Saturday, July 31, 2010

alam sekitar..












sementara idea belum mari, kita tengok gambar dulu ya..
zino suka pemandangan yg melibatkan tiga unsur air ,
pokok dan awan...what about You ?

Tuesday, July 27, 2010

orang islam ambik kisah ke??

Jangan permainkan umat Islam dengan logo halal

PINDAAN Akta Perihal Dagangan 1972 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Oktober ini akan menyaksikan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pengusaha restoran dan kopitiam yang menipu penggunaan logo halal dalam menjalankan perniagaan mereka.

Denda mungkin melebihi RM250,000 berbanding hukuman sekarang iaitu RM100,000 terhadap individu dan RM250,000 terhadap syarikat serta masing-masing tiga tahun penjara dilihat agak rendah dan mampu dibayar oleh mereka yang terbabit. Langkah terbaru itu sedikit sebanyak diharapkan memberi pengajaran kepada pengusaha agar tidak menyeleweng dalam perkara yang membabitkan halal haram yang sememangnya amat sensitif kepada pengguna Islam negara ini.

Pun begitu, pengalaman-pengalaman sebelum ini membuktikan walau setinggi mana pun nilai denda yang dikenakan dalam mana-mana akta yang melibatkan isu pengguna atau keselamatan orang ramai, kes-kes berkaitannya tetap akan meningkat. Contohnya, jenayah dan kemalangan jalan raya.

Sehubungan itu, ramai berpendapat, langkah menaikkan jumlah denda bukanlah satu penyelesaian muktamad dalam menangani penipuan logo halal. Denda yang tinggi tidak memberi 'kudis' kepada pengusaha-pengusaha restoran dan kopitiam yang mempunyai banyak cawangan di seluruh negara kerana mampu membayarnya melalui keuntungan operasi mereka.

Jika yang menjadi isunya adalah pemberian sijil halal yang meragukan, mengapa tidak pengeluaran sijil itu diberikan hak eksklusif kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sahaja. Sekiranya hanya Jakim yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai pihak yang layak untuk mengeluarkan sijil halal di negara ini, maka kekeliruan yang timbul boleh diselesaikan.

Selama ini orang ramai keliru kerana pengusaha bebas memohon sijil itu daripada pihak swasta yang dikatakan boleh mengesahkan status halal dalam tempoh yang singkat. Kerajaan digesa membuat pengumuman yang jelas, pihak mana yang patut diberi kuasa mengeluarkan sijil halal. Jika kerajaan yakin Jakim boleh dipertanggungjawabkan maka serahkan terus kuasa itu kepadanya.

Pengguna Islam sudah muak dipermain-mainkan oleh penggunaan sijil halal daripada pihak yang tidak bertauliah. Mereka juga mahu Jakim meningkatkan penguatkuasaan dengan sering melakukan pemeriksaan di restoran dan kopitiam untuk membanteras penipuan sijil halal.

walau pun heboh cerita pasal isu logo HALAL ni.. cuba kita perhatikan di restoren2 , umat Islam macam tak ambik kisah.. LOGO yg di pamir tulin atau palsu ke? , restoren tu ambik berat tentang keperluan umat Islam ke? hidangan yg di saji HALAL atau tidak ke? semua di sebat nya.. asal nampak LOGO je dah kira halal.. mudah nya umat Islam di perbodohkan..

Monday, July 26, 2010

kaedahnya...

bila parking di gedung gedung besar seperti KLCC, Time Square, dan sebagainya.. zino selalu tercari cari dan kadang2 terlupa kat mana letak kereta.. hehe.. ada satu masa tu masa di the Curve.. mengelilau mencari kereta.. apa tak nya park di tempat lain cari di tempat lain.. bila turun ke kawasan parking nampak macam sama je .. tapi tak jumpa kereta..

penat bertanya mat bangla yg jadi jaga di bawah tu.. hehe dah le cakap kita dia tak paham hehe.. tapi utk mengelak kelupaan lagi setiap kali lepas park zino tangkap gambar no kat tiang tu.. bila naik ke atas nanti ambik pulak gambar tangga naik tu .. nanti jangan pulak turun ket tempat lain hehe.. so masaalah selesai.. ..

apa pulak yg anda lakukan? .. hehe

Saturday, July 24, 2010

budak demam dan sunway..

