Monday, May 28, 2012

Kongfu Panda

assalamualaikum semua...

Dah mula cuti sekolah ya.. ramai lah agaknya ibubapa yg bercuti ni.. beriadah bersama anak anak... apa kata kita tengok Kongfu Panda... ehh cerita ni dah basi kot... tapi kali ni zino nak bercerita pasal Panda.. apasal pulak tajuk ni tak ada dalam senarai... ni la perkara yg motan masa ke Chiang Mai...

Semasa Lawatan PM kita ke negara Cina sebelum ni kerajaan negara Cina telah menawarkan sepasang Panda utk di pelihara di Negara kita.. PM pun kata ok je.. sebagai tanda persahabatan kedua negara.. dan kabinet pun telah bincang dan buat keputusan berkaitan dengan Panda ni.. apa kaitan dengan zino ?? memang tak ada kaitan pun tapi salah satu agenda ke Chiang mai adalah utk membuat R D berkait dengan en Panda ni...Kerajaan Thai telah mendapat sepasang Panda yg di pinjamkan negara Cina utk tempuh 10 tahun (kalau tak silap fakta la) dan negara Cina pun dah letak syarat Anak Panda yg lahir perlu di kembalikan kepada negara Cina... 

Panda di letak di Zoo Chiang mai.. nak bela panda ni bukan nya macam bela lembu.. atau kambing... ada banyak persediaan yg perlu di sediakan dulu sebelum kerajaan negara Cina bersetuju menghantar sepasang Panda ke negara2 yg bersetuju nak memelihara panda ni.. maklum la panda ni sejenis beruang yg hampir pupus dan hanya terdapat di negara Cina.. dari lawatan tu kami belajar banyak  perkara berkait pemeliharaan panda ni..  utk zino sebagai pengetahuan am je lah utk group yy di pertanggungjawabkan membuat persediaan kena lah buat catitan dengan teliti dan pembuat penilaian kursus.. rasa nya lebih mudah zino bercerita beserta gambar.. nanti lebih mudah paham.. macam nak bagi lecture pulak.. hehe.. 



kedatangan kami di sambut oleh pegawai pegawai yg bertugas di Zoo Chiang Mai..
yg ni Timbalan Pengarah Zoo Chiang Mai..


Dua pegawai kanan yag bertanggung jawab menjaga halehwal panda..


Taklimat Projek pembangunan Panda dari peringkat awal sehingga sekarang..


Pegawai kanan Malaysia yg menyertai rombongan..


Bergambar kenang2an sebelum memulakan lawatan..


Rumah salji utk panda yg sangat sejuk... namapun rumah salji -7C 
duduk lama dalam tu boleh mengokot di buat nya hehe


sejuk2 pun masih sempat bergambar... 


yg ni anak panda.. nama dia Lin Bing... agak2 kalau kat Malaysia apa nama kita nak bagi ? hehe sekarang ni dah berumur 3 tahun setahun lagi akhir baligh la dia.. ikut perjanjian dengan negara Cina Lin Bing ni patut dah di hantar balik ke negara Cina.. tapi kerajaan Thailand telah memohon utk di tangguhkan.. bukan apa.. anak panda ni merupakan satu daya tarikan kepada pengunjung zoo masih boleh buat buat duit la kira nya.. dan kata nya kerajaan negara Cina pun bersetuju pemulangan di tangguhkan..


ini tempat Lin Bing bermain... rumah ni di sediakan supaya panda tu rasa selesa dan se akan akan keadaan mereka di luar sana.. kawasan rumah ni ekon 24 jam.. habitat asal panda ni tanah tinggi lereng bukit dan kawasan sejuk.. dengan suhu di bawah 25C dengan humidity >60%


yg ni mak Lin Bing , nama dia Lin Hui... kerja dia tak ada lain makan makan makan hehe  90 % puloh 1% buahan..dan lain2..ada juga dia orang buat kan naget utk panda tu di masak sendiri oleh petugas yg menjaga  panda.. tambah vitamin dan lain2..  dan seekor panda memerlukan 12kg buloh...lagi satu perangai panda ni dia suka sensorang.. panda jantan duduk tempat lain anak pun tempat lain.. tak suka geng la tu rimas agak nya..


buloh tu dah di potong2 dan di belah kecil macam kat atas tunggul tu... panda ni akan ambil satu2 dan hunggih buloh tu... ada yg masuk perut ada yg di luah keluar.. apa lah rasa buloh tu ka hanya kongfu panda yg boleh jawab..


