Thursday, August 4, 2011

CUEPACS terus minta kerajaan timbang bonus

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu. Beliau berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dua bulan lepas dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Bernama


ada can tak agaknya ni? hehe

6 comments:

MulutPayau said...

Harap2 tahun ni dapat ler bonus....

Acik Erna said...

macam tak do harapan 2 bulan tu.

cikceriacorner said...

alhamdulila..arap2 dptla tahun ni..amin....:)

Zareda Norman said...

mudah mudahan.. jangan harapan tinggal harapan jer udah...

lupekanje said...

agak2 eh dapek tak kali ni? atau kajaan misekin lagi?

azi said...

Rasa2 tak dapat....:(
Sungguh...kat pejabat sekarang ni pun tak ada peruntukan....
p/s...harap2 dapat lekan...he..he..