Sunday, December 4, 2011

kisah lima

jom naik basikal....

Dulu zino pernah baca satu artikal bagaimana program berbasikal di adakan di Paris ni.. tapi zino tak boleh nak bayangkan kaedah yg mereka guna melaksanakan nya.. dalam artikal tu kata.. basikal di sumbangkan pihak bank2 yang mengambil bahagian.. sebagai khidmat sosial syarikat berkongsi sebahagian keuntungan utk kebajikan.. .. dan pihak berkuasa tempatan menyediakan semua infra struktur nya.. tempat parking basikal tu.. kaedah penyewaan dan sebagai nya.. dalam artikel tu sebut basikal di sediakan di sekitar di stesyen2 transit dan bangunan2 pejabat serta gedung2 perniagaan..

boleh ke kita lihat berlaku di KL bagini.. basikal di guna sebagai altenatif


Bila zino lihat sendiri.. terus menarik minat zino utk merakamkan nya dan melihat sendiri bagaimana basikal ini menjadi kenderaan altenatif kepada sebahagian penduduk kota Paris.. selain menggunakan basikal yg di sewa , terdapat juga warga Paris menggunakan basikal sendiri dan pihak kerajaan menyediakan tempat utk mereka meletak basikal.. malah zino tengok ada saja tiang ada le basikal yg di kunci di sana.. ada tiang rasmi ada tiang utk tujuan lain tapi basikal ada juga di letak.. rasanya ia nya tidak menjadi kesalahan.. sebab banyak basikal kelihatan di kunci di tiang2.. walaubagaimanapun ada juga tempat tempat khas utk meletak basikal persendirian ni..

tempat parking basikal..

di lihat dari sudut lain..

Deretan basikal sedia utk di guna...

Basikal di sediakan di tempat tempat strategik..
biasa nya berhampiran stesyen transit


agaknya kalau di laksanakan di Malaysia ada sambutan tak? ada kawan kata kalau kat Malaysia , nanti bukan setakat basikal yg hilang tapi tiang tempat letak basikal tu pun kena cabut... ish ish ish.. buruk nya perangai orang Malaysia ni kan... dalam artikal yg zino baca tu ada tulis.. sesiapa yg nak guna basikal tu , boleh ambil di tempat letak tu menggunakan kad kredit.. atau kad kad lain yg di iktiraf.. lepas tu bawa le kemana suka dan letak pula di mana mana tempat letak yg lain di mana tempat kita sampai tu.. makna nya tempat letak basikal di sediakan di merata tempat.. bila kita letak basikal tu dalam tempuh tertentu , tiada bayaran di kenakan.. kira nya PERCUMA la.. ni yg rakyat Malaysia suka kan.. ?? benda yg FREE hehe..


sebelum guna basikal tu kena set kat mesin ni dulu..
masukkan duit atau kad kredit la kot
atau kad sewa bulanan ke..


dan utk melaksanakan nya.. kena lah di sediakan infra struktur yg bersesuaian.. kena ada laluan basikal yg kursus.. tapi kabarnya di veitnam juga ramai yg berbasikal.. tapi juga kata nya penuh jalan raya dengan basikal , basikal lebih banyak dari kereta.. kalau nak buat di KL kena sediakan laluan khas.. bahaya nanti kereta kan jalan raya kita tu terlampau banyak.. zino cuba bayangkan ni turun je dari stesyen LRT Masjid Jamek ke LRT Bandaraya ke, terus ambil sebuah basikal kayuh ke pejabat.. sampai pejabat letak je kat mana mana tempat letak yg kosong sebelah tu.. tempuh masa 10 minit.. free la.. dalam artikal tu kata kurang 30 minit FREE.. tapi katakan bila zino sampai kat opis tu tempat berhampiran penuh , cepat2 zino buka Iphone dan semak kat mana tempat parking yg berhampiran masih kosong.. fuhh canggih canggih..

laluan basikal yg di sediakan..

kalau tak boleh sediakan lorong tanda laluan di sediakan..

di lukis lagi di atas jalan tu...


itu bukan angan angan tau, itu lah kaedah yg di laksanakan di sana.. dengan bantuan GPS kita boleh kesan tempat letak yg paling hampir.... dalam sistem tu juga telah di setkan katakan lepas anda ambik basikal tu tapi tak letak di mana mana tempat melebihi tempuh tertentu... dia orang langsung tak susah hati.. sebab nya basikal tu dah di kira di jual kepada anda.. dan akan di kredit kan ke kad ANDA.. hebat kan.. kalau nak ambik terus pun boleh anda tak di kira curi tapi di kira telah beli.. hehe..
tak semesti nya kena sewa.. kalau ada basikal sendiri bawa je
tempat parking di sediakan juga..

tempat letak berbumbung pun ada..

Tiang ni pun tempat parking yg sesuai.. tapi sebiji dua je boleh park situ..

zino juga ada bertanya dengan seorang wakil yg ikut serta dalam persidangan meja bulat tu... kata nya dia memang gunakan basikal tu , utk kepejabat... kata nya dia perlu bayar deposit sebanyak 50 inggit.. oops 50 euro setahun.. lepas tu bila dia gunakan basikal tu dalam tempuh 30 minit tiada caj tambahan di kena kan.. kalau kelebihi 30 minit ada bayaran mengikut tempuh kegunaan bayaran pun murah je.. mereka sebenarnya bukan bertujuan utk mencari keuntungan dengan menyediakan basikal ni.. ingat saya sebut sebelum ni khidmat sosial pihak yg menyediakan basikal.. kutipan yg di perolehi sekadar utk menyelengara je lah kot ..

ok ok.. nak tanya kalau dilkasanakan di KL ada sambutan tak agaknya.. apa yg perlu di lakukan untuk menjayakan nya.. ?? cuba ulas sikit..??Shariman agaknya boleh ke kita buat projek ni? hehe.. kalau boleh kita kena buat paper untuk kajian lanjut hehe...

terima kasih yg sudi memberikan komen.. pengalaman zino yg singkat ini tak boleh nak bandingkan dengan pengalaman mereka yg telah berada di luar negara bertahun2.. berkemungkinan pandangan kita akan berbeza.. tq.. gambar2 yg zino letak semua nya di ambil di Paris.. Di London juga kami berjumpa perkara yg sama..



5 comments:

silversarina said...

I rasa tak berapa sesuai dilaksanakan di Malaysia/bandar2 besar , lagi huru-hara jalanraya jadinya , dahlah berjuta motorsikal di jalanraya dan kena tambah laluan basikal pulak, sistem sewa basikal ,takut hilang aje basikal2 tu, sorry to say , mentaliti Malaysians rasanya belum sampai ke tahap itu lagi ..itu pandangan 10 sen I .

Acik Erna said...

untung se yang cumo pandai bawak basikal he he..tapi tak dayo lak nak ngayuh he kalau nak poi jauh2

Zareda Norman said...

Good review. Mmg x sesuai di appky berbasikal di malaysia. Maa kat jepun dulu pun zar berbasikal tapi sikit habuk pun tak de sbb kat sana pakai gas bukan fuel. Cuaca pun sejuk sikit.. Kat sini berbasikal 5 minit, kena sental kulit muka sbb debu dan habuk sampai 10 minit. Cam no tu?

Unknown said...

1st time tgk tpt parking beskal mcm tuh...

Irfa said...

masa gi amsterdam dulu sgt kagum dengan deretan basikal..mak mak pun bawak anak2 naik basikal..tapi kat msia tak tahu la boleh buat ke tak..tak cuba tak tahu kan