air pancutan singa.. hehe

tah apa nama dia ni hehe

ikan yg besau..



sunway yg gah..

budak demam berendam..

satu pemandangan ..

cuaca pun redup je.. sesuai sangat..

tak sempat nak naik jambatan gantung tu..

tak bersemangat pun hehe

keluarga opis mem.. meriah

alahai dah demam pulak..

dah mula mengadu badan panas..

masa nak masuk tu nampak bersemangat hehe

Thursday, July 22, 2010

Tuan yg Ariff

Hari ni zino mendapat satu pengalaman yg baru.. semalam bos call, kata nya ada beberapa kerja yg urgent berlaku hari ni.. Dia minta zino bantu.. tak tercapai utk dia lakukan seorang.. memula ada satu mesyuarat odit dia minta zino hadir, sebab dia kena present paper di satu seminar, dan juga ada penghakiman di mahkamah tinggi, salah sorang engineer zino yg kena jadi saksi penting... bos kata lepas bagi lectur dia akan ke mahkamah dulu sebelum joint mesyuarat odit.. bagitu lah perancangan nya.. zino pun bersedia utk ke mesyuarat, dan bos pun keluar utk present paper..

tetiba engineer zino call, yg Ariff minta minta hadir ke mahkamah utk memberi penjelasan.. berkait kes yg akan di bicarakan.. alamak... hehe berkali2 dia talipon minta zino datang cepat ke mahkamah.. zino call bos, ada pindaan, saya terpaksa ke mahkamah.. tapi bos pesan cari pengganti utk ke odit.. sampai di mahkamah semua sedang menunggu.. peguam yg mewakili majikan memberi taklimat ringkas apa yg berlaku dan bagaimana nak memberi penjelasan depan hakim nanti.. dok dap dok dap.. hehe ini lah pertama kali zino hadir ke mahkamah.. terus nak beri penjelasan pulak.. peguam tanya " are you ready?".. kira ready je lah hehe

tak sempat nak menuntut dengan azwa hehe.. itu lah firstime masuk ke dewan perbicaraan.. nak duduk kat mana pun kena tunjuk.. apa nak buat dalam tu pun kena tunjuk ajar.. macam mana nak bercakap pun kena tunjuk hehe.. bila semua dah ready baru le Tuan yg Ariff masuk, semua yg hadir kena berdiri dan tunduk hormat.. pegawai mahkamah membacakan kes, lepas tu tuan yg Ariff memberi kan penjelasan.. Peguam kedua2 pihak pun berkata sesuatu.. last last sampai masa zino di panggil sebagai wakil pihak yg menuntut dan sorang lagi mewakili pihak yg kena tuntut..

Penjelasan berjalan lancar.. rasanya lah.. hehe sesekali tuan yg Arif mencelah mohon penjelasan lanjut.. Tuan yg Ariff tak ada la serious je macam tengok dalam TV tu .. sesekali dia pun buat joke juga.. hehe peguam bela pihak kena tuntut akur dengan keputusan tuan Ariff.. dan tuan yg ariff lagi bijaksana telah memberikan keputusan terbaik utk kedua belah pihak.. tidak ada apa apa tuntutan balas akan berlaku selepas ini.. lega bila semua nya selesai.... you gain some you loose some.. yg penting penantian kami selama 4 tahun berakhir dan berpihak kepada kami..

Tuesday, July 20, 2010

tinggal kenangan..

Masa tu zino ada di surau, ada tazkirah sebelum solat zohor.. talipon memang letak silence.. tetiba talipon berdering.. zino biar je lagi pun tak ada nama yg keluar, siapa lah agaknya.. lepas tu call yg sama masuk lagi.. berulang beberapa kali.. tak lama lepas tu adik zino pulak yg call, sayang nya nak keluar dari surau tu utk jawab call, biar je dulu, tapi sekejap tu sorang lagi adik call.. oops tak boleh jadi mesti ada something , bila zino jawab adik memberitau sambil menangis, abang ipar kami dah tak ada.. aku terkejut .. tetiba sebak dan sedih sangat..

