Wednesday, August 17, 2011

kad raya


satu lagi tradisi yg mula di lupakan ada lah menghantar kad raya... kalau dulu POS malaysia terpaksa employ ramai staff tambahan sementara semata mata utk menyisih kad raya yg beribu ribu di hantar oleh warga Malaysia ke seluruh pelusok negara... kad ni pun ada pelbagai bentuk dan saiz... sehingga ada satu masa dulu POS terpaksa membuat kenyataan saiz saiz kad yg boleh di guna utkmengrim kad raya kepada sesaorang menggunakan perkhidmatan POS...

Tapi sekarang mengirim kad raya bukan lagi satu trend.. mereka lebih gemar menghantar kad melalui SMS, MMS atau email sahaja... lepas ni FB , twitter , blog dan sebagai nya akan menjadi medium pepular utk mengirim ucapan... sehari dua nak raya nanti berderet2 sms raya yg bakal di terima dengan ayat2 ucapan yg di susun cantik, ada yg berpantun dan sebagainya... yg lebih kreatif akan mengirim MMS yg siap dengan lagu dan gambar...

kaedah mana yg anda mau kad raya di kirim? .... kalau sesiapa nak zino hantar kad raya sila inbox kan alamat dalam FB zino.. insyaallah akan menerima kad nanti.. kalau lambat lepas raya baru sampai nya.. hehe

18 comments:

MulutPayau said...

Dah lama tk terima kad raya melalui pos...Nak kad raya jugak!!!!!!!

azi said...

Salam..
Kenangan dulu sewaktu menunggu kad raya memang indah....siap tunggu posmen lagi...tahun ni baru satu saya terima...:)

DrSam said...

teringat zaman tunggu posmen hantar kad raya. bila dah banyak gantung kad kat dinding rumah :)

Angah said...

la ni tak tunggu posmen dah...sebab la ni tunggu ucapan di SMS je..

MOKCIK AZWA said...

Aduii..bila dengar harga setem dah naik, terus semangat nak hantar kad raya menurun huhuhu..hehehe

Dee said...

dee pun dh lama tak dpt kad raya..hehehe..

sue-ab said...

dah lama tak bg kad raya kat orang...aku masih dapat kad aray..tp dr syarikat insuran je hehehe

Acik Erna said...

teringat dulu masa dok sungai burung..tiap tahun kau hatar kad raya..tapi tiap tahun sampai lopeh rayo..sobab salah poskod..he he..
kak e sampai ke pertanian sungai bosar..orang sungai bosar bawak an ko sungai burung..sobab se tak ponah bagi tau.setiap tahun la jadi cam tu..he he

zino said...

MP
kena hantar nanti dapat la balasan..

zino said...

AZI
saya baru dapat 4 je hehe

zino said...

Drsam
sekarang dapat lagi ke..

zino said...

Angah
sms hari raya pun boleh ucap lagi hehe

zino said...

azwa
berapa sen tu? hehe

zino said...

Dee
sekarang ni zaman dah berubah... sms je yg banyak.. hehe

zino said...

sue
dapat juga le.. hehe

zino said...

erna..
la apo tak kobaan.. memang sengajo nak dapek kad lopeh gayo la tu hehe

Zareda Norman said...

stem mahal dah sekarang.. sekeping kad sampai 60 sen

Abe Din said...

kihkih... zaman dah berubah