Wednesday, January 27, 2010

menulis untuk apa??

Apabila ada penulis blog yang di tahan gara gara hasil penulisan nya , maka zino tertanta tanya... kita menulis ni untuk apa?? kalau di zaman sebelum merdeka dulu ramai penulis muncul menghasilkan karya karya patriotik untuk menaikkan semangat rakyat malaya pada masa itu supaya bangun dan bertindak untuk berganding bahu memerdekakan negara dari belenggu penjajahan.. seruan masa itu tidak boleh di lakukan secara terangan terangan kerana di kuatiri di hidu penjajah.. maka lahir lah puisi puisi, syair syair , sajak sajak dan novel yang bertemakan patriotik cintakan tanah air sendiri..

ada juga penulisan yang di hasilkan untuk merakamkan pengalaman sesaorang di atas satu satu peristiwa atau perkara yang di lakukan dan di rasakan sesuai di jadikan dalam bentuk satu karya untuk tatapan umum, sekurang kurang nya pengalaman yg di lalui boleh di jadikan iktibar atau panduan kepada mereka yang mahu menceburi bidang tersebut di satu masa nanti..menulis sebagai satu sumber ilmu kepada orang lain .

bagitu juga ramai yang menulis kerana bakat semula jadi atau bakat yang di asah sehingga berjaya menghasilkan karya karya berbentuk novel yang boleh di komersialkan, mendatangkan hasil mendapatan yang lumayan, menjadi satu industri yang berjaya dan terus berkembang maju..sama ada novel novel kisah kisah percintaan, sejarah, dunia kanak kanak dan remaja, pengembaraan, siasah dan sebagainya.

dan ada juga yg menulis sekadar memenuhi masa lapang, mencurahkan rasa hati yg terpendam, membuat kritikan se atas satu satu peristiwa yang berlaku, memberi ulasan ilmiah dan siasah pada peristiwa yang berlaku sepanjang masa sama ada di tanah air atau di luar negara.. pendek kata sesaorang menulis atas tujuan tertentu.. malah kita bebas menulis apa saja.. tetapi ingat.. kebebasan kita utk berkarya jangan sampai menyekat atau menggangu kebebasan orang lain.. sehingga menimbulkan keresahan dan kemarahan pihak lain.. kita yg berani menulis maka kita berani lah menghadapi segala kemungkinan nya..

zino nak bertanya, anda menulis kerana apa??

16 comments:

tunbegia said...

menulis kerana keseorangan

salamm zino,

MOKCIK AZWA said...

mokcik menulis bukan kerana nama...

mantan said...

zino,
saaya menulis kerana saya mahu menulis...

Mak Su said...

maksu nak karok jer kat sini, .... aku menulis, bukan kerna nama. kerna sifat kasih, pada sesama insan, ......

Zareda Norman said...

menulis untuk kenangan dan nostalgia...

myQza said...

menulis untuk meluah segala perasaan yg ada!

NURAZZAH8 said...

Menulis untuk mencurahkan dan menimba ilmu dan berkongsi pengalaman suka duka sepanjang pengembaraan hidup ini hingga ke penghujungnya..

adie said...

saya tak menulis tapi saya menaip keyboard.hehe...

eliana said...

menulis utk berkongsi..
tp klu tersalah kongsi, mmg buruk padahnye kan.. hee~

hye uncle! lama xsinggah sini.. :))

eliana said...

menulis utk berkongsi..
tp klu tersalah kongsi, mmg buruk padahnye kan.. hee~

hye uncle! lama xsinggah sini.. :))

zino said...

tunbegia
kalau dah berdua nanti nak berhenti menulis ke? hehe

azwa
ada apa pada nama kan hehe

mantan
teruskan menulis..

maksu
stail m shariff tu hehe

si tedi
teruskan..

nurazzah
terus menulis..

penyubiru
pengakuan yg jujur hehe

miss elina
uncle pun jarang menulis.. tapi rasa macam nak menulis rancak semula hehe

Dee said...

menulis apa sahaja yg terfikir di akal dan hati tetapi cuba sebaik mungkin untuk tidak menyinggung perasaan sesiapa..n x mahu juga blog dicemari perkataan yg tidak elok seperti carut-marut dan maki hamun..tegur juga benda2 lain tp dgn cara baik dan masih menjaga tutur bahasa..kadangkala mata pena lg tajam dari lidah..harus beringat selalu..

Yunus Badawi said...

saya menulis (menaip atas keyboard kata penyu) kerana saya nak rakamkan peristiwa dalam hidup saya.

zino said...

Dee
asal tak menyinggung orang lain kan..

YB
langsung tak menyentuh kisah orang lain kan..

Kaktiny said...

dulu katanya..
aku menulis bukan kerna nama.. (so, tulislah luahan rasa hati..)

sekarang katanya..
aku menulis taknak kena tangkap... (so, tulislah dengan berhati-hati..)

hihihi...

Kei's Mom said...

aku menulis krn ingin sharing...