zino decide utk balik kampong, jemput ayah dan mak, adik adik serahkan kepada zino utk beritau mak dan ayah.. mereka tak tau macam mana nak cakap dengan mak, dan takut mak terkejut..aku segera call, mem minta bersiap utk balik kampong sekarang juga.. kebetulan along masih bercuti, dan dia pun nak ikut sama.. bila keadaan tenang aku call ayah utk beritu berita sedih yg mengejutkan kami, ayah agak terkejut dan minta aku cakap dengan mak terus.. mak menerima berita dengan tenang, aku terus beritau dalam perjalanan balik nak jemput mak dan ayah..

aku hanya turun sekejap je utk ke bilik air sebelum drive semula ke KL dan seterusnya menuju ke sg besar, dua sepupu zino pun ikut sama.. satu perjalanan yg jauh.. sepanjang perjalanan sedikit pun zino tidak berasa penat dan mengantuk.. tapi bila sampai di Tanjung Karang kami decide utk berhenti sebentar berehat , azan magrib baru saja berkumandang, sempat berjemaah di masjid tanjung karang bersama masyarakat setempat.. lepas solat kami ke warung berhampiran utk menjamu selera.. masing kepenatan duduk lama dalam kereta.. kebetulan sorang sepupu zino berpuasa..

zino ada sorang rakan FB dari Tanjung karang, mesej kat dia kami ada di sana, dan terus set supaya dia datang ke warung tempat kami menjamu selera kalau nak jumpa, perjumpaan utk pertama kali.. ada ke segan silu pulak dia hehe.. tapi akhir nya dia muncul juga.. kepada hamizan.. jangan segan lagi ya hehe..

perjalanan di teruskan.. berjalan malam di kawasan ni perlu lebih berhati2.. walaupun jalan lebar dan lancar tetapi tidak ada pembahagia jalan ut memisahkan kereta dari arah bertentangan.. lampu jalan pun tak ada kecuali bila berhampiran pekan pekan kecil..atau persimpangan.. adik adik yg pergi terus telah lama sampai, kami pun tidak berkesempatan utk melihat utk kali terakhir .. jenazah selamat di sempurnakan petang itu juga.. bila kami sampai majlis tahlil sedang berlangsung.. kami baru saja menempuh 6 jam perjalanan.. bertemu dan bersalaman dengan setiap seorang anak anak arwah.. dengan lingangan air mata.. tak ada perkataan .. hanya sedu dan sedan.. bagitu juga bila bersalaman dan memeluk kak long.. semuga kak log da anak anak tabah dan reda dengan ujian ini.

Arwah di beritau mengadu sakit perut dan meninggal dalam perjalanan ke hospital.. dia memang ada sejarah pelbagai penyakit tetapi tak mau mendapatkan rawatan di hospital.. dia seorang yg sangat peramah dan senang bila berbual dengan nya.. walaupun kami jarang dapat berjumpa.. tetapi setiap kali berjumpa kami sangat mesra dan ceria.. last sekali zino berjumpa arwah ada lah semasa majlis perkahwinan dua anak bujang nya yg di adakan di kampong dulu....kami benar benar rasa kehilangan .. semuga roh nya di tempatkan bersama roh2 orang yg beriman,

al fatihah..

Saturday, July 17, 2010

pesta Jepun.. tapi bukan di Jepun..

ais kacang pun ada

kiri kanan kereta park..

sebahagian orang ramai menyerbu gerai jualan..

dari sudut yang lain..

kami pun terpaksa menapak jauh..

bila sebut jepun mesti ada kipas hehe

yg nk gadis jepun original kot hehe

yg fizah nak cuba..

gadis jepun ke ni? hehe

gadis2 ni memang sporting.. mau je dia orang bergambar..
nasib baik dengan mem hehe

Kebetulan tadi selepas majlis kenduri kawin di shah alam, dan reunion engan geng lama, saya mesej kat Hafizah, abah ada di shah alam.. terus dia call nak balik hehe.. so kami pun terus ke tempat dia.. lepas dia kata ada pesta jepun di seksyen 21.. ingatkan pesta apa jual2an ke .. pamiran ke.. layan je lah..

dari jalan besar tu lagi dah ramai yg menunggu menunjuk arah kemana patut park kereta.. kebanyakkan tempat penuh dengn kereta, kami di suruh jalan terus, makn jauh makin jauh.. pesta apa ni? kenapa ramai sangat orang, tak ada pun di war warkan macam jom heboh tu.. tapi rasanya beratus ratus biji kereta yg parking tadi.. memula rasa macam dah nak kensel je.. tapi akhirnya dapat juga parking nun jauh di hujung sana..

