Saturday, May 1, 2010

itu yg tertangkap??

Pesalah lalu lintas paling banyak tawar rasuah - SPRM

30/04/2010 3:16pm

PUTRAJAYA 30 April - Pesalah lalu lintas adalah paling banyak ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana memberi suapan bagi tempoh Januari sehingga hari ini.

Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata, golongan itu merekodkan 21 kes daripada 64 tangkapan yang dibuat suruhanjaya di seluruh negara bagi tempoh tersebut. Golongan kedua tertinggi ialah pendatang asing sebanyak 19 kes membabitkan permit kerja, diiikuti pihak yang cuba menutup kes jenayah yang dilakukan sebanyak tujuh kes, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata lain-lain kesalahan ialah berkaitan penyitaan kenderaan (enam kes), lesen perniagaan (tiga), dadah (tiga), pembalakan haram (dua) dan masing-masing satu kes untuk mempercepatkan urusan dan mencuri elektrik. Kesemua kes suapan itu membabitkan nilai keseluruhan RM200,000 dengan nilai tertinggi RM35,000, kata Mustafar.

Beliau berkata tujuh kes telah dibawa ke mahkamah mengikut akta suruhanjaya. - Bernama

kadang kadang tertanya2 juga bila sesaorang pesalah trafik yg di tahan lama di tepi jalan tu.. mmmm

7 comments:

ciK LyndaWawa said...

jgn jadi camtu jugak ye..hehehehe=)

zino said...

wawa
hati2 di jalan raya hehe

ckLah @xiiinam said...

Dahsyatkan...
Apabila duit menjadi raja...

Abang Long said...

Agaknya, waktu bilakah paling ramai kena tangkap ya ?

Zareda Norman said...

zino

bila ada supply pasti ada demandnya...

Hanisumayyah said...

Zino...

Jangan lupa, di balik satu kes tu, menurut ahli criminology ada 10 kes lagi yg tak dilaporkan...

Hr tu kempen perangi rasuah, tunggu2 boss DBKL tak dtg lak???

zino said...

cklah
akibat nya cukup dahsyat..

abanglong
waktu gaji kot masa tu masing2 loaded hehe

zar
chain reaction

hani
bila kempen tu? ..