Thursday, August 25, 2011

jom balik kampong...

Satu lagi acara yg mesti di lakukan menjelang musim perayaan ialah balik kampong.... tak kisah la sama ada kampong tu jauh atau pun dekat acara balik kampong merupakan perkara yg mesti kepada yg berasal dari kampong... ada yg balik ke selatan ada yg ke utara.. dan ramai juga yg bakal balik ke pantai timur... sama ada balik menggunakan pengangkutan awam, atau balik dengan kenderaan sendiri... kereta zino dah ready kat atas tu hehe..

teringat kisah zaman masa belajar dan mula mula kerja di KL ni dulu... bila nak balik kampong pudu raya tu ada lah pot paling meriah sekali... zaman tu tak banyak bas express ni kalau ada pun mungkin utk distinasi jauh je.. yg dekat tu naik la bas berhenti henti tu... kat puduraya ni macam perkara berlaku.... nak naik bas berebut sape cepat dia dapat siapa kuat dia melompat..ada yg ikut tingkap.. ada yg buka pintu kecemasan... beg naik dulu tuan dia terkial2 berebut2.. tolak sana tolak sini... ada yg hilang dompet, ada yg hilang beg.. ada yg hilang anak... macam macam.....

selain bas keretapi juga jadi pilihan.. masa tu memang ramai yg naik keretapi.. walaupun perjalanan tak berapa jauh.. itu le pilihan yg ada.... dan yg murah.. masa tu ok lagi mudah nak dapat bas dari stesyen keretapi ke kampong... dua kali bertukar bas utk sampai ke kampong... tapi sekarang ni bas yg masuk kampong tu dah tak ujud .. dah lama tak ujud.. mati dengan sendirinya bila kekurangan penumpang.. masing masing dah mampu beli kenderaan sendiri, sama ada motor atau pun kereta, kenderaan awam tidak ada permintaan..

so bagaimana anda?? apa pengalaman paling manis bila balik kampong?? dengan kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan selamat balik kampong... berhati2 di jalan raya dan semuga selamat sepanjang masa.....amin...

Monday, August 22, 2011

Duit raya...

satu acara mesti kepada kanak2 bila raya nanti ialah utk mendapat duit raya dari ahli keluarga kakak ke abang ke makcik ke pakcik ke datuk ke nenek ke... pendek kata tak sah kalau bertandang ke mana mana rumah tak dapat duit raya... biasa nya duit tu akan di letak dalam sampul yg beranika warna dan bentuk.. bila salam nak balik tu.. mesti nak tunggu tuan rumah hulur sampul raya..... masa kecik2 dulu Hazwan siap tanya... "duit raya tak ada ke?" hehe

zino dah ready dengan duit raya.....rasanya cukup utk beberapa gerombolan kalau nak datang pun hehe.. anda dah ready?? hehe

Friday, August 19, 2011

ada otak ke tak ni..???


kalau di ikut kan hati la.. agak2 apa yg patut kita buat dengan kereta ni... parking di tempat laluan pejalan kaki... kalau setakat nak saman memang tak ada guna nya sebab driver jenis ni memang tak makan saman.. kalau dia takut kena saman tentu dia tak letak situ.. orang yg berjalan kaki kena turun ke jalan raya dan berhujan di sebabkan terhalang oleh kereta yg di letak tanpa memperdulikan kesusahan orang lain....

elok nya kereta tu di angkut ke tempat jual besi buruk tu penyek2kan sampai bosa tin biskut letak balik kat tempat tu biar tuan dia terkejut berok tengok kereta tu nanti.... rasanya tu je cara nak mengajar orang yg macam ni........ setuju tak? hehe

ada idea lain tak? hehe

Wednesday, August 17, 2011

sopping raya....

bejembik dengan manusia..

sanggup ke berada dalam lautan manusia tu..

kata orang kalau tak pakai baju baru masa raya kira bukan raya la.... baik yg kecik mau pun yg besar baju baru di hari raya tu kira dah jadi wajib... satu kemestian... orang kaya ke orag kurang kaya ke... orang berada ke kurang berada ke.. semua ada hak utk memakai baju baru di hari raya... kemeriahan satu syawal akan terserlah bila berdondon berjalan beramai ramai ke rumah sanak sedara utk beraya....