kemudian kerja menapak balik ke tapak pesta.. zino yg baru nak kebah demam ni berpeluh juga di buat nya.. adik steady je jalan.. di kiri kanan penuh kereta.. pesta di buat di atas satu kawasan lapang.. di atas padang.. penuh dengan gerai jualan masakan jepun.. apa lagi fizah ingin nak mencuba beberapa makanan yg dia tau.. zino memang tak tak tau apa benda yg di jual.. ramai juga yg berkimono.. sempat juga la bergambar dengan gadis kimono.. oops bukan zino tapi mem hehe.. orang jepun ke malaysia tu? hehe..

majlis bermula jam 7.00 petang.. oo tak mungkin kami nak tunggu.. selepas puas mencuba beberapa makanan jepun termasuk shushi.. kami pun beredar utk ke rumah ipar di Bukit Kayangan.. semasa kami balik.. makin ramai yang datang.. tempat parking pun semakin jauh.. anda pernah dengar tarian BON ODORI ? sambutan di adakan setiap tahun di seluruh jepun.. dan juga di merata tempat termasuk di malaysia.. rupa2nya di war warkan di internet.. hehe

Friday, July 16, 2010

demam yg tak kebah...

Badan rasa lain macam sejak petang isnin tu...masa ke Hospital Serdang tu badan dah rasa seram sejuk..tapi bertahan sehingga urusan along selesai.. kalau tak tak ada siapa nak jaga Arifah.. masa along berurusan dengan pihak Hospital.. nasib baik Arifah pun manja dengan Atok dia.. hehe.. sebaik selesai urusan.. kami terus balik utk menjemput adik dan segera ke Klinik berhampiran, rupanya adik pun demam.. esoknya zino dan adik MC..

Oleh kerana dah janji nak submit satu report, mc pun kena juga ke pejabat dan adik kena la ikut abah kerja.. setelah semua urusan beres, baru la kami balik ..demam nya masih bertahan macam tu juga.. bila makan ubat dia baik la beberapa jam lepas tu panas balik.. sengal2 satu badan.. bila datang kerja hari Rabu, demam masih sama, adik dah ok dan boleh ke sekolah, terus saya ke klinik majikan pulak.. ubat lagi dan MC lagi.. tengah hari kena datang kerana Majlis anugerah cemerlang utk Fizah.. dia ntak dapat datang zino je lah yg mengambil nya..

Hari kamis ke pejabat lagi.. pagi agak tenang tak ke mana so boleh le relak.. petang kena ke Putrajaya, demam masih sama, bertahan lagi.. pagi tadi decide nak buat blood test, dah masuk 4 hari seram sejuk.. result ok tak ada tanda2 penyakit lain, Doktor kata virus biasa, tambah ubat tambah MC..

Minta maaf bos , saya tak dapat nak concrete kerja dalam keadaan macam ni, beri saya rehat secukup nya dengan ubat2 yg di bekalkan inshaAllah minggu depan keadaan akan lebih baik..

Tuesday, July 13, 2010

ahli keluarga baru..



salam semua,

sebagimana yg telah di war warkan dalam FB, kami mendapat ahli keluarga baru malam tadi, kak long selamat melahirkan seorang baby girl yg comel, ada iras atok dia kan hehe.. petang semalam along talipon, kak long dah mula sakit sakit, along minta datang jaga Arifah, lepas kerja kami terus ke Hospital Serdang, Arifah dan along sedang menunggu di luar.... bila kami sampai dah malam, dan bila along masuk nak tengok, baby dah ada dengan ibu hehe..alhamdulilah

Hari ni baby dah balik ke Puncak Jalil, baby dan ibu sihat, .. beberapa hari lagi akan balik ke JB..

Sunday, July 11, 2010

I-City.....shah alam..










Dah lama dengar pasal I-City ni.. dah selalu tengok gambar yg di post dalam FB, tapi kami tak pernah sampai ke sana , walaupun selalu ke shah alam , tak terlintas pulak nak mencari di mana I-City.. rupa nya tak jauh dari tempat yang kami selalu makan malam bersama alang.. ramai yg dah ke sana.. so mari kita tengok gambar je lah.. juru gambar amatur so keindahan tidak menyerlah.. hehe...