kalau nak bela panda ni kena lah sediakan buloh banyak banyak.. di Chiang mai mereka dapat bekalan buloh dengan tiga cara... 1. buloh yg di beli dari orang kampong.. maka ujudlah pengusaha buloh di kalangan penduduk tempatan.. buloh tu sama dengan buloh yg ada di negara kita buloh betung tu dan beberapa jenis buloh lain.. kalau dah ada panda nanti maka bersaing la orang kampong nak sediakan buloh lemang dengan buloh utk panda.. 


panda ni jenis binatang yg suka menunjuk bila di perhatikan... nanti ada banyak lagi aksi dia yg boleh kita tengok.. bila dia nampak ramai orang memerhatikan dia pun stop makan dan mula menunjukkan aksi yg suka orang tengok.. kalau dia dududk je tentu kita bcepat jemu tengok.. tapi panda ni berlegar2 di kawasan kurungan dia tu... oo ya nak bagi tau tempat ni pun ada ekon hehe..



taklimat di berikan secara berterusan satu perkara dengan orang Thai ni dia tak kedekut berkongsi ilmu yang dia orang ada apa saja maklumat yg kita nak tau dia orang akan cerita malah dia orang bersedia memberikan maklumat tambahan melalui email dan sebagai nya.. malah detail design rumah panda ni pun dia orang boleh bagi... sangat mudah berurusan dengan mereka..di kalangan mereka pun ujud kerjasama sejak sebelum panda di bawa masuk lagi... peruntukan yg kerajaan luluskan ada lah terhad kira kira 40 juta baht.. baru RM4 juta saja.. maka mereka bekerjasama dengan pelbagai agensi dan NGO utk mengumpul dana utk menjayakan projek panda ni.. 


kami juga di bawa melawat ke tempat kurungan panda , atas sebab sebab tertentu panda perlu berada di tempat kurungan .. pintu dan dinding gerigi nya di perbuat menggunakan beli keluli stainless.. cukup kuat dan cukup kukoh.. maklumla saiz panda ni bukan nya kecil.. 


sebelum masuk ke kawasan kurungan ni kami di bekalkan dengan sarung plantik ni utk di sarungkan ke kasut.. macam pakai stokin selepas pakai kasut.. utk menjamin kebersiahan tempat ni.. no play play... 


tadi cerita pasal buloh makanan panda ni kan... ni lah rupa buloh yg di gemari panda.. ada berlambak kat negara kita.. memula buloh tu di potong lebih kurang sekaki.. ada lah yg bertanya potong guna mesin ke...ooo tidak di potong guna gergaji biasa je.. namapun utk makanan kan kalau potong guna mesin.. nanti ada rasa disel pulak.. sakit perut pulak panda tu.. 


lepas di potong di racik racik kecil macam dalam gambar tu.. bukan nya bulat2 tu di berikan kat panda tu.. pada keseluruhan nya ada 30 orang yg bekerja menjaga panda tiga ekor ni.. 10 orang dari petugas tu kerja shif kerana panda ni perlu di kawal 24 jam.. tengok tu bukan senang nak jaga panda ni.. benda2 ni perlu di ambil kira bila kita nak melaksanakan projek panda nanti. namapak nya ada banyak jawatan kosong nanti ni. sape nak apply..


habis tengok panda kena lah beli cenderahati kan... produk bertema kan panda.. agaknya apa lah yg di beli kawan zino ni... happy je menunjukkan barang yg telah di beli tu kan... sebenar nya ini salah satu produk yang di hasilkan untuk menjana pendapatan tambahan ... rumah panda ni di letakkan di satu kawasan di dalam Zoo Chiang mai.. tapi nak masuk rumah panda di kenakan bayaran berasingan.. iaitu 50 baht.. baru lima enggit .. kata nya dalam tempuh 3 tahun kereka dah dapat semula modal yg di keluarkan utk membina segala kelengkapan utk panda ni.. lumayan kan..?? dapat ke malaysia meniru model yg di lakukan oleh Thailand ni.. promosi yg aggresif untuk menarik minat penduduk tempat dan pelancong luar utk datang ke Thailand melawat panda ni.. setahun sebelum panda tu tiba dah di mulakan promosi besar2an... 


selain buloh yg keras tadi panda tu pun suka makan daun buloh ni.. dan juga suka makan rebung buloh tu.. selain buloh yg di bekalkan penduduk kampong kerajaan Thai juga ada sebuah taman buloh yang membekalkan buloh utk projek panda.. dan pihak zoo juga ada ladang buloh dia sendiri.. pendek kata belakan buloh tak boleh putus.. Buloh itu sendiri memerlukan masa lima tahun utk matang.. sebelum di tebang... menurut taklimat yg di berikan penanaman buloh ni berlaku di beberapa peringkat supaya bekalan buloh berterusan.. 