maka sopping raya juga sudah jadi satu kewajipan .. ada yg awal2 lagi dah ready , kata nya tak mau bersesak dengan orang ramai kalau sopping last minit... tapi pada setengah orang kemeriahan sopping juga sudah menjadi satu pesta yang harus di lalui hehe... pergi la kemana saja shopping compleks , gedung besar ke gedung kecik ke.. bazaar ke .. semua nya di penuhi dengan pelanggan yg ingin mencari baju idaman masing masing... yg lelaki mencari baju melayu yg perempuan mencari baju kurung... dan yg remaja dengan fesyen idaman mereka... anak anak kecil biasa nya terima je apa yg mak ayah beli... kalau boria pun tak kisah hehe..

teringat masa kami kecik2 dulu... beberapa bulan sebelum raya ayah dah bawa kami ke pekan utk tempah baju raya... kami yg lelaki ni 4 beradik akan menempah baju melayu yg sama kaler, tempah seluar dan baju kemeja sekali.... mudah nya tempah ni ayah boleh bayar sikit2... tak perlu bayar sekali gus... ada duit ayah bayar sikit... kehidupan masa tu tak ada le semewah yg di lalui anak anak zaman sekarang.. yg penting seminggu sebelum raya sekali lagi kami ke pekan utk mengambil baju tempahan tu.. sebelum bawa balik kena test dulu kat kedai tu ok ke tak.. hehe

kalau nak tau kami adik beradik dulu pernah tempah kasut raya... !!! sape yg ada pengalaman ni? hehe masa tu ayah di Port Dickson... bertugas di kem Sunggala... kami adik beradik tempah kasut di tukang kasut yg buat boot askar hehe.. bayangkan la kasut apa yg kami dapat hehe sure kasut boot askhar hehe.. tiga kali raya zino tak perlu tukar kasut hehe.. zino ingat lagi apek tu minta zino berdiri tanpa kasut di atas sekeping kertas putih.. lepas tu dia lukis ikut kaki zino dengan pensel... tu je... bila datang balik kedai tu kasut boot dah ready hehe...

kad raya


satu lagi tradisi yg mula di lupakan ada lah menghantar kad raya... kalau dulu POS malaysia terpaksa employ ramai staff tambahan sementara semata mata utk menyisih kad raya yg beribu ribu di hantar oleh warga Malaysia ke seluruh pelusok negara... kad ni pun ada pelbagai bentuk dan saiz... sehingga ada satu masa dulu POS terpaksa membuat kenyataan saiz saiz kad yg boleh di guna utkmengrim kad raya kepada sesaorang menggunakan perkhidmatan POS...

Tapi sekarang mengirim kad raya bukan lagi satu trend.. mereka lebih gemar menghantar kad melalui SMS, MMS atau email sahaja... lepas ni FB , twitter , blog dan sebagai nya akan menjadi medium pepular utk mengirim ucapan... sehari dua nak raya nanti berderet2 sms raya yg bakal di terima dengan ayat2 ucapan yg di susun cantik, ada yg berpantun dan sebagainya... yg lebih kreatif akan mengirim MMS yg siap dengan lagu dan gambar...

kaedah mana yg anda mau kad raya di kirim? .... kalau sesiapa nak zino hantar kad raya sila inbox kan alamat dalam FB zino.. insyaallah akan menerima kad nanti.. kalau lambat lepas raya baru sampai nya.. hehe

Monday, August 15, 2011

dam dam dum bunyi mercun...


mercun papan

sekarang ni kata nya tak boleh main mercun... mercun telah di haramkan.... kalau main tu kira satu kesalahan... boleh kena tangkap tidu dalam lokap... kata nya la.. tapi belum start puasa lagi mercun dah berdendam dentum... malah setiap malam riuh sana sini budak2 main mercun.. betul ke budak? yang main... yg geram tu masa sembahyang tarawih pun meletup sana meletup sini dengan bunyi yg sesekali mengejutkan.. bukan main kuat ...

sebelum di haramkan dulu hampir setiap hari ada cerita cedera kerana mercun.. putus jari la, cedera sana cedera sini... akibat mercun buatan sendiri.. orang tuo kato, pandai tak bertompek.. dan menyusahkan mak bapa... asalnya mercun tu tak bahaya tapi bila dah pandai sangat mercun dah jadi bom... tapi sejak di haram kan ni kurang la cerita sedih tu di paparkan di dada akhbar2..

