - SPRM

30/04/2010 3:16pm

PUTRAJAYA 30 April - Pesalah lalu lintas adalah paling banyak ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana memberi suapan bagi tempoh Januari sehingga hari ini.

Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata, golongan itu merekodkan 21 kes daripada 64 tangkapan yang dibuat suruhanjaya di seluruh negara bagi tempoh tersebut. Golongan kedua tertinggi ialah pendatang asing sebanyak 19 kes membabitkan permit kerja, diiikuti pihak yang cuba menutup kes jenayah yang dilakukan sebanyak tujuh kes, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata lain-lain kesalahan ialah berkaitan penyitaan kenderaan (enam kes), lesen perniagaan (tiga), dadah (tiga), pembalakan haram (dua) dan masing-masing satu kes untuk mempercepatkan urusan dan mencuri elektrik. Kesemua kes suapan itu membabitkan nilai keseluruhan RM200,000 dengan nilai tertinggi RM35,000, kata Mustafar.

Beliau berkata tujuh kes telah dibawa ke mahkamah mengikut akta suruhanjaya. - Bernama

kadang kadang tertanya2 juga bila sesaorang pesalah trafik yg di tahan lama di tepi jalan tu.. mmmm