bagus nya Zoo Chiang mai.. itu agak nya yg hendak di sebut oleh kawan zino ni.. betul tak?? hehe


rumah apa tu ? macam stor je.. aha betul la tu stor untuk menempatkan buloh buloh yg di beli sama ada dari pendudok atau bekalan buloh yang di ambil dari taman buloh.. rumah ni pun ada ekon.. malah rasa macam freezer.. sejuk.. dan sekalan buloh yg di simpan cukup utk bekalan 3 hari je.. cerewet panda ni buloh yg di simpan lebih 3 hari dia tak suka dah... 


jangan tak tau panda ni pun ada progran TV dia sendiri ini semua utk tujua promosi dan pendidikan kepada masyarakat umum tentang panda ni.. ada game pasal panda ada macam2 program utk memberi maklumat berkaitan panda ni...program ni di sponser oleh stesyen TV dan pihak GLC kat sana... 


ini tempat kurungan panda bila di perlukan... 6 bulan sekali kena cek darah panda ni.. monitor tahap kesihatan nya perlu di lakukan berterusan.. bukan senang nak cucuk panda tu sekali dia tampar bukan setakat jarum orang2 yg bertugas tu pun akan tercampak sama.. pasal tu perlu cage yg kuat dan kukoh.. 


lihat la aksi panda tu.. bos kata mesti panda ni tak sembahyang sebab kencing tak basuh hehe


saja menunjuk aksi kepada kami yg datang dari jauh...

sape yg berajat nak peluk panda tu silakan hehe

sekian.. terima kasih kerana sudi belajar berkaitan panda ni.. bila panda ni sampai Malaysia satu hari nanti at least anda telah mendapat sedikit maklumat.. 



25 comments:

MOKCIK AZWA said...

comelnya anak panda...

MOKCIK AZWA said...

err..comelnya panda hahaha..

azi said...

En. Zino..
Beruang Panda tu nampak bersih aje...masa lawatan saya ke zoo di Beijing dulu, saya tengok beruang Panda diorang nampak kotor sangat...tempatnya pun tak le menarik macam kat Thai ni..

Dee said...

boleh ke dia hidup dalam cuaca mcm kita ni..

Pn Kartini said...

Kungfu Panda tuu..memang cute!
:)

LadyBird said...

panda hitam putih.. mcm tahi cicak.. tp cute sgt2..

Mulan said...

kalo la panda tu boleh dipeluk2...

zino said...

azwa
yg mula2 tu anak panda.. yg tengah makan tu mak panda hehe

zino said...

azi
ye ke bila minta orang bela dia letak macam2 syarat tapi dia sendiri tak jaga dengan baik ya..

zino said...

Dee
ada rumah salji bagai tu.. semua tu kena buat dulu sebelum bawa panda masuk..

zino said...

kartini ..
sangat cute... dengan tompok mata hitam nya tu..

Unknown said...

Kak Mulan,

Boleh tu boleh, tapi sila la ke hospital lepas tu... hehe...

Dulu kat HCM takde panda ke?

zino said...

ladybird
memang cute..

zino said...

mulan
nak pelok boleh cuba lah... kalau kecut tak jamin hehe

Acik Erna said...

kalau la jadi kenyataan nanti..memang tak meraso lah kito makan redung lagi dah.sumo nak bagi ko panda tu..lomang pun jadi ahal..sobab buloh dah kurang..he he..kito makan pulut kuning yo la nampak e..

zino said...

zuhairi..
nasihat yg baik tu hehe

zino said...

erna
kita tanam buloh.. lah pencen nanti boleh tambah duit pencen..

kurus said...

pengalaman yg x dpt dilupakan kan ! .. ;)

Kengkawan said...

last kita tgk panda last week..
kat tv je pun hahahah
bestnya tgk live..

-anidaothman- said...

sangat cute PANDA tuh....^^

CS @ Mama AA's said...

bestnye ada peluang jln2 tgk panda gini......

zino said...

ieda
betul tu.. entah bila boleh sampai ke sana lagi

zino said...

andak
jadi lah kira dah tengok juga la.. hehe

zino said...

Safiya
sangat cute.. hehe

zino said...

mama
peluang ke emasan kata orang tu hehe