Tuesday, July 6, 2010

saat mencemaskan sang suami...

satu entri yg panjang....

Bila sampai ke pejabat si suami dapat satu nota di atas meja, perlu hadir ke satu seminar di sebuah Hotel di Ibukota, kehadiran tidak boleh di tukar ganti.. apa makna nya? wajib hadir.. waktu dah menunjuk jam 8.50.. maka bergegas dia ke hotel yang tak perapa jauh dari pejabat.. bila sampai majlis hampir bermula.. peserta telah memenuhi setiap ruang dalam dewan, agak sukar mencari tempat kosong bila keadaan macam tu.. ada le terselit kerusi kosong di celah2 sana dan sini.. tahniah kepada penganjur... kehadiran sangat menggalakkan..

bila hampir jam 12.45 si suami menerima panggilan .. cemas je bunyi suara yg bercakap di sebelah sana..

seminar bila habis?
petang jam 6.00 , kenapa?
sakit dada dan sukar nafas...
pegi hospital la kalau macam tu..
tak apa lah petang nanti la...
mana boleh tunggu petang.. sakit macam mana?
tak apa lah...

si suami mula tertanya tanya, sakit teruk ke sakit macam mana tu.. dia sudah tidak selesa berada di dewan yang padat dengan peserta.. apa yang di bincangkan pun dia dah tak ambil kisah...apa sebenar sakit isteri dia tu.. kenapa nak tunggu sampai ke petang.. dalam pada dia memikir tu , talipon yg di letak mood silence bergegar lagi..

abang boleh keluar ke?
tak pa lah abang datang sekarang..

dia lantas menalipon driver utk segera datang menjemput dia di hotel, walau pun semasa menghantar pagi tadi dah pesan datang petang.. jalan pulak jem.. maklum la waktu makan tengah hari.. warga KL ni mana ada masa sunyi, sentiasa sibuk.. sentiasa ada urusan ke sana ke sini... alahai kenapa lambat sangat .. sesekejap dia call driver bertanya dah keluar ke belum, dah sampai kemana, sesekejap dia terima call dari isteri bertanya bila nak sampai, cepat la sikit.. dia mula memikir yg bukan bukan.. dia call opis bertanya hal GL.. minta tolong opis uruskan kalau dia memerlukan nanti.. dia call ke sana dia call ke sini.. driver masih tak sampai2.. dia terasa macam waktu terhenti .. tidak ada apa yg bergerak... cepat la .. suara itu masih kedengaran.. tapi apa daya utk dia sampai segera.. kalau ada kepak memang dia dah terbang ...

Sebaik driver sampai baru dia beritau dia nak ke pejabat isteri, dan nak ke hospital swasta berhampiran.. baru le driver perasan boss dia dalam kecemasan.. memang dia sengaja tak beritau awal takut driver pulak yg kelamkabut.. sebaik sampai isteri telah menunggu di tangga dengan keadaan menahan sakit.. terus bergegas ke hospital Pusrawi, lupakan dulu GL , lupakan dulu segala peraturan yg penting perlu sampai segera ke hospital..

Di Hospital, terus ke bahagian kecemasan, Doktor yg merawat tenang dan relak.. bertanya beberapa soalan, membuat pemeriksaan, dan akhirnya nya mencadangkan di buat x ray dan pemeriksaan darah.. waktu sampai tu belum jam 2.00 jabatan x-ray belum di buka.. isteri di nasihatkan doktor berbaring di katil bahagian kecemasan.. kalau tak silap ada 6 atau 8 katil di wad tersebut.. kat sebelah ada orang kat hujung sana pun ada orang.. sementara menunggu doktor telah memberi injek agaknya utk meredakan rasa sakit.. bila keadaan agak tenang.. si suami memaklum isteri utk ke kantin membeli sedikit makanan, sebab baru terasa amat lapar.. tapi yg ada cuma roti dan air.. cukup la utk mengalas perut.. dia juga sempat menghantar mesej kepada dua anak dia yg dah bekerja, yg sedang belajar tak perlu lah di ganggu.. kemudian dia ke surau berhampiran utk solat...

tetiba perasaan sedih dan sayu menghantui perasaan suami.. air mata tak boleh di tahan tahan.. dia terasa amat sebak dan sayu.. air mata mengalir sehingga dia habis solat dan berdoa.. ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujian mu ini, jauhkan isteri aku dari segala penyakiit berbahaya, engkau lah yang maha pengasih dan maha penyayang......sebelum keluar dari surau dia cuba mententeramkan hati.. memujuk diri sendiri supaya jangan menzahirkan kerisauan di depan isteri dan anak anak.. di talipon ada beberapa miss call, kedua 2 anak dia yg call, agaknya nak bertanya keadaan mak mereka.. talipon bergegar lagi,

abah, mak kat hospital mana?
jalan tun Razak tu..
oo, nanti angah datang...nak tunggu kak ngah sekejap..

dia terlupa nak call balik sorang lagi anak dia yg telah miss call.. dia kembali ke katil tempat isteri dia baring.. sementara menunggu dia minum air milo dan roti yg di beli.. jam dah menunjuk 2.30 jabatan x ray tak kan tak buka lagi, lantas dia bangun dan bertanya kepada petugas.. kemudian peraturan di buat utk ke bilik x-ray yg juga tidak berapa jauh dari bilik kecemasan..nurse tanya nak guna kerusi roda ke? isteri dia menolak dia kata boleh jalan ke sana.. agak nya setelah menerima satu injeksion keadaan agak selesa..