teringat zaman kanak kanak dulu main mercun sudah satu kemestian.. .. biasa nya ayah akan beli satu carton mercun papan yg macam dalam gambar tu.. tapi saiz yg kecik sikit la.. dan di bahagi2kan sesama adik beradik... sorang 10 papan kot... dah habis minta lagi hehe.. untuk lebih meriah kami buat pistol guna batang paip, atau kaki kerusi besi tu ke atau batang payung yg dah tak guna tu... tapi batang payung ni tak berapa kuat kena ikat dengan tali atau getah kuat2.. dua mercun akan di masukkan secara bersilang kedalam lubang pistul tu.. kira2 peluru la tu.. satu sumbu keluar dan satu lagi ke dalam... bila di bakar mercun pertama akan meletup di muncung pistol dan satu lagi meletup 10 -20 kaki di hadapan... apa lagi kami pun main la perang perang hehe... tapi tak ada siapa yg cedera pun.. hanya terkejut je bila kena tembak oleh kawan2.. hehe...

anda ada pengalaman main mercun?? cerita la...

Sunday, August 14, 2011

PARAM.....di mana mana....

setiap kali masuk bulan ramadhan, maka bazaar ramadhan akan tumbuh di merata tempat.. business di bazaar ramadhan merupakan satu sumber pendapatan tambahan kepada peniaga atau kepada sesiapa saja yg berhajat nak mencari pendapat tambahan..

pada kebiasaan nya pihak berkuasa tempatan akan mengatur mengawal dan menyediakan tempat tempat bazaar ramadhan di tempat tempat tertentu dengan mengambil kira lokasi yg stretegik, keluasan tapak, kesesakan lalulintas dan sebagainya...

dari tahun ke tahun bilangan bazaar ramadhan akan bertambah , ada juga yg berpindah ke lokasi baru apabila keujudkan bazaar ramadhan menumbulkan keresahan dan kesulitan kepada pihak lain... di situ perlu ada kompromi di mana tempat tempat yg sesuai dan selesa utk orang ramai berurusan..

salah satu tapak bazaar ramadhan yg di kenali ramai adalah di Taman tasik Permaisuri... Bandar Tun Razak.. katanya bazaar ini di kunjungi oleh pelanggan di kawasan sekitar dan di luar dari kawasan tersebut.. setiap petang keadaan perniagaan amat meriah dan di penuhi orang ramai.. peniaga pendapat untung dan pembeli mendapat apa yg di cari utk di jadikan juadah berbuka... kedudukan bazaar juga strategik dan berhampiran tempat letak kereta stadium bola sepak...

cuma malang nya tiada siapa yg mengatur di mana patut di letak kereta dan sebagainya dan pada kebiasaan juga orag ramai paling suka meletak kereta berhampiran dengan bazaar tempat mereka berurusan... maka akan terjadi lah seperti mana gambar gambar yg anda lihat.. jalan yg ada tiga lorong telah menjadi satu lorong kerana sikap tidak bertimbang rasa setengah dari pelanggan sendiri..

sebenar nya zino tak perlu lalu jalan ni utk pulang setelah ke bazaar ramadhan tetapi sengaja ajak alang ikut jalan ni utk merakam keadaan sebenar dan boleh di kongsi di sini... rasanya keadaan serupa berlaku di mana mana bazaar ramadhan.. keselesaan setengah pihak menjadi kesulitan kepada pihak yg lain... kadang kala kita lupa dan hanya mementingkan diri sendiri dan suka mengambil sikap tidak apa dan tidak kisah.. kalau orang lain boleh letak kenapa saya tak boleh??

fenomina ini berlaku setiap tahun, akan banyak la aduan dan rungutan yg bakal di terima di analisa dan di rumuskan setiap kali selesai bulan puasa... penambah baikkan pastinya akan di lakukan utk tahun tahun berikutnya tetapi keadaan ada kala nya sukar di kawal dan di bendung... budaya rakyat malaysia sudah bagitu dan amat sukar utk di trafomasi kan kecuali dengan paksaan.. maka kita kena terima hakikat nya bagitu..

ini belum lagi kita selami keadaan perniagaan itu sendiri..... walauapapun terpulang lah kepada kita sendiri sama ada utk menyokong atau berkecuali dalam isu bazaar ramadhan ini... selagi ada perasaan bertolak ansur toleransi dan bersabar segalanya akan berjalan lancar walaupun pergerakkan kereta tidak bagitu lancar......


renung2kan dan selamat beramal. hehe

Friday, August 12, 2011

jalan jalan cari pasal...















