Tuesday, July 27, 2010

orang islam ambik kisah ke??

Jangan permainkan umat Islam dengan logo halal

PINDAAN Akta Perihal Dagangan 1972 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Oktober ini akan menyaksikan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pengusaha restoran dan kopitiam yang menipu penggunaan logo halal dalam menjalankan perniagaan mereka.

Denda mungkin melebihi RM250,000 berbanding hukuman sekarang iaitu RM100,000 terhadap individu dan RM250,000 terhadap syarikat serta masing-masing tiga tahun penjara dilihat agak rendah dan mampu dibayar oleh mereka yang terbabit. Langkah terbaru itu sedikit sebanyak diharapkan memberi pengajaran kepada pengusaha agar tidak menyeleweng dalam perkara yang membabitkan halal haram yang sememangnya amat sensitif kepada pengguna Islam negara ini.

Pun begitu, pengalaman-pengalaman sebelum ini membuktikan walau setinggi mana pun nilai denda yang dikenakan dalam mana-mana akta yang melibatkan isu pengguna atau keselamatan orang ramai, kes-kes berkaitannya tetap akan meningkat. Contohnya, jenayah dan kemalangan jalan raya.

Sehubungan itu, ramai berpendapat, langkah menaikkan jumlah denda bukanlah satu penyelesaian muktamad dalam menangani penipuan logo halal. Denda yang tinggi tidak memberi 'kudis' kepada pengusaha-pengusaha restoran dan kopitiam yang mempunyai banyak cawangan di seluruh negara kerana mampu membayarnya melalui keuntungan operasi mereka.

Jika yang menjadi isunya adalah pemberian sijil halal yang meragukan, mengapa tidak pengeluaran sijil itu diberikan hak eksklusif kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sahaja. Sekiranya hanya Jakim yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai pihak yang layak untuk mengeluarkan sijil halal di negara ini, maka kekeliruan yang timbul boleh diselesaikan.

Selama ini orang ramai keliru kerana pengusaha bebas memohon sijil itu daripada pihak swasta yang dikatakan boleh mengesahkan status halal dalam tempoh yang singkat. Kerajaan digesa membuat pengumuman yang jelas, pihak mana yang patut diberi kuasa mengeluarkan sijil halal. Jika kerajaan yakin Jakim boleh dipertanggungjawabkan maka serahkan terus kuasa itu kepadanya.

Pengguna Islam sudah muak dipermain-mainkan oleh penggunaan sijil halal daripada pihak yang tidak bertauliah. Mereka juga mahu Jakim meningkatkan penguatkuasaan dengan sering melakukan pemeriksaan di restoran dan kopitiam untuk membanteras penipuan sijil halal.

walau pun heboh cerita pasal isu logo HALAL ni.. cuba kita perhatikan di restoren2 , umat Islam macam tak ambik kisah.. LOGO yg di pamir tulin atau palsu ke? , restoren tu ambik berat tentang keperluan umat Islam ke? hidangan yg di saji HALAL atau tidak ke? semua di sebat nya.. asal nampak LOGO je dah kira halal.. mudah nya umat Islam di perbodohkan..

15 comments:

Acik Erna said...

jangan kata umat islam tak kisah..tu sebab kodai makan mamak pun se tak yakin..namo e mamak..tapi pekerjo e..golap2..

zino said...

erna
yg kisah tu ok lah tapi cuba lah perati kat mana mana kopitiam tu.. belambak org Islam melantak..

aNIe said...

Zino...sekarang memang kita rasa heran sgt sebab kadang kedai tu yang menjual pun cina...tapi ramai juga yang masuk...sebabynya ada tanda halal...

Jard The Great said...

ramai gak pengusaha non muslim guna nama kompeni yg kemelayuan utk menarik pelanggan

zino said...

sedikit maklumat yg zino dapat kalau bistro tu kedai mamak.. kalau kopitiam tu kedai cina.. mereka hanya rebrand nama je utk menarik pelanggan.. yg org melayu ni main redah je.. tak fikir panjang.. restoren melayu tak geti nak rebrand.. hehe

Anonymous said...

Itulah yang menghairankan. Sekarang ni di kedai makan c.. pun ramai orang kita yang tak segan-segan minum atau makan. Hairan betul. Tidakkah mereka rasa was-was atau sekurang-kurangnya 'geli'

Logo halal ni, kekadang buat Tie rasa curiga. Nak beli asyik belek 2-3 kali.. Tapi bila ada tulisan C tu.. memang tak jadi beli laa.. Dah terbayang-bayang tempat kotor dan anjing berkeliaran...

AuntieYan said...

Salam En. Zino,

Entahlah...orang kita ni, kenkadang rasa bangga dengan kopitiam tu..kelas le konon!...Auntie ni sungguh kolot, nak habaq mai, sekali pun tak pernah masuk kopitiam lagi.
Tapi, kat Bangi ada kopitiam kepunyaan orang kita...katanya tokey dia bekas pemain gitar kumpulan Search...itu pun Auntie belum jejak kaki lagi :-)

MOKCIK AZWA said...

Nak kena ada ramai lagi orang2 macam yg menyaman tesco kerana jual ayam tak halal...tugas dorang utk pastikan ayam yg dijual betul2 halal..

sebab tu agaknya banyak sangat masalah sosial sekarang ni melibatkan orang Islam...didikan dah diberi tapi mudah sangat tergelincir. Agaknya berpunca daripada makanan yang dimakan.

Mak Su said...

sebolehnya ese tak masuk kodai cina, india - kopitiam... huhuhu,

abg zino kena tag, http://ceritakosong.blogspot.com/2010/07/tag-dan-award-bestest-blog.html

Zareda Norman said...

zino

memang makanan halal haram ni macam isu remeh aje sekarang. Macam story bread tu, mana ada logo halal tapi bersepah jugak org kit beli dan makan..

en_me said...

bengang kanns..

zino said...

kaytee
dia org hanya nak ambil kesempatan..

auntie yan
perniagaan kopitiam ni dah jadi business francise.. kawan zino partner kumpulan tu buka satu di melawati..

azwa
betul tu.. kawan zino dapat buat rumah besar sebab menang kes dia saman tesco tu hehe

mak su..
alamak elegik la tag ni hehe

zar..
itu yg mengherankan.. kalau marah pun sekejap je..

en.me
sangat..

Ada Dalina said...

huhu....
betulll...
semuanya was2 kan...

zino said...

ada..
betul tu..

KAMATO said...

tu la .... kadang2 macam tak selamat makan di negara sendiri