tak berapa lama lepas tu angah dan kakngah sampai.. keadaan agak ceria.. sempat bergurau senda dengan mak supaya mak tenang dan sabar, terima kasih angah dan kakngah kerana mengorban kan waktu kerja datang memberi sokonga kepada mak dan abah.. Doktor datang mencadangkan ujian darah juga perlu di buat utk mengenal pasti punca penyakit.. tapi ada satu ujian tu memakan masa agak lama utk mendapat keputusan nya.. si suami terus bersetuju utk menjalankan ujian tersebut.. sementara menunggu si suami perlu ke pejabat utk mengambil kereta dan melihat apa apa surat yg perlu di urus..

result ujian darah dan x ray di terima hampir jam 6.00 petang.. dengan senyum doktor memberi penjelasan.. kami dah kenal doktor tu .. dia selalu merawat hazwan setiap kali kami ke sana.. Doktor mengesahkan tiada yg perlu di kuatirkan ujian darah tidak menunjuk tand tanda penyakit berbahaya.. bagitu juga x ray.. Alhamdullilah.. syukur.. si isteri terus bertanya doktor , boleh balik ke?? dia tak mau di tahan di wad hehe dengan senyum doktor kata boleh, tapi sebelum tu dia bekalkan beberapa jenis ubat, terutama vitamin, bila di beritau isteri dia ni selalu skip makan tengahhari, tak berselera nak makan.. dll.. sementara menunggu ubat anak dia yg sorang lagi tadi call, dan bertanya keadaan mak, dan janji malam nanti datang rumah..

hari ni si suami mengambil keputusan bercuti menemani isteri yg dapat MC sehari.. bersarapan bersama di kampong baru dan lunch pulak di seremban.. macam org mengidam nak amkan masak lomak di restoren nelayan..

dia sentiasa berdoa semuga isteri dia terus sembuh dan terhindar dari segala bahaya... sekian...terima kasih kepada yg sudi membaca sehingga habis.. hehe




17 comments:

Pak Ngah: said...

:: keluarga mithali ni..

:: begitulah kita.. apabila usia semakin meningkat.. semoga cepat sembuh..

zino said...

pakngah..
terima kasih...

anymz said...

agaknya mcm tu lah mr hubby anim comeh maso anim sakit hari tu kan..bilo Dr kato kono buek MRI sekali lagi sbb di khuatiri kono radang otak,anim tgk mato dio dah merah...hehe..kelakar pulak bilo mr macho man menangis..

cikMilah said...

hendaknya KakAisyah kembali pulih dgn vits. dan rehat. Lepas ni Zino kenala pujuk mem jgn skip lunch lagi ya!!

attyfir said...

besar perngorbanan si suami ..semoga si isteri pulih dari penyakit.

Dee said...

moga boss bertambah sihatlah skrg ni..jgn skip2 makan..dh berumur ni kenalah jaga kesihatan..tahniah uncle..sbb dh jlnkan tanggungjawab dgn baik sekali..moga uncle tabah selalu ye..

Unknown said...

Alhamdulillah..takde apa2 sangat. moga Abah Zino dan keluarga sihat selalu.

Saya turut sebak baca part tulisan yg warna hijau...takut jer ada apa2.

Acik Erna said...

alhamdulillah..risau betul..tak bolih nak buek apo2..dah baco ni..hati dah sonang...

zino said...

anymz
dio sayang bona la tu hehe

cikmilah
nampak gaya kena lah zino ke tempat dia selalu hehe

atty's
thanks u..

dee
thanks u..

yus
semuaga dia selamat..

erna..
alhamdullilah dia ok.. tak perlu risau lagi..

MOKCIK AZWA said...

Syukur alhamdulillah...mem stress risaukan macam2 hal tu, tambah pulak perut kosong...

Tahniah kerana pada isteri yang dpat suami yang prihatin hehehe

pB said...

Mem sakit rindu pada Faezah tuuuuu

en_me said...

muger mem cepat semboh tewww.. uhuhu

zino said...

azwa..
agaknya la tu hehe

Pb
mungkin juga

en.me
tq..

Zareda Norman said...

begitulah seharusnya.. kalau suami sakit isteri mendoakan kalau isteri sakit suami pula tak lupa menadah tangan memeohon kesejahteraan daripada Allah SWT.. mudah mudahan kak aisya cepat sembuh.. kena gastrik agaknya...

~ez~ said...

Salam..uncle
Moga mem cepat sembuh..jaga diri baik2..huhu..
alhamdulillah..tumpang seronok tgk keluarga uncle yg bahagia..

Mak Su said...

oohh.... ese doakan akak baik2 sajo yo... harp bersabar banyak2 dan tawakal.

noorlara said...

Kata orang kita hanya sedar betapa perlunya seseorang itu dalam hidup kita bila dia dah takde atau dia dalam keadaan kecemasan atau bahaya. Justeru selagi mereka yg kita sayangi terutamanya ada di sekeliling kita maka cubalah memenuhi harapan atau permintaan mereka walaupun pada mende-mende yg remeh, agar kita tidak merasa terkilan dan kesal andai terjadi sesuatu yg di luar jangkaan.

JKetika itu kita akan berkata" sekiranya bisa ku ulang kembali detik itu" sedangkan masa yg berlalu kian jauh meninggalkan kita.