tak payah cerita la tengok gambar gambar tu dah boleh agak kat mana kan.. hehe kalau ada pertanyaan sila usulkan nanti zino jawab hehe.. terima kasih atas kerjasama anda...

rezeki dia yang menentukan....

walau apapun yg kita harapkan.. bagaimana pun usaha yg kita lakukan... akhirnya Dia yg akan menentukan nya .. adakah kita berhak memiliki nya atau sebaliknya.. apa saja yg telah berlaku itu merupakan satu takdir yang telah di tentukan Nya.. semua ketentuan Nya adalah baik dan ada hikmah di sebalikNya... dan apabila ia nya berlaku ke atas diri kita , kita perlu terima dan redha dengan ketentuan nya... kalau kita merasa kesal dengan apa yg berlaku.. bermakna kita menyesali takdir Nya..

Syukur alhamdulilah dengan rezeki yang di berikan nya.. semuga segala usaha yg kita lakukan mendapat berkat... harta yg kita miliki ada bahagian utk orang lain... tambahan lagi di bulan yg mulia ini... harta yg banyak kalau di gunakan dengan jalan yg salah amat tidak bermakna... harta yg sedikit tatapi memberi manafaat kepada yg ramai itu ada lah yg terbaik...

renung2kan dan selamat beramal....

Monday, August 8, 2011

8.8.1981 - 8.8.2011


kira kira 30 tahun yg lalu berlaku satu peristiwa yang menjadi berita hangat di seluruh dunia... seluruh dunia tertumpu dan terpaku di kaca TV utk mengikuti majlis gilang gemilang yang di adakan... kata mereka wedding of the year.. majlis persandinga dua sejoli yang telah menjadi bual bicara di seluruh perosok dunia... royal wedding la kata kan.... perkembangan perjalanan kehidupan mereka juga menjadi berita hangat di muka muka akhbar dan media elektronik di seluruh dunia.....malang nya jodoh perkahwinan mereka tidak bertahan lama ......


di masa itu juga berlangsung satu majlis persandingan yg sama tetapi langsung tidak mendapat perhatian dari mana mana media cetak atau elektronik... hehe cuma beberapa lensa kamera sempat merakam peristiwa tersebut.. walaupun majlis berlangsung dengan cara yg cukup sederhana.. tetapi tetap meriah dengan kehadiran sanak sedara rakan dan taulan jauh dan dekat... seperti juga persandingan di raja ke dua mempelai di julang bak raja bertahta.. dari jalan besar sehingga ke perkarangan rumah... secara bergilir oleh sedara lelaki yg gagah perkasa...

walaupun setelah 30 tahun berlalu kenangan manis masih lagi segar dalam ingatan... zino mungkin antara pasangan bertuah yg ter akhir di julang semasa majlis perkahwinan.. arwah nenek sangat menjaga adat istiadat diraja yg telah di amalkan keluarga kami sejak sekian lama.. sebelum tu masa persandingan kakak di lengkapi dengan majlis bergolek selama tiga hari tiga malam.. penuh istiadat lengkap dengan hulubalang , beserta dengan majlis bersiram... namun sekarang segala nya tersimpan kemas dalam lipatan sejarah keluarga..

Pasangan ini masih kekal... alhamdulilah.. walaupun telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan.. semuanya dapat di atasi atas rasa sifat toleransi dan saling memaafkan.. bertimbang rasa dan dengan ikatan kuat bersama anak anak... di kurniakan dengan empat putera dan seorang puteri keluarga ini terus bahagia sehingga ke saat ini.... semuga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat kami.. inshaallah...

happy anivesari sayang...

Sunday, August 7, 2011

berbuka di kampong.....


ini lah rumah mak zino... sama dengan gambar kat atas tu tapi zino ambik dari sudut yg berbeza... rasa nya nak tukar gambar ni nanti mengganti tema kat atas tu... di laman ni lah kami bermain masa kecik dulu... masa tu ada pokok manggis besar dua batang, ada pokok kelapa beberapa batang... tapi semua tu telah di tebang bila ketinggian nya boleh membahayakan rumah pusaka tu..


sebenar nya ini lah saat kemeriahan yg di nanti nanti kan bila dapat berkumpul bersama ayah bonda di kampong... along pun joint bersama dua cicit mak dan ayah.. Arifah tu merupakan cicit sulong mak dan ayah...masing masing dah mengadap juadah utk berbuka.. cuma menunggu azan di masjid berhampiran..


