Tuesday, October 4, 2011

naik rimas di buat nya.....

Ada sorang mamat ni kan , orang business la... bukan nya apa .. dia ni memang tak geti ke tak paham ke buat2 bebal ke entah la... cerita nya dulu dia ada la kontrak dengan kami ni.. dah lama tamat pun.. so bye bye la.. nak buat cam mana kan kontrak tu tak di sambung... dia masih anggap dia ada lagi kontrak dengan kami... dari dulu lagi dah pesan dengan dia.. dah bagi ingat dengan dia... malah tahun terakhir kontrak tu pun dan peringat dia.. setiap tiga bulan tulis surat remind dia kontrak tamat sekian2 hari bulan..

supaya dia bersedia.. ini tahun terakhir.. dah tak akan sambung lagi dah... zaman dah berubah.. polisi juga berubah... tapi mamat ni masih confident dia pasti akan dapat lagi kontrak tu.. bila sampai masa kita pun cakap bye bye... dia mula mengelabah... tulis surat sana sini... rayu sana sini panjat sana sini... keputusan tetap sama.. kemana pun dia mengadu .. soalan akan datang kepada kami utk sediakan ulasan.. ulasan kami mudah je kontrak dia telah tamat sekian sekian sekian.. FULL STOP..

kalau ada yg nak arahkan kami sambung , arah la.. kami ni orang kecik ikut je.. tak ada pulak yg berani hehe.. so kira tutup kes la kan.. cuba lah lagi lain kali bila ada kontrak baru .. peraturan zaman purba dulu boleh la main bagi macam tu je.. zaman IT sekarang dah tak jalan cara tu.. selagi BOS sekarang ni masih kat situ jangan harap la dia nak bagi macam tu je.. semua nya ikut peraturan.... ok lah tu kan.. tapi si mamat ni...

buat penat je cakap dengan dia buat rugi air liur je beri penjelasan dia tetap akan datang tanya macam mana nak sambung balik kontrak tu.. dah macam orang gila talak pulak..!! kata nya kontrak tiga tahun terakhir dulu dia rugi... bila dah business tentu lah ada risiko kan.. bukan nya apa.. dah tak ada benda yg membolehkan kita nak bantu.. tapi ... entah la.. gerenti esok lusa dia datang lagi jumpa zino...penat PA tu cuba tepis tepis... layan je lah kan hehehe...

p/s.. terima kasih roza yg baru jadi followers...ke 173..

7 comments:

cikMilah said...

Tak mudah "putus asa" orang ni kan.
Nak sambung kalu.. masuk tender semula bila kontraktor baru ni tamat tempoh...

Dee said...

biasalah tu uncle..kat mana ada gula..kat situlah semut mengendeng..

Yunus Badawi said...

Org mcm ini nk harapkan kabel dan untung mudah. Zaman dah berubah jadi dia kenalah mengikut peredaran zaman dan sanggup bermain di padang yg rata.

Nasib baik agensi kerajaan masih mengutamakan kontraktor bumiputera. Kalau dgn sykt swasta, itu bukan kriteria.

ciK LyndaWawa said...

pakcik...

azieazah said...

Dia merengek merayu masih kira ok lagi. Kalu dia datang bawa sampul surat isi duit kepuk2 tu lagi tak tahan. Letih menepis!

Mak Su said...

dia tahu baca ker tak tahu baca?

MULAN said...

memang ada orang camni.. pernah jugak dengar citer camni tapi pelik nya sebab tak paham2..