Saturday, May 29, 2010

program tertangguh...

semua program untuk hari ni telah tertunda atau tertangguh atau terbatal.. kecuali satu.. program yg tak menjadi tu tak payah nak cerita la kan , sebab mengapa ia nya tidak menjadi pun tak payah lah di huraikan.. orang kata perkara yg dah lepas tu biar je lah lepas.. simpan je lah sebagai sempadan.... betul tak..? hehe

so zino nak cerita sedikit perkara yg menjadi hari ni.. masa keluar tu bawa dua kad jemputan.. memang set nak pergi satu je dulu dari situ nanti baru tengok ada harapan ke nak pergi yg no.2 pulak.. keluar dengan si Hazwan je.. dari rumah dah baca plan.. rasanya macam senang je nak jumpa.. di kampong Nahkhoda sana tu.. tuan rumah telah sediakan pandu arah yg cukup jelas di sepanjang jalan,.. dengan tulisan yg besar dan terang.. bertambah mudah untuk mencari rumah ..walau pun secara taj sengaja tersesat juga sebelum berjumpa tanda arah tu.. haha.. ada ke terus masuk ke stesyen komuter batu cave sana tu hehe..

bila sampai je rombongan pengantin pun baru sampai, dah siap sedia nak memulakan kompang dan berarak masuk ke rumah pengantin.. dengan pantas kami memotong rombongan tu kalau tak jadi ahli rombongan pengantin lelaki pulak nanti hehe..memang pada asal nya nak sampai se awal mungkin.. tapi tak penjadi juga rupanya.. bila kami sampai dah hampir waktu puncak.. jemputan dah ramai datang.. agaknya masing2 pun guna strategi yg sama.. datang awal hehe

lepas makan berkira kira nak ke majlis yg kedua.. tapi setelah di congak congak.. dengan jarak perjalanan yg akan di tempuh kami akan sampai sana majlis mungkin telah pun selesai.. so tak apa lah.. tak ada rezeki lah jawab nya... kalau ada rezeki esok nak jumpa sesaorang.. dan aklau ada kesempatan nak terus balik kampong ..

apa program anda hari ni?? dan esok..

5 comments:

kak Erna said...

kalau dah gak jadi..tu..yang patut cerito..yang jadi tu..cerito sikit pun o.k..yang tak jadi..cito panjang2..ha ha..

Yunus Badawi said...

dah nak cuti sekolah ni mulalah banyak jemputan org kahwin.

Saya ke majlis cucur jambul kat rumah jiran hari ni. Ada satu lagi jiran buat kenduri kahwin di Dewan Merak Kayangan tapi mungkin dia lupa nak jemput hehehe

Zareda Norman said...

zar pun hari ni pi rumah org kawin.. sedara mara sebelah aba zar yang dah berbelas tahun tak jumpa.. nanti nak buat entry jugak.. hehhe

cHeRyNa PiReS said...

sha baru perasan yang ibu sha tak gi kenduri minggu nieh. thanks uncle...kalau uncle tak ingatkan, tak ingatlah kami pada jemputan.

thanks utk posting nieh!

* pernah tak tgk org buat signboard kawen besar kat tepi highway?

DrSam said...

pengalaman berkejar-kejar untuk menghadiri kenduri dalam satu hari memang seronok juga untuk dikongsi. Sekarang musim orang kahwin pun dah mula meriah semula.