tapi Arifah buat selamba je.. masa orang lain makan dia buat don no je sikit pun tak minat nak makan sama... penat la onyang pujuk suruh dia makan .. dia buat tak tau je.. susah betul cucu atok sorang ni.. hehe


ini lah feberet lauk yg di idam2kan... ayam masak lomak cili api... tapi bila cucu cicit ada bersama tak ada lah mak masak pedas.. ala kadar je tapi memang sangat sedap.. zino peratikan semua orang pun bertambah nasi hehe.. kebetulan adik zino yg duduk somban tu pun balik sama dengan keluarga utk menambah kemeriahan.. dan piring lauk tu berlegar dari sorang ke sorang.. hehe



dan ini juga feberet zino... sejak zino kecik sampai ke besar ni..sampai ke tua... mak tak lupa buat kelepong kegemaran zino... sampai adik sebut ni abah punya kegemaran abah makan la....memang abah yg makan banyak pun... hehe..

sebelum balik mak tanya kak long... bila lagi nak balik berbuka kat kampong....

Thursday, August 4, 2011

CUEPACS terus minta kerajaan timbang bonus

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu. Beliau berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dua bulan lepas dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Bernama


ada can tak agaknya ni? hehe

Wednesday, August 3, 2011

pelita buloh...


kat atas ni bukan le pelita buloh tetapi pelita tin yg boleh di beli di kedai... tidak seperti zaman zino kanak2 dulu pelita kena buat sendiri... sama ada pelita buloh atau pelita tin susu.. cuba juga cari gambar pelita buloh dalam google.. tapi kebanyakan nya no right klik.. makana nya tuan dia tak kasi copy hehe.. barang antik la kot hehe.. apa cerita pelita buloh ni?? sebenarnya tadi melihat anak anak berebut2 masa morey di surau tadi ... terus terimbau kisah zino masa kecik2 di kampong.. di bulan ramadhan..


teringat kisah zino membuat pelita utk menerangai kegelapan malam... kat kampong mana ada street lighting macam kat bandar ni.. elektrik pun ada masa zino dah form four kot.. kalau nak ke masjid kena lah bawa touch light.. masa tu la kami bergotong royong membuat pelita buloh dan pelita tin susu.. tak ada makna nya nak beli macam pelita kat atas tu... semua nya atas kreativiti sendiri ... balik masjid sambung bermain dalam kelam malam tu... main mercun , bunga api bagai...


sekarang ni kalau nak buat pelita buloh di kampong dah susah.. mana nak cokau buloh nya.. dulu ada banyak tapi sekarang dah di tebang dan di bersihkan utk beri laluan rumah sedara yg balik ke kampong bila pencen... sikit2 tanah kebun jadi tapak rumah.. akhirnya yg tinggal hanya kenangan hehe


zaman dah berubah... dan suka atau tidak kita perlu juga berubah... kalau nak mengimbau kenangan lama beli je pelita yg di jual2 di pasar2 raya.. pasang le seberapa banyak yg nak.. kalau nak moden guna je pelita elektrik ada juga ada banyak di jual... kepada yg memang lahir di bandar memang tak ada kenangan manis se umpama ini... ehh baru 4 ramadhan dah cerita pelita buloh ni... hehe

Tuesday, August 2, 2011

baru dua hari dik .....



gambar ni sehari sebelum start puasa... Mekdi dengan adik memang tak boleh di pisahkan... setiap kali hujung minggu dia mesti nak makan mekdi.. setiap kali nak ajak ke mekdi dia akan kata abah dah janji bila cuti boleh makan mekdi... nasib baik abah janji bila cuti kalau terjanji bila makam kan ke haru... hehe

hari pertama puasa adik dah mula mengira hari , sebelum tidu dia tanya ada berapa hari lagi bah puasa?? baru je puasa sehari dah tanya bila nak habis hehe... tengah hari tadi dia call dari sekolah.... abah adik muntah, puasa adik dah batal nanti lepas raya adik ganti ya bah.... tak sempat nak tanya muntah ke termuntah ke dia dah minum ke talipon dah letak...

Last year adik puasa penuh.. tak ada masaalah pun bagitu juga tahun sebelum nya... harap2 lepas ni adik boleh berpuasa seperti biasa... boleh ke adik kurangkan sikit berat badan tu... susah abah nak belikan baju dengan seluar... saiz kanak2 tak muat , saiz dewasa belum sampai...